Back to top

Aug03

Bayar caruman takaful AIA guna JomPAY online

Jika sebelum ini pembayaran caruman takaful AIA secara online hanya boleh melalui maybank2u dan Public Bank online sahaja. Kini tak perlu risau lagi jika tiada 2 akaun bank ini, kerana anda sudah boleh buat bayaran melalui semua bank secara online yang ada JomPAY.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan, AIA telah mengumumkan mulai 1 April 2020, anda mempunyai pilihan untuk membayar sumbangan caruman takaful anda melalui JomPAY.

Terdapat 41 bank-bank berdaftar yang boleh dipilih untuk membuat caruman anda.

Malah, JomPAY membolehkan anda membuat caruman secara berulang melalui kaedah auto debit daripada akaun simpanan/semasa atau kad kredit anda.

Langkah-Langkah Bayar Takaful AIA Guna JomPay

1) Login ke dalam Online Banking masing-masing
2) Pilih pembayaran
3) Pilih JomPay
4) Masukkan info biller code = 66795
5) Dapatkan TAC Number
6) Selesai transaksi
7) Semak rekod dalam myAIA selepas 3 hari bekerja.

Anda hanya perlu login ke akaun bank online anda, pilih JomPay dan masukkan Biller Code = 66795

Lepas masukkan biller code 66795, anda akan dimintak TAC number untuk teruskan transaksi.

Anda sebaiknya add favourite Biller Code ini, senang nak buat payment di masa hadapan.

Hanya untuk renewal dan pembayaran berulang (recurring) sahaja. Untuk pembayaran semasa mula apply polisi tak boleh gunakan kemudahan JomPay ini.

Pembaharuan caruman takaful anda kini lebih mudah dengan perkhidmatan JomPAY!

in Blog, Perunding AIA takaful Klang Shah Alam

Baca juga

  • Asas Sistem Takaful
  • Majoriti miliki insurans hayat di bawah perlindungan sebenar
  • Kenapa ramai masih tak daftar perlindungan takaful
  • 5 Golongan Yang Mencari Perunding Takaful. No 5 Paling Selalu!
  • Tiba-tiba aku rasa aku kena daftar takaful segera!
  • Pengajaran daripada tak puas hati dengan jumlah pampasan
  • Siapa boleh jangka, baru daftar seminggu dah dapat pampasan.
  • Mereka berebut merancang pewarisan, kita bagaimana?
  • Daftar takaful tanpa berjumpa

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas