APA YANG 90 % PEWASIAT DI MALAYSIA TIDAK TAHU TENTANG FI PENGURUSAN PUSAKA !
Kita dah buat wasiat melantik sesuatu organisasi sebagai wasi. Semasa buat wasiat kita dah diberitahu (atau juga mungkin belum diberitahu ) tentang fi pengurusan harta pusaka selepas kita mati nanti.
Kita bayar beberapa ratus RM sehingga beberapa ribu RM untuk buat wasiat melantik wasi ini. Bila ditanya berapa caj jawapan standard ialah beberapa peratus dari nilai harta pusaka. Kita pun congak2 taklah mahal manapun.
.
Apa yang kita TIDAK TAHU TENTANG FI PENGURUSAN PUSAKA ini ?
1. FI PENGURUSAN PUSAKA INI TIDAK TERMASUK FI2 DISBURSEMENT YANG LAIN !
Katakan Ali mati. Ali dah buat wasiat melantik syarikat amanah XYZ masa dia masih hidup. Selepas mati , kerana ada wasiat waris pergi ke syarikat amanah XYZ.
Syarikat XYZ pun kata mereka mengenakan caj 2% sahaja dari nilai harta pusaka kasar. Harta pusaka Ali sebelum ditolak hutang ialah RM 300,000. Selepas ditolak hutang adalah baki RM 250,000.
Ali ada meninggalkan sebuah rumah bernilai RM 200,000 yg 10 tahun lepas dibelinya pada harga RM 30, 000 saja. Oleh kerana ada harta tak alih maka kes ini di bawah bidang kuasa Pejabat Pesaka Kecil. Ali juga ada wang tunai 50,000
Andaiannya tiada bantahan dari waris. Mereka semua setuju harta diagih sama rata.
Berapakah fi pengurusan harta pusaka yg dikenakan ke atas urusan harta pusaka Ali ?
Fi yg dikenakan syarikat XYZ
2 % X 300,000. 6000.00
Fi di Pejabat Pesaka Kecil
0.2 % X 200,000. 400.00
JUMLAH. 6,400.00*
* tidak termasuk fi2 lain yg muncul dari pengurusan harta pusaka ini.
Baki harta pusaka Ali yang akan diagih kepada waris2 Ali secara sama rata ialah 50,000 – 6400 = 43,600 ( dengan andaian tiada fi disbursement yg lain )
.
2. FI PENGURUSAN PUSAKA INI DIKENAKAN DARI NILAI HARTA PUSAKA KASAR ( GROSS ESTATE VALUE ) KETIKA KEMATIAN !
Ali beli rumah 10 tahun lepas pada harga RM 30,000 saja tetapi ketika dia mati rumah itu bernilai RM 200,000. Caj yg dikenakan ialah pada nilai ketika kematian iaitu RM 200,000. Nilai ini kemungkinan besar akan meningkat lagi pada masa depan. LAGI TINGGI NILAI HARTA LAGI TINGGI FI !
Saya berjumpa beberapa orang veteran dalam kawasan Petaling jaya yg membeli rumah pada tahun 70an ketika rumah teres mereka hanya berharga 70,000 saja. Mereka hanyalah pesara kerajaan.
Mereka bukanlah millionaire dari segi tunai tetapi sekarang ia bernilai RM 1.5 juta ! Agak2 berapakah fi pengurusan pusaka yang perlu ditanggung waris ? Murah ke mahal ?
.
3. BOLEH TAK WARIS MINTA DISKAUN DARI SYARIKAT XYZ YANG MENGURUSKAN HARTA PUSAKA?
BOLEH …. tetapi bergantung pada budi bicara mereka kerana sebagai wasi mereka berkuasa penuh ke atas semua urusan harta pusaka tambahan pula di dalam wasiat yg melantik mereka yg dibuat oleh si pewasiat terdapat satu klausa yg berbunyi :
” saya dengan ini mengarahkan wasi saya untuk menjelaskan segala belanja yg mungkin timbul dari urusan pentadbiran harta pusaka saya.”
Klausa ini sebenarnya memberi wasi unlimited power untuk mengenakan apa sahaja caj yg difikirkan sesuai oleh wasi. Apa waris boleh buat ? Entah le …harap belas kasihan wasi sajalah.
.
4. APA JADI KALAU HARTA PUSAKA SIMATI HANYA ADA HARTANAH & TIADA TUNAI ?
Andaiannya Ali hanya meninggalkan harta sebuah rumah bernilai RM 200,000 sahaja & tiada tunai. Finya sahaja
Fi syarikat XYZ. 2% X 200,000= RM. 4000.00
Fi pesaka kecil 0.2 % X 200,000 = RM 400.00
JUMLAH RM 4,400.00
Siapa nak bayar fi RM 4,400.00 ni ?
Sebelum buat wasiat melantik wasi ni tanyalah dulu berapa fi pengurusan pusaka yg dikenakan selepas mati . Buat wasiat mungkin murah ( Wasiyyah Shoppe Bhd buat wasiat melantik wasi PERCUMA aje & boleh lantik sesiapa di kalangan waris sebagai wasi !) tetapi fi pengurusan harta pusaka selepas mati ?
.
Rancang Kerana Sayang.
Kami di Wasiyyah Shoppe boleh membantu rakyat Malaysia yang ingin meyediakan dokumen hibah, wasiat, amanah dan pengurusan harta.
InsyaAllah boleh hubungi saya.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
.
Ingin saya bantu merancang pewarisan harta anda?
Ramai yang telah saya bantu mereka yang merancang sekiranya ajal telah sampai suatu hari nanti, mereka mahu meninggal dengan tenang dan tidak mahu meninggalkan masalah kepada waris.
Sekiranya hasrat anda seperti mereka juga, berminat diberi penerangan dan konsultansi solusi perancangan pewarisan harta Islam yang boleh kami tawarkan, secara sesi 1 on 1.
Boleh pilih samaada penerangan secara online (zoom), di pejabat agensi kami (di Kota Damansara) atau di pejabat dan rumah anda.
Klik link dibawah:
.
.
Mohd Syamsul
Membantu umat Islam buat perancangan pewarisan masa hidup supaya mudah urus harta peninggalan dan elak konflik sesama waris. ❤️
.