Back to top

May27

Kesedaran takaful dikalangan umat Islam sangat rendah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata kesedaran dan kefahaman umat Islam hari ini tentang industri takaful berada pada tahap yang cetek dan sangat rendah.

Malah, Asyraf ( gambar ) berkata meskipun ia telah diperkenalkan sejak lebih 30 tahun lalu namun hanya dikuasai 10 peratus masyarakat sahaja.

“Kesedaran dan kefahaman umat Islam khususnya terhadap industri takaful ini masih berada pada tahap yang cetek dan sangat rendah sekali, yang mana berdasarkan statistik hanya 10 peratus walaupun sudah menjangkau (umur) 30 tahun,” kata Asyraf.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan seminar pemahaman takaful di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi hari ini.

Justeru, Asyraf berkata sistem takaful atau sistem kewangan Islam tidak akan bermakna kalau tidak didukung masyarakat, khususnya umat Islam.

“Kerana kerajaan membina dan membangunkan industri ini dengan menubuhkan Bank Islam pertama pada 1983 kita dan 1984 takaful yang pertama atas dasar komitmen kerajaan terhadap pematuhan prinsip faktor syariah dan Islam yang mengharamkan riba dan segala perkara yang dilarang oleh Allah,”

“Ia bukan kerana faktor komersial sahaja yang berorientasikan keuntungan.

“Saya kira kalau berorientasikan keuntungan sudah tentu pada tahun 1984 adalah kemuncak yang pada ketika itu kita tidak sistem takaful apatah lagi pada ketika itu tidak ada satu negara yang menjalankan sistem perbankan Islam,” kata Asyraf.

Malah, Asyraf berkata ketika ini pelan takaful ini majoritinya dikuasai bukan Islam yang lebih percaya kepada sistem kewangan ini.

“Ini pengalaman saya dalam sektor penyelidikan di mana bukan Islam lebih meyakini produk kewangan Islam yang tampak lebih baik dari produk konvensional, lebih telus dengan tidak ada caj tersembunyi yang sering kali dilakukan produk konvensional,” ujar Asyraf.

Sumber

in Perkembangan dalam industri Takaful

Perancangan Perlindungan Takaful Anda

  • Pelan Takaful
  • Perancangan Pelan Penggantian Pendapatan
  • Perancangan Pelan Perubatan Takaful
  • Perancangan Pelan Untuk Anak
  • Perancangan Pelan Untuk Keluarga
  • Perancangan Pelan Untuk Bakal Pesara
  • Perancangan Pelan Untuk Pemilik Perniagaan
  • Informasi Tambahan
  • Perkembangan dalam industri Takaful
  • Aktiviti Pasukan Takaful Kami

Link Berkaitan

  • TAKAFUL
  • Info Insurans
  • Malaysian Takaful Association
  • Persatuan Insurans Hayat Malaysia
  • Financial Planning Association of Malaysia
  • Fatwa pengharaman Insurans

Browse Perkembangan dalam industri Takaful

  • Kesedaran takaful dikalangan umat Islam sangat rendah
  • AIA lancar A-Life Lady360

Featuring Top 2/2 of Perkembangan dalam industri Takaful

>>> Mohd Syamsul

  • LocationLocation: Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • PhonePhone: +6(012) - 224 9895
  • EmailEmail: usahasul[@]gmail.com

IKIM

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas