Back to top

Feb09

Bolehkah bercouple? : Formula pengurusan cinta bersyariat.

Dunia hari ini menyaksikan hubungan antara lelaki dengan wanita semakin menuju kearah kebebasan. Dalam kebanyakkan masyarakat, hubungan lelaki dengan wanita sudah sampai ketahap yang amat tidak wajar dan jelas keharamannya dalam hukum Islam. Antaranya wujud hubungan intim, teman rapat, teman untuk berbual, teman seks, hubungan tanpa ikatan, seks bebas dan sebagainya. Semuanya ini merupakan jalan kearah zina yang diharamkan. Mungkin inilah suatu petanda akhir zaman yang mana disebut dalam dalam riwayat hadis bahawa zina kian berleluasa.

 

Kini isu couple antara antara lelaki dan wanita yang kononnya menyahut tuntutan ukhwah dan hubungan baik sesama manusia sudah tercemar dengan najis maksiat dan dosa. Namun yang menghairankan, ia bagaikan sudah menjadi trend remaja milenium yang sudah tidak segan silu setiap hari bergelumang dengan kancah dosa ini. Bahkan bagi segelintir remaja, menjadi suatu perkara yang memalukan bagi mereka sekiranya masih belum mempunyai boyfriend atau girlfriend.

 

Pesanan Rasulullah SAW bermaksud : Tidak aku tinggalkan selepas kewafatanku satu dugaan yang paling memudaratkan keatas kaum lelaki daripada dugaan wanita. Hadis ini mendidik wanita agar tidak menjadi bahan fitnah kepada kaum lelaki. Bahkan mereka harus sedaya upaya mengubah diri kearah menjadi sebaik-baik perhiasan diatas muka bumi, iaitu wanita yang solehah.

 


 

Buku “Bolehkah Bercouple?” ini mengandungi 169 muka surat ini dikarang oleh Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir yang banyak mengendalikan kuliah agama di masjid, surau juga terlibat dalam program TV dan radio. Penulisan menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami oleh golongan muda serta diselitkan dengan lukisan kartun yang menghiburkan membuatkan tidak mudah jemu membaca buku ini sehingga habis.

 

Buku ini boleh menjadi sebagai anak kunci pembuka minda kepada umat Islam diluar sana sebagai muhasabah dan renungan demi memurnikan ikatan perhubungan sesama kaum adam dan hawa.

  • Memberi jalan penyelesaian kepada isu couple.
  • Memberi tips dan panduan untuk berkasih sayang kerana Allah
  • Menyentuh realiti remaja Muslim kini secara santai dan mudah
  • Menyuntik semangat beramal melalui agama dengan dorongan motivasi Islam.

 

Buku ini sesuai untuk golongan muda. Perasaan ingin mencurahkan cinta dan ingin dicintai seringkali menjadi keutamaan pada golongan ini. Dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran. Semoga dengan ini dapat menyumbang kearah masyarakat yang berakhlak mulia.

in Buku

Perancangan Perlindungan Takaful Anda

  • Pelan Takaful
  • Perancangan Pelan Penggantian Pendapatan
  • Perancangan Pelan Perubatan Takaful
  • Perancangan Pelan Untuk Anak
  • Perancangan Pelan Untuk Keluarga
  • Perancangan Pelan Untuk Bakal Pesara
  • Perancangan Pelan Untuk Pemilik Perniagaan
  • Informasi Tambahan
  • Perkembangan dalam industri Takaful
  • Aktiviti Pasukan Takaful Kami

Link Berkaitan

  • TAKAFUL
  • Info Insurans
  • Malaysian Takaful Association
  • Persatuan Insurans Hayat Malaysia
  • Financial Planning Association of Malaysia
  • Fatwa pengharaman Insurans

Browse Buku

  • Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
  • Bolehkah bercouple? : Formula pengurusan cinta bersyariat.
  • Jika engkau perlukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat
  • Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Apa saya perhatikan?

Featuring Top 5/5 of Buku

>>> Mohd Syamsul

  • LocationLocation: Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • PhonePhone: +6(012) - 224 9895
  • EmailEmail: usahasul[@]gmail.com

IKIM

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas