Apabila seseorang Muslim meninggal dunia tanpa perancangan harta seperti hibah, wasiat, atau dokumen pewarisan harta yang sah, pembahagian hartanya akan mengikut hukum faraid, berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh syariah.
Namun, masalah boleh timbul apabila ada waris yang menikmati manfaat harta yang ditinggalkan tanpa mengetahui hal berkaitan hukum faraid ini, sehingga menyebabkan hak waris lain dinafikan.
Yang membimbangkan, jika ada waris mengambil kesempatan untuk menafikan hak waris lain secara batil, kemudian harta itu dimanfaatkan olehnya dan diwariskan pula kepada keturunannya, ia boleh menjadi satu bentuk dosa berpanjangan (dosa jariah) selama mana kezaliman itu berterusan dan manfaat haram itu terus dinikmati.
Allah berfirman:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang batil…”
— Surah Al-Baqarah: 188
“Dan mereka akan memikul dosa-dosa mereka sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga sebahagian daripada dosa orang yang mereka sesatkan tanpa ilmu. Ketahuilah, amat buruklah apa yang mereka pikul itu.”
— Surah an-Nahl: 25
Ulama menafsirkan bahawa jika seseorang menjadi sebab kepada kezaliman, kesesatan, atau keburukan yang diwarisi, maka dia mewarisi dosa itu selama mana kesannya berterusan.
Termasuklah:
- Menafikan hak waris lain,
- Memanipulasi pembahagian pusaka,
- Menyembunyikan maklumat harta si mati,
- Menolak untuk mengurus pembahagian yang sah.
.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpah palsu, maka dia akan menemui Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dan dalam riwayat lain, Baginda menyebut:
“Sesiapa yang mengambil sebidang tanah secara zalim, maka dia akan dikalungkan dengan tujuh petala bumi pada hari kiamat.”
(Hadis Sahih, riwayat Bukhari & Muslim)
.
Di bawah ini, antara tiga contoh biasa yang sering berlaku dalam masyarakat kita.
.
Contoh 1: Anak Sulung Usahakan Tanah Arwah Ayah
Selepas ayah meninggal dunia, anak sulung ambil inisiatif untuk membersihkan dan usahakan tanah pusaka ayahnya. Dijadikan kebun, tempat sewa, atau projek kecil. Niatnya untuk memanfaatkan sebaik mungkin peninggalan arwah ayahnya. Tapi dia tidak pernah berbincang dengan adik-beradik lain atau mak.
Tanah itu masih atas nama arwah, dan belum difaraid atau ditukar hak milik. Maka, secara syariah, anak sulung telah menggunakan harta milik semua waris faraid dengan hasilnya dinikmati seorang diri
Sekiranya ada waris yang meninggal dunia selepas itu, tak dapatlah dia merasa apa yang sepatutnya dia miliki. Bukan itu sahaja, bertambah sukarlah sekiranya hendak membuat proses urus pusaka nanti kerana waris faraid yang berhak keatas harta peninggalan ayah itu telah bertambah.
.
Contoh 2: Duit KWSP Suami Diambil Sepenuhnya oleh Isteri
Arwah suami pernah letakkan isterinya sebagai penama KWSP. Bila beliau meninggal dunia, si isteri keluarkan keseluruhan duit KWSP, menyangka ia adalah hak mutlaknya kerana beliau penama.
Hakikatnya, penama KWSP hanya pemegang amanah, bukan penerima penuh. Duit KWSP adalah harta pusaka dan penama hendaklah mengagihkannya mengikut hukum syarak seperti menyelesaikan hutang simati terlebih dahulu, badal haji, wasiat amal jariah sekiranya ada dan lebihannya baru diagihkan ikut bahagian faraid atau ikut persetujuan semua waris.
Saya pernah mendengar keluhan si ibu mertua yang menantunya tak ada sebut langsung pasal simpanan KWSP arwah anaknya. Dia sedih kerana seolah2 dinafikan sebagai ibu kepada arwah anaknya. Bukan dia nak pun, kalau dia ditanya berkaitan haknya dia nak beri kepada cucu2nya, tetapi tak ada.
Senario Terbalik
Ada juga yang sejak bujang tak pernah tukar penama KWSP, iaitu masih nama ibu. Apabila dah berkahwin dan miliki anak, bila meninggal dunia, si ibu yang sebagai penama wasi telah mengambil semua diut kwsp arwah anaknya. Apabila balu bertanya, siibu yang tak tahu mengenai penama hanya sebagai wasi itu cakap itu haknya.
Menurut fatwa dan panduan rasmi:
Penama KWSP bagi orang Islam adalah wasi / pemegang amanah sahaja, bukan penerima mutlak.
Rujukan:
- Fatwa Muzakarah Kebangsaan 2007 (Fatwa KWSP)
- Akta KWSP Seksyen 54(2) juga menyatakan wang KWSP adalah “harta pusaka” bagi orang Islam.
.
Jika ada waris yang dizalimi atau sangat kecewa kerana haknya dinafikan, dan dia mengadu kepada Allah, doanya boleh dimakbulkan, dan ini sangat berbahaya jika dia menzalimi tanpa sedar atau dengan sengaja.
“Takutilah doa orang yang dizalimi, kerana antara doanya dan Allah tiada hijab.”
— Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Contoh 3: Isteri Duduk di Rumah Arwah Suami Tanpa Agihan Pusaka
Arwah suami tinggalkan sebuah rumah atas nama sendiri. Si isteri dan anak-anak terus duduk di situ seperti biasa. Tapi mereka tak pernah uruskan pusaka rumah tersebut. Nama dalam geran masih arwah.
Masalahnya: Rumah itu bukan automatik milik isteri dan anak-anak. Ia milik semua waris faraid, termasuk ibu bapa arwah, atau adik-beradik (jika tiada ibu bapa).
Tanpa agihan pusaka yang sah, si isteri mungkin dianggap mengambil lebih dari haknya.
👉 Anak dan pasangan mewarisi harta tanpa perlu bergelut dengan proses urus pusaka dan perbalahan.
👉 Segala hasrat pemilik harta ketika hidup dapat terlaksana melalui proses dan dokumentasi yang patuh perundangan sivil dan shariah.
👉 Amanah terhadap harta yang dikurniakan semasa hidup dapat diuruskan dengan baik hingga proses pewarisannya tanpa perlu bertunda hingga berpuluh tahun.
Ramai orang semasa hidupnya sangat baik, tapi warisnya hadapi masalah urus pusaka.
Ada yang hanya mula ambil tindakan bila sudah terlambat…
Akhirnya tak sempat pun dokumen disediakan kerana sudah dalam keadaan maradul maut.
Kadang2 kita tak terfikir langsung pasal keperluan rancang harta, atau rasa belum masanya, atau tunggu waktu betul2 lapang dan senang baru nak mula.
Tapi, proses nak buat perancangan juga mengambil masa. Apabila kita dah terbiasa buat perkara penting saat sudah terdesak. Akhirnya warislah yang jadi mangsa.
Jom kita baca perkongsian daripada CEO Wasiyyah Shoppe Berhad berkenaan isu hangat sekarang disini:
Kalau nak mula rancang pewarisan harta seperti rumah, perniagaan, simpanan, nak buat hibah ke, amanah, wasiat pesanan terperinci atau tak pasti nak mula dari mana? Jom kita sembang dulu.
Klik sini untuk temujanji sesi konsultasi:
https://duniasaya.net/temujanji-2/
.
Mohd Syamsul
Perunding Pewarisan Harta Islam
Wasiyyah Shoppe Berhad – Syarikat Amanah Patuh Syariah Terbesar di Malaysia
May24