Ini soalan yang ditanyakan kepada saya rentetan posting saya tentang hibah yang menggunakan instrumen surat kuasa wakil dan surat ikatan amanah.
.
PATUH HUKUM SYARAK bermakna hibah itu adalah selari dengan Al-Quran, Al-Hadis dan ijmak ulamak. Perbincangan patuh hukum syarak ini luas kerana ia bukan terikat kepada pandangan Mazhab Shafie semata2 malah merujuk juga pandangan dari mazhab2 lain.
.
Ada banyak alasan penghakiman kes hibah harta bercagar yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah yang mana salah satu faktor yang dipertimbangkan oleh hakim Mahkamah Syariah ialah pandangan dari mazhab2 lain selain Shafie.
.
PATUH UNDANG-UNDANG SYARIAH bermakna hibah itu mestilah boleh berkuatkuasa mengikut undang-undang syariah yang berkuatkuasa di Malaysia melalui Mahkamah Syariah.
.
Undang-undang syariah di sini bukan sahaja bermaksud merujuk kepada peruntukan khusus tentang hibah di dalam akta atau enakmen, malah turut merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah sebagai panduan. ( Panduan ya bukan ‘precedent’ ).
.
BAGAIMANA NAK TAHU HIBAH YANG KITA BUAT ITU HIBAH SYARIAH ATAU HIBAH SIVIL ?
.
HIBAH ialah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Jika ‘subject matter’ ialah HIBAH ia mesti dibicarakan di Mahkamah Syariah bukan Mahkamah Sivil. Tetapi jika bicara untuk melaksanakan ‘HIBAH’ itu dibuat di Mahkamah Sivil, ini bermakna instrumen yang dibicarakan bukanlah HIBAH sebaliknya ialah Surat Kuasa Wakil atau Surat Ikatan Amanah yang terkait undang2 sivil.
.
Masyarakat banyak terkeliru kerana ada pihak yang mempromosikan HIBAH tetapi instrumen yang mereka sediakan bagi melaksanakan ‘HIBAH’ itu ialah Surat Kuasa Wakil atau Surat Ikatan Amanah.
.
Walaupun mungkin ada Dokumen ‘HIBAH’ disediakan, namun bukan dokumen ‘HIBAH’ itu yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah, sebaliknya Surat Kuasa Wakil dan Surat Ikatan Amanah yang dilaksanakan di Mahkamah Sivil bagi tujuan mencapai hasrat pemberi hibah tadi. Dokumen ‘HIBAH’ itu hanyalah bertindak sebagai penyataan hasrat pemberi hibah semata-mata.
.
MANA YANG LEBIH BERKUASA SURAT KUASA WAKIL ATAU HIBAH ?
.
Inipun soalan yang ditanya kepada saya. Katanya kalau buat ‘HIBAH’ melalui Surat Kuasa Wakil dah tak boleh dicabar oleh mana-mana pihak lagi sebab Surat Kuasa Wakil itu kuat.
Kalau buat HIBAH yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah, ia boleh dicabar. Jadi baik buat ‘HIBAH’ melalui Surat Kuasa Wakil.
.
Jawapan saya : Di dalam Perkara 75 Perlembagaan memang disebut bahawa sekiranya ada mana-mana undang2 negeri bertentangan dengan undang-undang persekutuan, maka undang2 negeri itu terbatal setakat mana ia bertentangan. Jadi jelas di sini jika ada Surat Kuasa Wakil dan Hibah dalam masa yang sama, Surat Kuasa Wakil itu akan mengatasi Hibah.
.
Namun jika hibah itu dibuat dengan sempurna rukun dan syaratnya, dengan cermat kepatuhan hukum syaraknya dan dengan teliti perlaksanaannya berdasarkan undang-undang syariah, kita tak perlu bimbang pun jika HIBAH itu ditentang di Mahkamah Syariah. Ia tetap akan sah.
.
Kecualilah jika kita memang tak yakin dengan hibah itu dan tak yakin juga dengan sistem perundangan Syariah di Malaysia. Maka kita ambillah jalan pintas dengan membuat Surat Kuasa Wakil sahaja. Tetapi janganlah ia dipanggil ‘HIBAH’ kerana hakikatnya ia bukan ‘HIBAH’.
.
TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI ORANG ISLAM.
.
Berulang kali saya ingatkan kepada masyarakat. Tanggungjawab kita bukan sahaja untuk memastikan hasrat pembahagian harta kita tercapai malah lebih penting lagi ia dicapai melalui kaedah patuh hukum syarak dan patuh undang-undang syariah.
.
Kenapa perlu patuh hukum syarak ? kerana sebagai orang Islam memang kita wajib patuh kepada hukum syarak.
.
Kenapa perlu patuh undang-undang syariah ? kerana sebagai orang Islam warganegara Malaysia kita wajib menyokong undang-undang syariah supaya ia berdaulat di bumi bertuah ini.
.
Mahkamah Sivil TIADA KUASA membicarakan perkara berkaitan hibah sebagaimana Mahkamah Syariah TIADA KUASA membicarakan perkara berkaitan Surat Kuasa Wakil atau Surat Ikatan Amanah. Ini termaktub di dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
.
Jadi pilihan di tangan anda. Wasiyyah Shoppe Berhad sedia membantu menyedia dan melaksanakan HIBAH anda sepenuhnya mengikut hukum syarak dan undang-undang Syariah Malaysia.
.
ABSDaie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )
Kredit to Tuan Hj Ariffin Sabirin
in Daie Mawarith Sepanjang Hayat, Hibah Hartanah, Perancangan Pewarisan Harta Islam
Feb11