Aplikasi hibah ini ada lama dah. Cuma semenjak dua menjak ini ia popular..
.
Bila ramai daie pewarisan yang promosi, banyak kisah masalah urus pusaka diketahui, meningkatlah juga kesedaran dan permintaan.
.
Lebih-lebih lagi ketika musim pendemik ini. Ramai kehilangan ahli keluarga tersayang. Ramai juga anak kecil jadi yatim piatu yang masih perlukan penjagaan dan kasih sayang.
.
Seiring dengan kebaikan hibah ini yang sangat-sangat, pihak berwajib pun keluarkan fatwa supaya orang ramai tambah yakin untuk buat.
.
.
Rujuk fatwa berkenaan hibah yang diwartakan bawah enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor disini.
.
.
.
Bukan semua keluarga mertua, adik beradik, dikalangan anak-anak, nak gaduh dan rebut harta pusaka. Ramai juga yang sepakat, supaya pusaka yang diterima mendapat berkat. Tapi kemungkinan terjadi tetap ada..
.
Tak setuju jika ada kata orang yang tuntut hak bahagian faraidnya dikatakan tamak. Itu hak dia.
.
Tapi tak suka dengan sebahagian mereka yang tuntut faraid ini, sifatnya dan hubungan antara mereka berubah tiba-tiba. Menyerlah sifat busuk hati tak boleh toleransi, tak sedar masing-masing sedang diuji.
.
Pembahagian faraid adalah penyelesaian lepas tiada muafakat dikalangan waris dan tiada perancangan pewarisan dibuat ketika pemilik harta masih hidup..
.
Kalaulah pemilik harta berpandangan kedepan. Merancang pemilikan harta jadi kemestian. Pastinya merancang pewarisannya juga menjadi keperluan. Kerana sedar akan datang nak peroleh harta bertambah mencabar.
.
Alhamdulillah ada kaedah perancangan pewarisan secara Islam. Yang diperakui dengan fatwa lagi.
.
Tiada keraguan membuat hibah. Tiada kemudaratan diharapkan buat mereka yang ditinggalkan di hari kemudian.
.
.
.
Mohd Syamsul
Perunding Pewarisan Harta Islam
Wasiyyah Shoppe Berhad
.
Nov30