HAMPIR 99% RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM TIDAK TAHU KEDUDUKAN WASIAT MELANTIK WASI YANG MEREKA BUAT!
.
Disebabkan masih terlalu ramai yang keliru kerana dikelirukan, saya akan ulas lagi topik WASIAT ini supaya difahami sepenuhnya oleh orang Islam di Malaysia. Saya akan sentuh tentang LEGITIMASI atau kuatkuasa WASIAT itu dari segi undang2.
.
.
WASIAT AGIHAN MENGIKUT HUKUM SYARAK.
.
Wasiat yang sah dari segi hukum syarak yang bidang kuasa pengesahannya ialah Mahkamah Syariah ialah wasiat pada kadar maksimum 1/3 dan penerimanya ialah bukan waris.
.
Bukan waris bermaksud pihak yang tidak berhak menerima harta pusaka mengikut hukum faraid.
.
Jika wasiat itu memberi kepada waris (pihak yang menerima harta pusaka ) atau memberi lebih dari kadar 1/3 kepada bukan waris, wasiat itu hanya berkuatkuasa jika dipersetujui oleh semua waris faraid SELEPAS KEMATIAN pewasiat sahaja.
.
Kalau masa hidup waris faraid setuju dengan wasiat tetapi selepas kematian pewasiat waris tidak besetuju, maka keputusan mereka SELEPAS KEMATIAN itulah yang diterima.
.
.
WASIAT BAGI TUJUAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA.
.
Sebenarnya wasiat yang paling banyak dipromosikan oleh syarikat amanah dan ejen-ejen mereka serta bank-bank ialah WASIAT PENTADBIRAN.
.
Mereka mempromosikan membuat wasiat ini hukumnya WAJIB tetapi bila dibuat wasiat itu, ia berpaksi kepada pelantikan mereka sebagai wasi.
.
Wasiat melantik wasi ini berbeza implikasi perundangan dan kos dengan wasiat agihan di atas. Wasiat ini tertakluk mengikut undang-undang sivil.
.
Wasiat ini menceritakan tentang pelantikan WASI dan tanggungjawab wasi itu dalam menguruskan pentadbiran harta pusaka.
.
Wasi yang boleh dilantik ialah individu atau syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad yang memiliki kuasa sebagai wasi seperti diperuntukkan di dalam Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100).
.
Namun orang Islam di Malaysia perlu faham dimana kedudukan wasiat pentadbiran ini dan dalam keadaan apa ia berkuatkuasa. Ada masanya wasiat melantik wasi ini TIDAK BERKUATKUASA.
.
KES HARTA PUSAKA KECIL.
- Ini meliputi kes bernilai RM2 juta ke bawah.
- Mempunyai harta tak alih (hartanah).
- Dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil mengikut Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955.
.
Wasiat yang melantik wasi bagi kes di Pejabat Pusaka Kecil TIDAK BERKUATKUASA sama ada wasi dilantik individu atau syarikat amanah kecuali dipersetujui oleh semua waris di dalam bicara kuasa.
.
Di dalam bicara kuasa, pegawai pusaka tetap akan bertanya kepada waris adakah mereka bersetuju dengan wasiat yang melantik wasi itu.
.
Jika mereka bersetuju, di dalam Surat Kuasa Mentadbir akan dilantik wasi itu tetapi jika mereka tidak bersetuju dan mahu melantik sesama mereka sebagai waris, maka wasiat itu akan ditolak.
.
Jika keputusan waris itu dicabar pula oleh pihak yang dilantik sebagai wasi itu, wasiat itu akan dihantar ke Mahkamah Syariah untuk diputuskan.
.
Pejabat Pusaka Kecil akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat Mahkamah Syariah bagi tujuan ini.
.
ORANG ISLAM MESTI FAHAM : Di Pejabat Pusaka Kecil selain individu, hanya individu atau ARB sahaja yang boleh dilantik sebagai wasi ( jika dipersetujui oleh waris semasa bicara kuasa ). Syarikat amanah lain tidak boleh dilantik sebagai wasi!
.
JADI APA KEDUDUKAN WASIAT YANG MELANTIK WASI SELAIN ARB DI PEJABAT PUSAKA KECIL?
.
Memang telah difahami oleh semua syarikat amanah swasta termasuk Wasiyyah Shoppe Berhad sendiri, bahawa hanya ARB yang boleh dilantik sebagai wasi mengikut Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955.
.
Short cut yang biasa dibuat oleh syarikat amanah swasta (Bukan Wasiyyah Shoppe Berhad kerana ini bukan SOP kami), ialah membawa wasiat pelantikan wasi ini ke Mahkamah Tinggi Sivil walaupun dari segi nilai harta pusakanya ia adalah bidang kuasa Pejabat Pusaka Kecil.
.
KES PUSAKA BESAR.
- Ini adalah kes harta pusaka yang bernilai RM 2 juta
- Mempunyai harta alih/harta tidak alih atau kombinasi kedua2nya.
- Ia dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil.
.
Di Mahkamah Tinggi Sivil, siapapun wasi yang dilantik di dalam wasiat sama ada individu atau syarikat amanah, ia adalah BERKUATKUASA kecuali boleh dibuktikan sebaliknya.
.
KENAPA PUSAKA YANG SEPATUTNYA DIBAWA KE PEJABAT PUSAKA KECIL TETAPI DIBAWA KE MAHKAMAH TINGGI SIVIL? APA KESANNYA?
.
1. Isu Caj Pengurusan Harta Pusaka. .
Dihujahkan oleh pihak berkenaan bahawa membawa pusaka itu ke Mahkamah Tinggi Sivil akan mempercepatkan proses kerana Geran Probet boleh dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil lebih cepat dari Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan oleh Pejabat Pusaka Kecil.
.
Ya, hujah itu betul kerana Wasiyyah Shoppe Berhad pun pernah membantu waris mendapatkan Geran Probet dalam tempoh 2 minggu sahaja dari tarikh submission.
.
Tetapi membawa kes yang sepatutnya dibawa ke Pejabat Pusaka Kecil ke Mahkamah Tinggi Sivil akan mendedahkan waris kepada CAJ PENGURUSAN PUSAKA yang lebih mahal.
.
Ini kerana peguam perlu dilantik. Jadi ada kos peguam dan kos rampaian di situ. Jika kes dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil, waris boleh memohon sendiri terus tanpa menggunakan khidmat peguam.
.
.
2. Isu pelantikan wasi.
Jika wasiat melantik wasi itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil, wasi yang dilantik akan berkuatkuasa walaupun mungkin tidak dipersetujui oleh waris. ( jika Mahkamah Tinggi Sivil berpuashati tiada sebab munasabah kenapa wasi itu hendak ditolak ).
.
Apabila wasi itu telah dilantik dan namanya muncul dalam Geran Probet, maka dialah yang berkuasa untuk menguruskan keseluruhan harta pusaka simati.
.
Rakyat Malaysia kena faham mengikut seksyen 43, wasi boleh mengenakan ‘komisen’ atau fi pengurusan pusaka sehingga 5% dari nilai harta pusaka ketika kematian sipewasiat bagi segala tugasan yang dilakukannya. Fi 5% ini tidak termasuk fi rampaian seperti kos peguam dll kos.
.
Semasa pewasiat membuat wasiat 10 tahun lepas melantik wasi ini, hartanya mungkin hanya bernilai RM1 juta tetapi apabila dia meninggal dunia, hartanya mungkin sudah bernilai RM10 juta. 5% itu akan dikenakan dari nilai RM10 juta bukan RM1 juta!
.
Itulah sebabnya pihak yang dilantik sebagai wasi dalam wasiat beria-ria membawa wasiat ini ke Mahkamah Tinggi Sivil walaupun sepatutnya kes itu dibawa Ke Pejabat Pusaka Kecil.
.
Walaupun begitu saya tidak nafikan ada keadaan tertentu wasi di kalangan profesional seperti syarikat amanah perlu dilantik untuk melancarkan urusan pusaka contohnya dalam keadaan waris tidak bermuafakat atau komposisi aset kompleks dan nilai harta pusaka sangat tinggi.
.
.
BAGAIMANA PULA WASIYYAH SHOPPE BERHAD URUSKAN KES DI PEJABAT PUSAKA KECIL / MAHKAMAH TINGGI SVIL?
.
Di Wasiyyah Shoppe Berhad, sekiranya kes itu memang di bawah bidang kuasa Pejabat Pusaka Kecil, di situlah akan kes dibicarakan. Begitu juga jika kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil.
.
Kami tidak membawa kes Pejabat Pusaka Kecil ke Mahkamah Tinggi Sivil kerana kami tahu ada implikasi kos guaman di situ.
.
Kami juga tidak memaksa pelanggan melantik Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai wasi kerana prioriti kami bukanlah untuk menjadi wasi dan mengenakan fi pengurusan pusaka.
.
Prioriti kami adalah memastikan proses pengurusan pusaka itu dapat dibuat dengan cepat, tepat dan tidak membebankan waris.
.
Habis tu Wasiyyah Shoppe Berhad tak kenakan sebarang fi ke untuk perkhidmatannya?
.
Bagi pelanggan KHAIRAT PUSAKA (AL-WASITAH) Wasiyyah Shoppe, semua perkhidmatan pengurusan pusaka yang dberikan kepada waris seperti di atas ialah PERCUMA.
.
Kami tak mengenakan sebarang kos perkhidmatan mengikut 5% peruntukan Seksyen 43 Akta Probet dan Pentadbiran di atas.
.
Waris hanya perlu tanggung kos statutori yang dikenakan agensi kerajaan seperti bayaran perintah dan sebagainya.
.
Jadi waris tidak terbeban dengan pelbagai kos2 dan fi2 pengurusan pusaka.
.
RAKYAT MALAYSIA KENA FAHAM BETUL2 IMPLIKASI UNDANG2 DAN KOS BILA MEMBUAT WASIAT MELANTIK WASI.
.
Anda mungkin tertarik nak buat wasiat melantik wasi yang ditawarkan dengan harga serendah RM100 tetapi anda mesti tahu berapakah kos yang akan ditanggung waris anda selepas kematian anda nanti. Kesian mereka..
.
ABS Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )
.
.
in Al-Wasitah, Daie Mawarith Sepanjang Hayat, Pengetahuan Pewarisan Harta Islam, Perancangan Pewarisan Harta Islam
Feb12