Bila orang ramai makin mula faham akan kepentingan untuk merancang pewarisan harta, mereka mula mencari solusi atau produk untuk membuat hibah hartanah untuk rumah, kondo atau aset hartanah mereka. Tapi dengan siapa mereka nak bertanya?
Mungkin dengan ejen takaful mereka. Sebab ejen takaful mereka dah cerita tentang kepentingan hibah sebelum ini iaitu hibah manafaat takaful. Alhamdulillah bab takaful dah setel, tapi bila klien tanya bab hibah hartanah kena hati-hati ya, sebab klien boleh keliru. Kalau ejen takaful keliru, klien sure lagi keliru.
Sama ker hibah takaful dan hibah hartanah? Pastinya TIDAK SAMA. Kenapa? kerana aset yang dihibahkan adalah berbeza, yang sama hanya konsep hibah sahaja. Naya klien dan waris mereka kalau mereka tak faham bab ini.
Kenapa naye? sebab waris-waris tertentu yang anggap rumah itu telah dihibahkan kepada mereka, mungkin sakit jantung bila apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ok, fahami apa bezanya…
Kena faham betul-betul, sebab ramai pelanggan takaful yang saya jumpa masih keliru bab hibah takaful ni. Mereka kata rumah dah buat hibah sebab dah ada hibah takaful. Ada yang ambil pelan takaful keluarga kerana ada ejen takaful kata yang wang pampasan takaful boleh guna untuk bayar hutang rumah yang tertunggak apabila pemilik rumah meninggal dunia. Bab bayar hutang tu betul. Tapi melupuskan hutang bukan bermaksud rumah sudah dihibahkan. Tengok balik apa yang dihibahkan.
Ada ejen takaful yang faham tapi ada ramai juga yang tidak faham. Jadi, biar faham supaya kita boleh sampaikan ilmu dengan tepat kepada pelanggan takaful kita.
Hibah Takaful – Manfaat pampasan takaful yang akan dibayar kepada penama sebagai penerima hibah.
Hibah Hartanah – Harta yang bersifat harta tidak alih (rumah, kondo, apartmen, tanah) yang dihibahkan oleh pemilik kepada penerima hibah.
Bezanya adalah pada ASET/HARTA yang dihibahkan. Hibah Takaful adalah hibah kepada manafaat pampasan. Manakala Hibah Hartanah adalah menghibahkan hartanah yang dimiliki kepada penerima hibah.
Jadi, apa maknanya?
Ia bermaksud hartanah itu telah menjadi pusaka dan menjadi hak waris faraid walaupun hutang telah dilangsaikan oleh wang pampasan takaful kerana wang pampasan yang dihibahkan, bukan rumah.
Waris faraid berbeza beza mengikut struktur keluarga. Andaikan, pemilik rumah adalah suami dan waris yang ditinggalkan adalah isteri, ibu, ayah, 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan.
Waris faraid dan bahagian faraid mereka adalah seperti berikut:
- Ayah 12/72
- Ibu 12/72
- Anak Lelaki 26/72
- Anak Perempuan 13/72
- Isteri 9/72
Bayangkan rumah itu dipotong kepada 72 petak tiles rumah. Bahagian diatas adalah hak yang dimilik oleh setiap waris faraid, cuma tak tahu bahagian tiles yang mana. Boleh bayangkan?
Oleh itu jika suami isteri anggap atau diberi anggapan Hibah Takaful yang dinamakan isteri sebagai penama hibah itu bermaksud rumah pun dihibahkan, isteri akan menangis tidak berlagu laa gamaknya. Kenapa? sebab anggapan itu sudah “clashed” dengan pemilikan sebenar iaitu hak waris-waris faraid.
Habis tu, nak buat apa? Kalau memang nak bagi hartanah kepada individu tertentu, boleh buat begini…
Kena buat dua-dua hibah sekali. Maksudnya?
- Hibah Takaful untuk hapuskan hutang rumah.
- Hibah Hartanah utk beri rumah itu kepada orang tertentu. ie isteri, anak etc..
Dua solusi yang berbeza utk dua aset/harta yang berbeza. Hibah takaful dapatkan dari pakar takaful (perunding takaful). Hibah hartanah dapatkan dari pakar hibah hartanah (perunding pewarisan harta).
Kan senang kalau perunding takaful pun ada solusi hibah hartanah, mudahkan pelanggan betul tak?
Ini belum cerita bab penerima hibah takaful tidak terikat untuk langsaikan hutang rumah pula!
Tapi kalau tiada solusi hibah hartanah, bolehlah hubungi saya.
.
.
Industri Pewarisan Harta Islam Sangat Memerlukan Anda!
Kami adalah pasukan yang ditubuhkan sejak 2014 dengan misi membangunkan ekonomi diri melalui perkhidmatan perancangan pewarisan harta Islam.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, agensi kami telah dinobatkan Agensi Korporat Terbaik Wasiyyah Shoppe Berhad selama 9 tahun berturut-turut (2024)
Pasukan Perunding kami menawarkan perkhidmatan professional dalam pewarisan harta Islam melalui sistem F.A.S.T.
- ANALISIS FARAID
- ANALISIS ASET
- SOLUSI
- AMBIL TINDAKAN
.
Mengapa Wasiyyah Shoppe Berhad adalah pilihan Solusi Perancangan Pewarisan Harta Dan Pengurusan Pusaka Islam Terbaik?
- Perkhidmatan paling komprehensif di Malaysia. Lebih 38 jenis perkhidmatan ditawarkan untuk penuhi keperluan pelanggan.
- Perkhidmatan percuma untuk waris. Tiada fi ditolak dari harta pusaka.
- Perkhidmatan peribadi percuma untuk waris. Wakil syarikat datang kerumah untuk mudahkan waris.
- Perkhidmatan patuh syariah yang diluluskan oleh panel syariah melalui proses penyaringan yang ketat.
- Perkhidmatan terbukti berkesan. Lebih 500 pengesahan hibah diperolehi dari mahkamah syariah.
.
Mungkin disebabkan anda menjadi perunding pewarisan, ada balu yang bersyukur harta pusaka almarhum suami diurus dengan mudah, cepat, dan waris lain bekerjasama dengan baik.
Mungkin disebabkan anda, anak2 yatim tidak perlu risau, rumah mereka di rebut waris lain.
Mungkin disebabkan anda ramai yang miliki unit Amanah, saham, cds, simpanan, tidak dibeku begitu lama.
Mungkin disebabkan anda perniagaan yang beri manafaat kepada orang ramai, tidak terkubur, disebabkan pemiliknya telah meninggal dunia. Waris, pekerja, dan Masyarakat, dapat terus menerima manafaat Syarikat itu.
Mungkin disebabkan anda, ramai orang mendapat kesedaran, persedian pahala berterusan, selepas meninggal dunia, melalui, amal jariah, dan wakaf, selepas meninggal dunia
Dalam masa yang sama, dapat menambahbaik perniagaan anda, bertambah pendapatan diri, dan keluarga dapat manafaatnya.
Dibantu pula, oleh mentor2 yang berpengalaman, program Latihan, staf2 agensi kami. Dan, perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad, yang dapat beri solusi kepada pelanggan2 anda nanti.
in Hibah Hartanah, Perancangan Pewarisan Harta Islam, Perunding Pewarisan Harta Islam
Sep27