Back to top

Jun06

KITA SEBENARNYA MENINGGALKAN BEBAN KEPADA WARIS TANPA DISEDARI ! KASIHAN WARIS

Beberapa hari lepas seorang hamba Allah PM saya bertanya kenapa Wasiyyah Shoppe Berhad mengenakan fi RM 50 sebulan selama 15 tahun kepada pelanggan untuk menguruskan harta pusaka?

Tanyanya lagi untuk urus harta pusaka ini melalui wasiat yang disediakan oleh pihak lain dia cuma membayar beberapa ratus atau beberapa ribu ringgit sahaja sekali bayar. Tak payah susah payah nak bayar ansuran RM 50 setiap bulan. Tiada kos lain katanya.

Saya suka soalan ini kerana ia menunjukkan masyarakat mulai celik dan ingin tahu.

APA KOS SEBENAR WASIAT ITU ?

Masyarakat masih keliru apa sebenarnya wasiat yang mereka buat di dalam pasaran yang cajnya beberapa ratus atau beberapa ribu ringgit sekali bayar itu kerana mereka tidak diterangkan dengan jelas mengenainya.

Wasiat itu sebenarnya hanyalah wasiat yang MELANTIK WASI.

Ini bermakna anda melantik pihak tertentu sama ada individu atau syarikat amanah sebagai WASI.

Kalau anda dah buat wasiat, cuba cek apa kandungannya dan fahami ia. Jangan sign blindly je. Jangan juga terima bulat2 apa2 maklumat yang disampaikan.

Buat kajian sikit. Search je pakcik google semua maklumat ada kat situ.

Fahami betul2 apakah fungsi wasiat yang anda buat itu. Apa kerja yang WASI ini buat ?

Ringkasnya, selepas anda mati, WASI itulah yang akan bertanggungjawab untuk berjumpa waris dan melaksanakan semua tugas berkaitan tuntutan harta pusaka.

Mereka akan membuat carian hartanah anda di pejabat tanah. Kalau anda ada tanah di seluruh Semenanjung Malaysia, jenuhlah mereka nak kena dapatkan dokumen itu.

Mereka akan mencari maklumat akaun bank , saham koperasi dan semua harta tunai anda.

Mereka akan mengumpulkan semua maklumat tentang harta dan hutang anda.

Menulis surat kepada semua pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat harta dan hutang anda.

Memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah bagi urusan yang berkaitan.

Memfailkan permohonan pusaka sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Mengumpulkan semua harta, membayar hutang dan akhirnya membahagikan harta kepada semua waris berhak mengikut hukum faraid atau permuafakatan mereka.

Semua kerja ini makan masa bertahun untuk diselesaikan. Itupun jika wasiat yang melantik WASI itu dapat dikuatkuasakan.

Ada juga wasiat yang melantik WASI ini tidak dapat dikuatkuasakan kerana waris tidak bersetuju dengan WASI yang dilantik terutamanya bagi kes di Pejabat Pusaka Kecil. SERIOUSLY !

Anda fikir semua kerja rumit yang WASI lakukan di atas itu dibuat secara PERCUMA tanpa sebarang caj ?

Adakah anda fikir peguam yang dilantik oleh WASI itu buat kerja Pro Bono (PERCUMA ) ?

Adakah anda fikir dengan fi buat wasiat RM 300 atau RM 1000 yang anda bayar one-off sekarang akan COVER semua kos untuk buat kerja di atas ? SERIOUSLY ?

Kalau anda fikir begitu, alangkah naifnya anda.

Tahukah anda WASI dibenarkan di bawah Seksyen 43 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 untuk mengenakan fi sehingga 5% dari nilai harta pusaka bagi melaksanakan semua tanggungjawab yang saya sebut di atas ?

Ini hanyalah kos profesional mereka tidak termasuk kos rampaian lain seperti kos peguam, kos perjalanan, kos percetakan dan kos2 lain yang berkaitan urusan tuntutan harta pusaka termasuklah fi yang kena dibayar kepada Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Di Malaysia hari ini ada WASI profesional mengenakan fi pengurusan pusaka di antara 1% sehingga 5% dari nilai harta pusaka yang anda tinggalkan ketika anda mati.

Kalau harta anda bernilai RM 2 juta ( semua harta termasuk rumah, akaun bank, kereta dan segala2nya ) , fi yang dikenakan kepada waris anda atau dipotong dari harta pusaka anda akan mencecah puluhan ribu RM!

Tahukah anda ? Tak tahu kan ?

Anda memanglah bayar murah sekarang RM 300 atau RM 1000 sekali bayar untuk wasiat anda hari ini tetapi tanpa anda ketahui anda sedang meninggalkan waris anda dengan bebanan kos puluhan ribu RM selepas anda mati !

Saya seorang ayah. Saya tidak mahu harta2 saya menjadi bebanan kepada anak2 saya.

Saya faham sayalah pemilik harta dan sayalah yang bertanggungjawab ke atasnya. Kerana itulah saya menggunakan perkhidmatan Al Wasitah Wasiyyah Shoppe Berhad.

APA PULA YANG WARIS SAYA DAPAT MELALUI PERKHIDMATAN WASIYYAH SHOPPE BERHAD.

Dengan membayar RM 50/60 sahaja sebulan selama 15 tahun (bayaran maksima RM 9000 selama 15 tahun .. itupun kalau saya hidup sehingga 15 tahun.

Kalau saya mati sebelum 15 tahun bayaran RM 50/60 itu tak perlu dibayar lagi setakat tarikh saya mati. ) , saya dapat pastikan semua kerja2 yang saya sebutkan di atas tadi dibuat oleh Wasiyyah Shoppe Berhad secara PERCUMA untuk waris2 saya. ( kecuali bayaran kepada ejensi kerajaan berkenaan ).

Melalui pembangunan prinsip tabarru’ pusaka patuh syariah 100% dan patuh undang2 sivil yang inovatif yang telah diamalkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad, sehingga hari ini kami kekal sebagai satu-satunya syarikat amanah yang memberikan perkhidmatan tuntutan harta pusaka secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia.

TANYA DIRI ANDA.

Adakah anda memang rela jimat duit anda sekarang dan biarkan waris anda sengsara tanggung kos puluhan ribu RM bila nak uruskan harta anda kelak ?

Saya tak rela. Saya tahu keluarga saya sudah cukup terkesan dan sedih dengan pemergian saya. Saya tak mahu mereka terbeban pula memikirkan bagaimana nak menanggung kos pengurusan harta pusaka saya.

SERIOUSLY .. buat wasiat melantik WASI murah ? Think again !

Ariffin Sabirin Official

Mohd Syamsul

Perunding Pancangan Pewarisan Harta Islam

012-224 9895
Rancang pewarisan harta menyeluruh
Whatsapp

in Blog, Perunding Pewarisan Harta Islam

Baca juga :

  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas