Soalan ini sering ditanya, terutama oleh mereka yang belum benar-benar faham fungsi buat Hibah Harta.
.
- Pertama sekali, kita perlu jelas bahawa tujuan membuat hibah harta bukanlah untuk mengelak cabaran, tetapi sememangnya dibuat untuk menjadi persediaan sekiranya dicabar.
.
- Contohnya, rumah belum habis bayar, pasangan teruskan bayaran. Tapi waris lain hanya berminat tuntut bahagian faraid sahaja. Dengan hibah harta, pasangan tak perlu jual rumah untuk pembahagian, atau cari dana lain untuk tebus pusaka.
.
- Sekiranya waris lain ingin mencabar, itu bukan satu kesalahan kerana negara kita miliki sistem perundangan dan badan kehakiman. Semua orang berhak mencabar atau mempertikai sekiranya mereka merasakan hak mereka terjejas.
.
- Jadi soalan yang sepatutnya diajukan ialah “Bagaimana nak buat hibah harta yang KALIS CABARAN?“
.
- Ramai ambil pendekatan paling mudah dan murah untuk rancang pewarisan dengan harapan “semua waris akan saling bertoleransi”. Sedangkan perancangan terbaik ialah yang bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.
.
- Kos akibat tidak merancang jauh lebih tinggi daripada kos merancang semasa hidup, baik dari segi kewangan, masa, emosi mahupun risiko konflik sesama waris.
.
- Di sinilah peranan Perunding Pewarisan dan syarikat perancangan harta dan pengurusan pusaka seperti Wasiyyah, untuk bantu merancang hasrat pemilik harta agar memenuhi rukun, sah dari sudut perundangan, kalis cabaran, dan dapat dilaksanakan dengan mengurangkan risiko konflik sesama waris.
.
- Dalam perancangan pewarisan harta yang holistik, hibah harta sahaja mungkin tidak mencukupi. Wasiat, amanah, pelantikan pelaksana, dan perancangan proses pelaksanaan selepas kematian juga mungkin diperlukan, bagi memastikan hasrat pewarisan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
.
- Pilih syarikat penyedia perkhidmatan yang berwibawa, berpengalaman, pakar dan kukuh. Seperti Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah yang tertakluk di bawah Akta 100 dan tidak boleh ditutup sewenang-wenangnya. Ini penting agar waris tetap dibantu, walaupun pemergian kita mungkin berlaku 20–30 tahun dari sekarang.
.
.
Kematian tak tunggu kita bersedia,
Keprihatinan kitalah yang menentukan waris terbela.
.
Nak mula rancang secara holistik?
Nak pastikan kebajikan orang tersayang terbela dan kalis cabaran?
Nak waris dibantu oleh pihak berpengalaman tanpa perlu mereka keluarkan kos nanti?
Set temujanji sekarang, insyaAllah saya akan bantu.
–
Mohd Syamsul
Perunding Kewangan Islam
Perunding Pewarisan Harta Islam
Wasiyyah Shoppe Berhad
in Hibah Hartanah, Perancangan Pewarisan Harta Islam, Perunding Pewarisan Harta Islam
Jul01