Jika dilihat dari sudut perundangan pada hari ini, apa sahaja hasrat untuk merancang harta sebaiknya perlulah disokong dengan dokumen yang betul dan sesuai supaya selepas kematian pemilik harta nanti, tiada siapa dapat pertikaikan hasratnya dan mengurangkan risiko manipulasi harta pusaka oleh pihak-pihak tertentu.
.
Urus harta pusaka melibatkan waris-waris yang miliki kepentingan, ego, emosi, persepsi dan tahap pengetahuan yang berbeza-beza. Jika ketika hidup pemilik harta tidak buat sebarang perancangan pewarisan, tidak buat dokumentasi yang betul, hanya pakai cakap mulut atau biarkan sahaja waris-waris pandai-pandai sendiri uruskan, dikuatiri ada waris yang tidak mendapat hak dan teraniaya.
.
Contoh jika tak ada buat perancangan harta:
.
Saya pernah terima persoalan, dia kata arwah bapa ada hibahkan harta kepada dia ketika hidup yang disaksikan adik beradik lain, tetapi pakai mulut sahaja, tak ada buat dokumen apa-apa, lepas ayah meninggal dunia, adik beradik lain nak minta bahagian harta itu ikut faraid pula. Jadi ditanya macam mana dia nak sahkan hibah yang ayah dia buat? Jawapannya dia boleh bawa dan dibicarakan di mahkamah tinggi shariah. Pihak mahkamah akan minta bukti, saksi dan sebagainya untuk sahkan hibah itu.
.
Agak sukar membuktikan hibah harta yang dilakukan secara lisan. Malah kebanyakan orang zaman sekarang masih tidak dapat membezakan sifat pemberian secara hibah ataupun secara wasiat jika tidak dirujuk kepada mereka yang pakar.
.
Dengarkan pesanan dari UAI ini:
.
.
Untuk hibah harta, ada rukun hibah yang perlu dipenuhi. Jika ada sebarang pertikaian, pihak yang dapat menentukan hibah itu sah atau tidak adalah Mahkamah shariah. Jadi, jika pemilik harta berhasrat untuk menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja ketika hidup, perlulah membuat sebaiknya, mengikut rukun dan syarat hibah yang sah dan bukan secara ala kadar atau sekadar lisan yang menyukarkan pengesahan dan pembuktian selepas meninggal dunia kelak hingga menyebabkan harta itu diagih tidak seperti dihasratkan.
.
Jom kita hayati video ini pula:
.
.
Alhamdulillah sekarang kita dah ada produk-produk perancangan pewarisan harta Islam yang boleh dipilih sesuai dengan hasrat pemilik harta, mengelakkan kecelaruan dan memudahkan waris mengurus pusaka. Tidak seperti zaman ibu ayah kita dulu yang kewujudan instrumen pewarisan harta Islam ini belum begitu berleluasa dan diaplikasikan lagi.
.
Perunding pewarisan harta Islam pun ramai dah. Mereka ini perlu sertai pelbagai kelas, khursus dan latihan. Banyak duit dan masa dikorbankan untuk pastikan mereka kompiten, miliki pengetahuan dan keyakinan untuk beri solusi dan cadangkan produk perkhidmatan yang disediakan syarikat amanah, mengikut struktur faraid, jenis, jumlah harta dan hasrat pelanggan. Mereka banyak buat perkongsian di media sosial. Bukan sahaja beri kongsi pengetahuan dan beri kesedaran, mereka juga dapat beri solusi pewarisan harta sekali. Tak macam dulu, amat kurang perkongsian berkaitan ilmu sebegini.
.
Malah sekarang nak buat perancangan pewarisan yang dilengkapi dokumentasi yang patuh perundangan dan patuh shariah pun mudah sebab dah ada syarikat-syarikat amanah yang dipercayai dan berpengalaman menyediakan perkhidmatan ini, salah satunya syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia
.
.
.
Kesimpulannya, sekarang ini kekangan untuk buat dokumentasi yang sesuai dah kurang. Mereka yang serius nak buat perancangan pewarisan tentu dia berusaha lakukan dengan betul. Bukan ikut pandai-pandai sendiri, ikut nasihat bukan ahlinya, buat ala- kadar dan sebagainya. Ia lebih baik daripada tak buat langsung kerana boleh menambahkan lagi kecelaruan dikalangan waris. Jangan scam waris anda. .
.
Jangan berkira-kira keluarkan belanja untuk buat perancangan pewarisan harta anda. Jika disayang-sayang harta yang banyak itu, akhirnya jadi milik orang lain juga selepas meninggal dunia nanti. Baik gunakan ia sebaiknya untuk kebaikan dunia dan akhirat kita.
.
.
Rancang Kerana Sayang.
.
Temujanji Rundingan Perancangan Pewarisan
Membantu membuat perancangan pewarisan secara custome-made mengikut hasrat setiap individu yang berbeza-beza.
Seperti :
-
Perancangan pentadbir pusaka sistematik selepas meninggal dunia. Elak kecelaruan dikalangan waris.
-
Pentadbiran harta anak bawah umur dan yang istimewa.
-
Pentadbiran hutang.
-
Pentadbiran sara hidup tanggungan.
-
Pengamanahan, arahan, pengagihan dan pesanan yang terperinci.
-
Hibah harta seperti hartanah, kenderaan, simpanan, pelaburan, ASB, TH, saham koperasi, emas barang berharga dll.
-
Pewarisan syarikat.
-
Perancangan amal jariah berterusan selepas meninggal dunia.
-
Perancangan manafaat harta dilegasi kepada waris hingga bergenerasi.
Urus harta dan rancang pewarisan ketika hidup agar tak jadi fitnah setelah meninggal dunia.
wasap.my/60122249895/RancangPewarisan
.
Mohd Syamsul
Perunding Pewarisan harta Islam
(Hibah, Wasiat, Amanah, Pusaka dan Faraid)
Kausar Wealth management Sdn Bhd
Agensi No. 1 Syarikat Amanah
Wasiyyah Shoppe Bhd
.
Mohd Syamsul
Perunding Pancangan Pewarisan Harta Islam
Jom Kongsikan pada keluarga, rakan-rakan untuk dimanfaatkan bersama.
Jun01