Back to top

Nov14

Tips simpan dokumen untuk mudah waris urus pusaka

Satu perkara penting tetapi selalu dipandang enteng oleh pemilik-pemilik harta adalah pengurusan dokumen.

Dokumen yang lengkap akan memudahkan urusan anda untuk membuat perancangan harta semasa hidup dan juga urusan tuntutan harta pusaka oleh waris selepas kematian. Disini kami akan kongsikan beberapa tips pengurusan dokumen yang efisyen.

.

1. Kumpulkan setempat dokumen-dokumen yang berkaitan.

Sebagai contoh, salinan geran dan perjanjian jual beli rumah boleh disatukan di dalam satu fail. Sekiranya rumah tersebut masih dalam pinjaman, dokumen seperti surat tawaran bank dan lindungan takaful juga boleh dikumpulkan bersama.

.

2. Buat salinan pendua.

Adalah lebih baik sekiranya dokumen yang disimpan mempunyai salinan pendua. Ini kerana sekiranya dokumen salinan asal diperlukan dalam proses tuntutan harta, salinan pendua boleh digunakan oleh waris sebagai rujukan bagi apa-apa tujuan.

.

3. Simpan ditempat yang selamat namun boleh dijumpai.

Simpan dokumen di tempat yang anda yakini selamat. Sebagai contoh, sekiranya ingin selamat dari perkara yang tidak diingini seperti banjir, simpan lah ditempat yang tinggi. Tetapi, jangan pula anda ditempat yang anda sendiri cari tidak boleh jumpa. Masak nanti !

.

4. Maklumkan keberadaan dokumen tersebut kepada waris yang anda percayai.

“Along, ayah simpan dokumen-dokumen maklumat harta ayah dalam almari ini ya.”
Sekiranya berlaku apa-apa pada anda sekurang-kurangnya Along tahu dimana letak duduk semua dokumen maklumat harta anda. Tidaklah proses tuntutan harta pusaka anda tergendela kerana tiada seorang pun waris anda yang tahu dimana dokumen-dokumen tersebut.

.

5. Manfaatkan teknologi yang terkini.

Sekarang telah banyak teknologi-teknologi penstoran secara digital yang telah diperkenalkan seperti contoh penstoran awan. Lebih baik lagi, kebanyakkan penstoran awan ini ditawarkan secara percuma sehingga ke had maksima yang dibenarkan. Kelebihan penstoran awan ini adalah anda boleh mengakses dokumen pada bila-bila masa dan dimana jua serta kurang risiko kehilangan dokumen. Anda boleh memilih penstoran awan yang diyakini dan dipercayai jenamanya di seluruh dunia untuk meningkat keselamatan dokumen yang anda simpan.

.

Anda tahu apa-apa tips lain selain diatas untuk pengurusan dokumen secara lebih efisyen? Kongsikan diruangan komen dibawah.

in Pengetahuan Pewarisan Harta Islam

Baca juga :

  • RANCANG PEWARISAN HARTA
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas