IBU AYAH MENINGGAL SERENTAK APA JADI PADA ANAK-ANAK?
Ajal maut di tangan tuhan. Tak pernah tahu bila sampai masanya. Kes yg banyak berlaku sekarang ialah melibatkan kemalangan maut mengakibatkan ibu ayah meninggal dunia serentak. Sedih kan bila kita baca di dada akhbar ttg kes mcm ni. Agak agak apa nasib anak anak mereka ya?
Pernah terfikir tak tentang perkara ni:
– siapa yang jaga anak anak ni lepas mak ayah dia meninggal?
– siapa waris waris mak ayah budak budak ni? Ada atok nenek ke nak jaga? Ke pak sedara mak sedara nak jaga?
-ada ke waris lain nak tlg jaga? Sanggup membela macam anak sendiri? Pakai minum, pendidikan, kasih syg secukupnya. Mampu ke?
– kalau sanggup jaga, tak boleh ke minta sikit BAHAGIAN peninggalan mak ayah dorg ni?
Persoalan yg paling LAST tu paling WIN? Sebab apa, sebab selepas kematian tu baru tahu waris mana yg layak terima peninggalan harta pusaka tu!
Kalau dlm situasi meninggal serentak, kena tengok siapa yang meninggal dahulu. Baru boleh tahu siapa warisnya. Sbb tu kemalangan maut prosedur post mortem di hospital makan masa yg lama. Yg jadi masalah bila yg meninggal tu:
– ada anak perempuan shj atau
– ada anak angkat atau
– tiada anak atau
– ada anak OKU atau
– beli rumah secara bersama
Sebab apa? Sebab ada waris lain akan menumpang spt adik beradik si mati atau pakcik makcik simati (mengikut situasi). Masa ni lah baru nampak siapa yg gilakan harta. Sanggup buat mcm mcm cara nak pastikan mereka terima hak mereka – konon kononnya dapat tapi sebenarnya tak
Dari dulu lagi cerita Allahyarham P. Ramlee selalu masukkan elemen yg masyarakat tk sedar tp hakikatnya banyak berlaku dlm kehidupan.
Petikan dialog dalam cerita Do Re Mi “Milah yang mati dulu. Bukan, Do yang mati dulu” selalu menjadi bahan jenaka dlm perbualan harian tp tk faham maksud tersirat disebaliknya.
Kena sedar bahawa apabila berlakunya kematian seseorang, pengesahan waris adalah penting utk elakkan termakan harta batil.
Sebab tu, kami sentiasa sarankan untuk umat Islam membuat tabung untuk pengurusan pusaka di kemudian hari. Kita taknak bebankan waris dgn isu berbalah dan sebagainya. Kita hanya nak pastikan waris kita dpt hak sepatutnya. Dapat teruskan kehidupan seperti biasa. Sebab apa? Bila buat pengurusan semasa hidup, Inshaallah waris tk perlu susah naik turun pejabat untuk cairkan aset yg ditinggalkan. Se-sen pon tk diperlukan. Org lain yg menyibuk dan busuk hati tu pula nganga mulut jelah, terkubur hajat nak buat benda yg tak baik.
Rancang Kerana Sayang.
Kami di Wasiyyah Shoppe boleh membantu rakyat Malaysia yang ingin meyediakan dokumen hibah, wasiat, amanah dan pengurusan harta.
InsyaAllah boleh hubungi saya.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Mohd Syamsul
Perunding urus harta dari syarikat pemegang amanah Wasiyyah Shoppe Bhd
wasap.my/60122249895/UrusHarta
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
.