Nak tahu dengan tepat, memang kena minta perunding kewangan kira ikut situasi sebenar. Tapi secara kasar, cuba bayangkan kita ada 3 tangki besar.
Kalau satu tangki kering, berapa lama keluarga boleh bertahan?
.
Tangki Pertama — Pendapatan
Dari tangki inilah boleh tampung perbelanjaan keluarga, bayar hutang, gembirakan kelurga, menyimpan.
Tapi ramai terlepas pandang… Kalau meninggal, hilang upaya, atau sakit kritikal, pendapatan terus terhenti.
Masa ni, terpaksalah korek tangki kedua.
.
Tangki Kedua — Simpanan
Contoh: ada RM50,000. Belanja bulanan RM5,000 → cukup 6 bulan sahaja.
Mungkin ada KWSP, tapi bukan semua untuk pasangan. Perlu ingatkan, bahagian dia tertakluk kepada bahagian faraid je, jangan tersampai ambil hak orang lain.
Lepas tu?
Kalau masih belum stabil, kena guna tangki ketiga…
.
Tangki Ketiga — Aset/Reserve
Ada rumah, tanah, bisnes… tapi semua ni tak mudah dicairkan.
Kalau tiada jalan lain, kena jual rumah & pindah – Isteri & anak-anak terpaksa ubah hidup, kehilangan tempat berteduh.
Itu bukan legasi yang kita nak tinggalkan…
.
Di sinilah takaful hayat berperanan.
Pampasan daripada takaful boleh jadi aset supaya tak membebankan keluarga dengan perbelanjaan atau keputusan sukar.
Rule of thumb kalau pendapatan terhenti perlu ada 5 ke 10 tahun simpanan untuk struktur semula pendapatan dan perbelanjaan hingga stabil semula.
Ambil 10 tahun.
Kalau RM5,000 sebulan → RM600,000 diperlukan.
Kalau simpanan dah ada RM100,000 → masih ada ruang RM500,000. Inilah jumlah perlindungan takaful hayat yang dicadangkan.
.
Akhir kata,
nak beritahu disini, kalau nak cari Takaful Hayat yang sesuai ikut bajet, jantina, risiko pekerjaan, merokok @ vape & situasi keluarga, saya boleh bantu.
Dengan akses kepada 8 syarikat takaful, saya boleh carikan pelan terbaik tanpa buang masa banding satu-satu sendiri..
https://TakafulHayatBerbaloi.wasap.my
.
in Perancangan Kewangan, Perancangan Pelan Penggantian Pendapatan, Perancangan Perlindungan Takaful






copyright 2014 - Duniasaya.net
Aug30