An understatement or an overstatement ?
.
Saya biasa dengar juga hujah ini dipromosikan kepada masyarakat. Bila dah buat wasiat, dapat elakkan waris dari bertelingkah tentang harta pusaka. Betul ke ?
.
Dari pengalaman 23 tahun saya di dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka Malaysia semenjak 1998, sebenarnya buatlah apa dokumen pun, buatlah hibah ke, amanah ke, harta sepencarian ke, apapun dokumen dibuat, sentiasa ada kemungkinan waris akan bertelagah.
Apa sebab waris bertelagah ?
.
1. Memang telah wujud perasaan tidak puas hati sesama waris semenjak ibubapa hidup lagi pun.
Perasaan ini wujud kerana perselisihan pendapat tentang pelbagai perkara kekeluargaan. Jadi apabila berlaku kematian ibubapa, memang waris2 ini berkecenderungan untuk tidak sepakat dan bertelingkah.
.
Ada wasiat ? Tak semestinya mereka akan terelak dari bertelingkah. Tambah pula wasiat itu dibuat dengan memberi bahagian kepada waris. Lagilah hebat pertelingkahannya kerana wasiat yang diberi kepada waris tidak sah kecuali dipersetujui semua waris faraid selepas kematian pewasiat. Bertelgah juga.
.
.
2. Waris2 tidak faham hukum hakam.
Ibubapa memberi wasiat kepada sebahagian waris atau berpesan supaya harta pusaka diagih sama rata di kalangan semua waris.
.
Waris yang merasakan wasiat itu berkuatkuasa ( kerana tak faham hukum hakam ) akan bertegang urat mempertahankan wasiat itu sedangkan dari segi hukum kedudukan wasiat kepada waris itu jelas.
.
Waris yang faham hukum hakam pula berkecenderungan untuk tidak bersetuju dengan wasiat itu terutamanya waris lelaki ( kerana mereka mendapat bahagian lebih dari waris perempuan ). Bertelagah juga.
.
.
3. Ada isu-isu lain terkait harta pusaka seperti penjelasan hutang.
Ada ibubapa yang meminta duit dari anak2 untuk renovation rumah atau apa tujuan sekalipun dengan akad ‘hutang’ kepada anak.
.
Anak pun bersetuju memberi ‘hutang’ itu. Selepas ibubapa meninggal dunia, anak2 itu menuntut semula ‘hutang’ itu dibayar dari harta pusaka ibubapa sebelum diagih kepada waris faraid. Bertelagah juga.
.
.
4. Bayar balik upah menjaga ibubapa.
Waris yang menjaga ibubapa sehingga ke penghujung hayat saat ibubapa sakit tenat terlantar, jika tidak faham hukum, akan menuntut supaya penat lelah mereka menjaga ibubapa dan segala kos yang dikeluarkan dalam proses itu, dibayar semula dari harta pusaka ibubapa.
.
Mereka merasakan adik beradik lain yang langsung tidak menyumbang wang atau tenaga sepanjang proses itu, tidak sepatutnya mendapat bahagian sama banyak dengan mereka yang bertungkus-lumus menjaga kebajikan ibubapa. Bertelagah juga.
.
.
5. Waris ini ada ‘consultant’nya yang tersendiri.
Pasangan dll orang yang rapat dengannya akan sentiasa memberitahunya bahawa wasiat kepada waris tak sah jika tidak dipersetujui semua waris. “Wasiat tu boleh batal” bisiknya.
.
Juga wasiat melantik wasi di Pejabat Pusaka Kecil tidak akan berkuatkuasa secara otomatik jika tidak dipersetujui oleh waris juga. Ia perlu pula melalui proses di Mahkamah Syariah untuk pengesahan. Bertelagah juga.
.
.
DAN ADA BANYAK LAGI SEBAB MUSABAB WARIS BERTELAGAH WALAUPUN ADA WASIAT, HIBAH DAN DOKUMEN LAIN.
.
HABIS TU KALAU BUAT HIBAH BOLEH KE ELAK WARIS DARI BERTELAGAH ? Saya ditanya pulak.
.
Walaupun Wasiyyah Shoppe Berhad ialah pelopor hibah di Malaysia semenjak 2004, kami tidak pernah mendakwa BUAT HIBAH BOLEH ELAK WARIS BERTELAGAH.
.
Pengalaman menunjukkan walaupun ada hibah dibuat, ada juga kes yang dicabar di Mahkamah Syariah dan sebab2 di atas adalah puncanya.
.
Apa yang kami selalu promosikan ialah HIBAH YANG DIBUAT SEMPURNA RUKUN DAN SYARATNYA, AKAN MENCAPAI HASRAT PEMILIK HARTA UNTUK MENGHIBAHKAN HARTA KEPADA PENERIMA HIBAH.
.
Inilah ayat yang kami dilatih oleh Panel Syariah kami untuk bercakap kepada masyarakat.
.
Ya kadang-kadang hibah itu dicabar kerana ada pihak yang tidak berpuashati kerana mungkin dia tidak dapat bahagian harta tersebut.
.
Namun hibah yang dibuat oleh Wasiyyah Shoppe Berhad yang sangat menekankan tentang perlaksanaan rukun dan syarat mengikut hukum syarak, dibangunkan hasil dari penyelidikan ilmiah uiversiti yang dibiayai oleh kami dan dilaksanakan sepenuhnya di Mahkamah Syariah, memberi jaminan hibah itu tetap sah dan berkuatkuasa.
.
SEBENARNYA APA PULA YANG PERLU KITA BUAT ?
.
Apa yang kita perlu buat sebenarnya ialah memastikan apa sahaja dokumen yang dibuat itu adalah ‘comply’ sepenuhnya kepada hukum syarak, undang-undang syariah dan undang-undang sivil yang berkaitan dengannya.
.
Kita kena faham sepenuhnya apa fungsi dokumen2 yg kita buat. Kalau kita buat hibah, wasiat Islam ( 1/3 ), harta sepencarian .. pastikan ia patuh sepenuhnya kepada hukum syarak dan undang2 syariah yang tergunapakai di Malaysia.
.
Kalau kita buat wasiat pelantikan wasi dan amanah, pastikan ia ‘comply’ dengan undang2 sivil yang berkaitan.
.
.
JADI BETULKAH BUAT WASIAT DAPAT ELAKKAN PERTELINGKAHAN WARIS ?
.
BETUL… jika waris2 memang muafakat dan tiada masalah di antara satu sama lain. Waris2 menghormati apa saja pesanan dalam wasiat yang dibuat oleh ibubapa.
.
TIDAK BETUL… jika waris2 memang sudah bermasalah antara satu sama lain semenjak ibubapa hidup pun. Ramai ‘consultant’ yang menasihatkan juga menyebabkan wasiat itu bermasalah untuk dilaksanakan.
.
Sebenarnya sangat sukar kita nak menjamin waris tidak bertelingkah kerana mereka bertelingkah atau tidak, ia tidak bergantung kepada dokumen semata2.
.
Ia adalah hasil didikan ibubapa itu sendiri bagaimana mereka membesarkan anak2. Ia juga pengaruh persekitaran dan latarbelakang sosio ekonomi mereka. Ada waris kaya ada pula waris miskin. Inipun boleh jadi punca bertelagah.
.
Jadi mendakwa membuat wasiat atau membuat hibah akan dapat mengelakkan waris bertelingkah pada saya adalah OVERSTATEMENT.
.
ABS Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )
.
.
.
Feb11