Back to top

Jan01

Apa itu hibah hartanah?

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain semasa hidupnya tanpa mengharapkan sebarang balasan (‘iwad). Ia berbeza dengan wasiat, iaitu pemberian harta yang berkuat kuasa selepas kematian pewasiat.

Hartanah seperti tanah, rumah, lot kedai dan sebagainya lazimnya merupakan antara aset yang paling bernilai dan penting dalam kehidupan seseorang, terutamanya rumah kediaman yang menjadi tempat perlindungan keluarga.

Menghibahkan rumah kediaman merupakan salah satu langkah perancangan yang boleh dilakukan bagi memastikan rumah tersebut dapat diberikan kepada ahli keluarga yang benar-benar kita mahu lindungi apabila kita sudah tiada.

Bayangkan sekiranya rumah yang menjadi tempat tinggal utama keluarga akhirnya turut menjadi hak milik waris-waris lain, sedangkan pasangan dan anak-anak kita masih memerlukan kediaman tersebut.

Apa akan berlaku sekiranya tidak membuat hibah?

Sekiranya kita tidak membuat hibah, apabila kita meninggal dunia, rumah yang menjadi milik kita akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka. Setelah urusan berkaitan pusaka seperti hutang dan tuntutan yang berkaitan diselesaikan, baki harta akan dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Setiap orang mempunyai struktur waris yang berbeza. Oleh itu, kadar pembahagian faraid juga bergantung kepada siapa waris yang masih hidup ketika pemilik harta meninggal dunia.

Sebagai contoh, sekiranya pemilik rumah ialah seorang suami yang meninggalkan bapa, ibu, isteri serta anak lelaki dan perempuan, pembahagian faraid secara asasnya adalah seperti berikut:

  • Bapa (1/6 daripada bahagian rumah)
  • Ibu (1/6 daripada bahagian rumah)
  • Isteri (1/8 daripada bahagian rumah)
  • Anak-anak (menerima baki yang kemudiannya dibahagikan antara anak lelaki dan anak perempuan mengikut nisbah 2:1)

.

Nota: Contoh ini hanya berdasarkan struktur waris di atas. Bahagian faraid boleh berubah sekiranya struktur waris yang ditinggalkan berbeza.

Pemilikan bersama terhadap sebuah rumah oleh beberapa orang waris boleh menimbulkan kerumitan, terutamanya jika rumah tersebut merupakan kediaman utama keluarga.

.

Sebagai contoh, apabila seorang suami meninggal dunia, rumah yang dimilikinya tidak semestinya menjadi milik isteri sepenuhnya. Waris-waris lain yang berhak juga boleh mempunyai bahagian dalam rumah tersebut.

.

Oleh sebab itu, hibah hartanah merupakan salah satu kaedah perancangan yang boleh dipertimbangkan semasa hidup bagi memastikan hartanah tertentu dapat diberikan kepada individu yang kita kehendaki.

Rumah yang masih dalam pembiayaan boleh dihibahkan?

Hibah bagi rumah yang masih dalam pembiayaan bank memerlukan kaedah dan dokumentasi yang sesuai. Apabila berlaku kematian dan hibah tersebut perlu disahkan di Mahkamah Syariah, kesahannya akan dinilai berdasarkan fakta, dokumen serta pematuhan kepada syarat-syarat hibah.

Sebab itu, pemilihan pihak yang mengendalikan hibah hartanah amat penting. Pengalaman, kepakaran dan pengetahuan dalam menyediakan hibah bagi hartanah yang masih mempunyai pembiayaan perlu diberi perhatian, lebih-lebih lagi apabila perancangan tersebut dibuat untuk melindungi orang yang paling penting dalam hidup kita.

Secara asasnya, hartanah yang masih dalam pembiayaan boleh dirancang melalui hibah, tetapi terdapat syarat dan kaedah tertentu yang perlu dipenuhi.

Inilah antara bidang kepakaran Wasiyyah Shoppe Berhad.

Syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia. Penyediakan dokumen hibah terbanyak, mempunyai pengalaman dalam penyediaan dokumen dan perancangan hibah melibatkan pelbagai jenis harta, termasuk hartanah, hartanah yang masih dalam pembiayaan bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang kemas, kenderaan, saham koperasi dan akaun Tabung Haji.

MOU antara Wasiyyah Shoppe dengan fakulti pengajian Islam UKM
Penyedia dokumen hibah terbanyak di Malaysia.

Harta yang telah dihibahkan semasa hidup tidak lagi menjadi sebahagian daripada harta pusaka pemberi hibah untuk dibahagikan kepada waris melalui faraid.

Sebaliknya, harta tersebut akan menjadi hak penerima hibah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pemberi hibah semasa hidupnya.

.

Jalan terakhir sekiranya rumah tidak dihibahkan

Jika semua waris tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai rumah yang ditinggalkan, antara jalan terakhir yang mungkin terpaksa diambil ialah menjual rumah tersebut.

Sudah tentu keadaan ini boleh menjadi sangat berat, terutama jika rumah itu merupakan kediaman keluarga dan menyimpan banyak kenangan bersama. Lebih sukar lagi sekiranya pasangan dan anak-anak masih memerlukan rumah tersebut sebagai tempat tinggal.

Namun, dalam keadaan tertentu, penjualan rumah mungkin menjadi jalan untuk membolehkan bahagian setiap waris diselesaikan dan mengelakkan pertikaian yang berpanjangan dalam kalangan ahli keluarga.

.

Bagaimana nak buat?

Tidak pasti rumah anda perlu dihibahkan atau tidak?

Setiap keluarga mempunyai struktur waris dan keadaan harta yang berbeza. Sebelum membuat keputusan, saya biasanya akan melihat beberapa perkara terlebih dahulu:

  • Siapa pemilik hartanah?
  • Rumah atas satu nama atau dua nama?
  • Masih mempunyai pembiayaan atau sudah selesai?
  • Siapa bakal waris faraid?
  • Siapa yang anda mahu terus mendapat manfaat daripada rumah tersebut?
  • Adakah terdapat anak bawah umur, anak angkat, anak OKU atau tanggungan tertentu?

Daripada maklumat ini barulah kita boleh melihat sama ada hibah hartanah diperlukan dan bentuk perancangan yang lebih sesuai.

Saya sendiri telah membantu ramai pelanggan membuat perancangan pewarisan harta dan hibah hartanah secara bersemuka dan online.

Boleh hubungi saya melalui WhatsApp di pautan di bawah untuk mendapatkan penerangan mengenai hibah hartanah anda.

Mohd Syamsul

Perunding Pewarisan Harta Islam

012-224 9895
Maklumat lanjut dan pendaftaran
Whatsapp

in Blog

Baca juga :

  • PERANCANGAN PEWARISAN HARTA ISLAM
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas