Bila satu dunia dilanda wabak dengan kadar kematian bertambah setiap hari yang kini mencecah puluhan ribu dalam masa yang singkat. Tentu kita berasa risau dikuatiri diri dan keluarga juga dijangkiti.
Permintaan face mask dan hand sanitizer meningkat. Kerana orang ramai mula sedar perlunya perlindungan fizikal untuk mengelak daripada mudah dijangkiti virus COVID-19.
Kesedaran miliki perlindungan takaful juga dikatakan bertambah. Ini kerana kewangan keluarga juga boleh terjejas apabila kita menjadi salah seorang mangsa terkena jangkitan wabak ini.
Ini 10 sebab kenapa anda perlu daftar takaful ketika PKP ini juga!!
1. Risiko terkena jangkitan virus.
Saya yakin, tiada siapa nak mendapat penyakit bawaan virus covid-19 ini.
Ada yang cuma pernah sekali pergi kenduri kahwin. Ada yang hanya pergi ke kedai. Ada yang sepanjang masa duduk rumah cuma pergi follow-up kinik kesihatan ambil ubat.
Sekali keluar je dah cukup untuk berkenalan dengan Coronavirus.
Seperti cinta buta. tak kenal siapa mangsanya. tak kira kaum, usia, pangkat, berharta atau tidak. Kata salah seorang mangsa kovid yang tak tahu dimana dia dapat jangkitan itu.
Kita bukan boleh tahu masa kita keluar rumah tu orang yang berada disekitar kita tu ada virus ke tidak. Boleh saja virus itu menghinggap dan menjangkiti kita secara tak sengaja.
Jadi, selagi masih ada peluang mendaftar takaful. Baik kita bertindak segera.
Bahaya datang tanpa diduga
2. Ada masa.
Jika sebelum ini kita kata sibuk dan tak sempat untuk daftar takaful. Ketika PKP ini, tiada masa tak boleh dijadikan alasan lagi.
Bahkan ketika ini tak perlu pun susah-susah nak berjumpa perunding takaful. Sebab sekarang sudah boleh mendaftar secara tanpa bersemuka yang telah diinisiatifkan oleh Bank Negara. Sebab permintaan keperluan perlindungan takaful yang meningkat.
Apakah keputusan dan tindakan paling significant yang anda lakukan pada PKP ini? Mungkinkah dengan mendaftar perlindungan takaful?
Jangan biarkan masa depan kita menyumpah diri kita dimasa sekarang kerana tak ambil tindakan lagi sebab kata tiada masa.
3. Jika sakit kena pergi hospital swasta sebab hospital kerajaan fokus kes covid.
Kalaulah kita atau ahli keluarga kita tiba-tiba sakit (selain daripada covid19) contohnya denggi ke demam panas ke, adakah kita akan pergi juga ke hospital kerajaan dalam keadaan ia sekarang menjadi tempat tumpuan untuk kes-kes berkaitan covid-19?
Bagi sesetengah orang yang risau akan risiko terkena jangkitan, pilihan lain yang ada adalah pergi ke hospital swasta.
Untuk dapatkan rawatan dihospital swasta, tentunya kosnya lebih tinggi berbanding dihospital kerajaan.
Tanpa miliki pelan kad perubatan takaful, kita terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menanggung kos itu.
Bersedia dengan memiliki perlindungan takaful atau bersedia untuk gunakan simpanan kita.
4. Bila dah ada rekod positif covid kemungkinan lebih sukar untuk permohonan takaful lulus.
Ada yang menyatakan jika telah diagnose positif COVID-19, kemudian telah sembuh, kemungkinan peluang untuk positif semula akan ada.
Bagi yang sampai masuk icu, bila pulih kemungkinan fungsi paru-paru akan berkurang sebanyak 30%!!
Jika dah ada rekod positif covid, kemungkinan untuk pendaftaran takaful kita lulus juga mungkin sukar.
5. Jika nak tunggu PKP ini tamat sepenuhnya kemungkinan lambat lagi.
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan Covid-19. Selagi terdapat kes baru yang diumumkan setiap hari, tentu PKP ini akan dilanjutkan lagi.
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata wabak Covid-19 dijangka akan berterusan dan tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat.
Katanya, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengawal penularan wabak, negara ini masih berdepan peningkatan kes membabitkan Covid-19, yang kini berada pada gelombang kedua.
“Dengan trend kes sedia ada, wabak ini dijangka akan berterusan untuk tempoh masa yang agak lama.
“Ia tidak akan berakhir dalam jangka waktu yang terdekat,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Jika kita nak tunggu PKP ini tamat baru nak daftar takaful. Kita perlu fikirkan persoalan ini, bila PKP akan tamat sepenuhnya?
Mungkin jika PKP ini tidak dilanjutkan. Adakah kita semua sudah boleh jalani kehidupan sosial seperti sebelum pendemik ini berlaku?
Macam-macam boleh terjadi dalam tempoh ini. Risiko kematian, mendapat kecederaan kemalangan dan mendapat penyakit samaada covid atau selain itu tetap ada.
Dengan memberi sebab adanya Perintah Kawalan Pergerakkan ini untuk menangguhkan tindakan mendaftar takaful, kita telah merugikan banyak masa untuk pelan takaful kita melepasi tempoh menunggu untuk kita gunakannya bila perlu.
6. Ada lebihan wang sebab moratorium.
Kegawatan ekonomi sedang berlaku
7. Masa ini risiko penyakit lain dan kemalangan tetap ada.
Walaupun kadar kemalangan menurun diwaktu ini. Tidak membuktikan yang tak ada kemalangan langsung.
Saya sendiri pernah terlihat kemalangan kenderaan yang teruk berlaku ketika keluar beli keperluan rumah baru-baru ini.
Ada sahaja pelanggan yang perlu dimasukkan kewad. Ada yang demam denggi. Ada yang kena buat pembedahan.
Ada juga yang mendapat pampasan kematian. Ini bukan penyakit covid. Tetapi selain dari itu.
Jangan kita ingat. Bila duduk dirumah sahaja, kita akan terselamat dari acaman kemalangan, penyakit dan kematian.
Malah di waktu ini, jika terjadi musibah seperti ini. Kemungkinan keadaan kita atau keluarga kita akan lebih teruk lagi jika tiada persediaan perlindugan takaful.
8. Ada kemungkinan manafaat pelan perubatan yang disediakan syarikat anda berkerja ditarik balik.
Walaupun pelbagai kesulitan dihadapi ketika menjalankan PKP termasuk kejatuhan ekonomi tempatan, jelas langkah terbaik untuk menyekat virus itu daripada terus menular adalah dengan membuat penutupan secara menyeluruh, diikuti dengan pemantauan berterusan.
Pandemik itu bukan hanya mencetuskan darurat kesihatan, malah menggugat ekonomi dunia sehingga menjejaskan perniagaan, kehilangan jutaan pekerjaan dan juga mengakibatkan berjuta-juta orang kebuluran.
9. Ada perlindungan tambahan covid.
tgdfgdgdfgdfgdfg
10. Masa untuk buat perancangan kewangan lebih baik.
Jika terjadinya musibah seperti kematian, hilang upaya, atau sakit yang perlu masuk hospital dan perlu pembedahan segera di waktu krisis ekonomi ini tentu akan menambah kesan buruk kepada diri atau keluarga kita.
DALAM SEGALA PERKARA, TIDAK KIRA BETAPA SAYANGNYA KITA TERHADAP SESUATU, BETAPA CANTIKNYA, BETAPA BAIKNYA, IA AKAN DIBUANG JIKA TIDAK PENTING, JIKA IA TIDAK MEMBANTU ANDA UNTUK BERTAHAN.”
Apr17