Salah faham terhadap WASIAT dan beza antara WASIAT dan HIBAH
Saksikan video diatas berkenaan salah faham terhadap WASIAT dan beza antara WASIAT dan HIBAH dari sedutan dalam rancangan WANITA HARI INI TV3.
.
Apa yang perlu anda tahu tentang WASIAT bagi orang Islam?
- Dari sudut syarak, wasiat adalah tentang memperuntukan tidak lebih daripada 1/3 harta peninggalan kepada bukan waris, untuk tujuan amal jariah seperti sedekah, wakaf dan sebagainya.
- Dari sudut undang-undang sivil, wasiat adalah tentang perlantikan wasi (pemegang amanah), yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengagihan harta peninggalan, mengikut pembahagian yang ditetapkan dalam Islam iaitu faraid.
.
Wasiat bukanlah dokumen untuk tujuan mengagihkan harta kepada waris-waris mengikut kehendak pemilik harta selepas meninggal dunia nanti. Inilah salah faham yang berleluasa dikalangan masyarakat kita.
.
Jika ada yang beranggapan, buat wasiat adalah untuk memberikan harta peninggalannya kepada anak-anak atau isteri, kemungkinan besar hajatnya tidak akan kesampaian.
.
Waris, bukan sekadar anak dan isteri. Ibu bapa, dan adik beradik juga adalah waris harta peninggalan. Jika ada waris yang tidak bersetuju, wasiat yang telah dibuat ketika hidup akan terbatal.
.
Tujuan buat wasiat adalah untuk melantik WASI (pemegang amanah), untuk mengagihkan harta peninggalan mengikut hukum Islam, iaitu FARAID. Ini akan memudah dan mempercepatkan proses pengagihan harta peninggalan.
.
Kadar pembahagian hak faraid telah ditentukan seperti didalam al-Quran menerusi surah an-Nisa’ ayat 11-12. Hak setiap individu telah ditetapkan bergantung kepada struktur keluarga waris yang berhak dan masih hidup.
.
Penama wasi (pemegang amanah) yang di namakan oleh pemilik harta, akan miliki tanggung jawab yang besar dan diharap dapat menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin untuk mengagihkan harta peninggalan dia.
.
Berbanding mereka yang tidak membuat wasiat, pengagihan harta peninggalan boleh menjadi sukar.
.
Usah ulang kesilapan orang dahulu, suka bertangguh, akhirnya harta pusaka jadi puasa kerana berebut. Rancanglah harta pusaka. Ingat, faktor utama harta beku ialah sikap suka bertangguh dan ambil endah tentang perancangan harta pusaka.
.
Kami di Wasiyyah Shoppe boleh membantu rakyat Malaysia yang ingin meyediakan dokumen hibah, wasiat, amanah dan pengurusan harta.
.
Ingin saya bantu merancang pewarisan harta anda?
Ramai yang telah saya bantu mereka yang merancang sekiranya ajal telah sampai suatu hari nanti, mereka mahu meninggal dengan tenang dan tidak mahu meninggalkan masalah kepada waris.
Sekiranya hasrat anda seperti mereka juga, berminat diberi penerangan dan konsultansi solusi perancangan pewarisan harta Islam yang boleh kami tawarkan, secara sesi 1 on 1.
Boleh pilih samaada penerangan secara online (zoom), di pejabat agensi kami (di Kota Damansara) atau di pejabat dan rumah anda.
Klik link dibawah:
.
.
.
Mohd Syamsul
Membantu umat Islam buat perancangan pewarisan masa hidup supaya mudah urus harta peninggalan dan elak konflik sesama waris.