Ramai yang berfikir, “Harta saya tak banyak pun, tak perlu buat perancangan.” Tapi, hakikatnya perancangan pewarisan harta bukan soal banyak atau sedikit, tetapi soal kelancaran urusan dan keadilan untuk waris.
Jadi, siapa sebenarnya yang perlu buat perancangan pewarisan harta?
.
1. Ibu bapa yang ada anak kecil 👶
- Anak-anak bawah umur belum layak untuk menguruskan harta.
- Perancangan awal memastikan penjaga yang sesuai dilantik dan harta mereka diurus dengan baik sehingga mereka dewasa.
.
2. Pasangan suami isteri 👩❤️👨
Kenapa?
- Untuk memastikan pasangan tidak terbeban dengan hutang atau pembahagian faraid yang tidak dijangka.
- Membantu pasangan teruskan kehidupan tanpa gangguan kewangan.
.
3. Usahawan dan pemilik perniagaan 💼
Kenapa?
- Untuk memastikan rakan niaga, pekerja dan vendor dapat meneruskan operasi perniagaan seperti biasa, tanpa sebarang konflik dan masalah.
- Menjaga hak waris samaada melalui legasi atau penjualan saham syarikat.
.
4. Individu yang ada harta bersama (contoh: rumah atau akaun bank berkongsi) 🏡
Kenapa?
- Tanpa dokumen pewarisan yang jelas, harta bersama ini mungkin akan dipertikaikan, menyukarkan pasangan atau waris lain tuntuk hak untuk teruskan kehidupan seperti biasa.
.
5. Individu yang ingin membantu waris susah atau golongan tertentu ❤️
Kenapa?
- Dengan perancangan seperti hibah atau amanah, kita boleh pastikan harta kita sampai kepada orang yang kita ingin bantu, tanpa sebarang halangan.
.
Kenapa Penting untuk Merancang?
- Mengelakkan konflik keluarga.
- Memudahkan urusan waris selepas kita tiada.
- Memastikan harta diagihkan mengikut keperluan waris dan hasrat simati.
- Mengelakkan pengurusan harta terabai bergenerasi atau diwarisi secara tidak adil.
.
Jadi, perlukah anda buat perancangan pewarisan harta?
Jawapannya: Jika anda bertanggung jawab terhadap harta dan sayangkan waris anda, ya, sangat perlu. 😊
.
Jangan biarkan waris bergelut dengan isu harta yang boleh kita selesaikan sejak awal. Mulakan langkah bijak hari ini untuk memastikan harta yang kita usahakan terus menjadi keberkatan dan dimanafaatkan berterusan sebaiknya selepas kita tiada.
.
📞 Hubungi kami untuk temujanji perancangan pewarisan harta Islam secara profesional.
Temujanji 1>> Analisa faraid, aset, kerisauan, hasrat, harapan >>Temujanji ke2>> Penerangan cadangan solusi >> Tindakan
Rancang harta, tanggung jawab terlaksana, waris terbela, tenang jiwa 💕
.
Mohd Syamsul
Membantu pelanggan mencapai ketenangan fikiran melalui perancangan pewarisan harta Islam yang holistik.
Perunding Pewarisan Harta Islam
Wasiyyah Shoppe Berhad
Syarikat Amanah patuh syariah terbesar di Malaysia
.
Jan27