Back to top

Apr01

Apa saya perhatikan?

Apa Saya Perhatikan? adalah sebuah buku terbaru yang menghimpunkan pemerhatian penulis tentang sikap hebat orang yang berjaya, juga melalui pengalaman dan pembacaan penulis sendiri.  Penulisnya adalah Syed Mohd Faiz. 

 

Didalam buku ini terdapa 53 kisah pendek yang sangat menarik tentang kehidupan orang yang berjaya, cara mereka berfikir dan bagaimana mereka bertindakbalas terhadap kehidupan seharian mereka.

 

Penulis mendedahkan kekayaan sebenar mereka yang berjaya bukan disukat dengan banyaknya wang diatas meja, didalam peti besi atau dalam semua bank yang ada. Pembaca seolah-olah dibawa mengembara kedunia kanak-kanak, zaman sekolah, universiti dan alam pekerjaan dengan gaya yang sangat menarik.

 

Bahasa yang mudah dan santai membuatkan aku susah nak berhenti dari membaca buku ini, penulis seolah-olah berkata-kata dihadapan kita, dan menagih tindakkan segera kearah kejayaan.

 

Buku Apa Saya Perhatikan

Secara ringkasnya buku ini adalah tentang:

  • Kisah inspirasi kehidupan sejak kecik
  • Kenali sikap hebat orang berjaya
  • Sesuatu yang ramai orang terlepas pandang
  • Menggunakan hukum alam untuk cipta kejayaan
  • Dunia dalaman cipta dunia luaran
  • Si kecil yang berjaya.. Si dewasa terpinga-pinga

 

Bagi aku, buku yang SEMPOI dan sarat dengan kata-kata hebat ini harus menjadi salah satu buku bacaan santai yang wajib dimiliki oleh orang yang sentiasa mencari dan berusaha untuk berjaya dalam hidupnya didunia dan akhirat. Insya-Allah.

 

Aku beli buku ini secara pre-order dengan penulis ketika di Bengkel Penulis Jutawan Dari Sifar Menjadi Pakar di Hotel Armada, Petaling Jaya November tahun lepas. Tapi pernah juga nampak di kedai buku, atau boleh sahaja ke laman web beliau terus di www.syedmohdfaiz.com untuk dapatkan buku ini.

 

Setakat ini sahaja perkongsian aku. Semoga ada memberi manafaat. Yang baik adalah daripada Allah dan yang tidak elok itu adalah dari kelemahanku sendiri.

 

 

in Buku

Perancangan Perlindungan Takaful Anda

  • Pelan Takaful
  • Perancangan Pelan Penggantian Pendapatan
  • Perancangan Pelan Perubatan Takaful
  • Perancangan Pelan Untuk Anak
  • Perancangan Pelan Untuk Keluarga
  • Perancangan Pelan Untuk Bakal Pesara
  • Perancangan Pelan Untuk Pemilik Perniagaan
  • Informasi Tambahan
  • Perkembangan dalam industri Takaful
  • Aktiviti Pasukan Takaful Kami

Link Berkaitan

  • TAKAFUL
  • Info Insurans
  • Malaysian Takaful Association
  • Persatuan Insurans Hayat Malaysia
  • Financial Planning Association of Malaysia
  • Fatwa pengharaman Insurans

Browse Buku

  • Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
  • Bolehkah bercouple? : Formula pengurusan cinta bersyariat.
  • Jika engkau perlukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat
  • Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Apa saya perhatikan?

Featuring Top 5/5 of Buku

>>> Mohd Syamsul

  • LocationLocation: Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • PhonePhone: +6(012) - 224 9895
  • EmailEmail: usahasul[@]gmail.com

IKIM

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas