Apabila seorang Islam meninggal dunia. Semua harta peninggalan milik arwah menjadi hak pemilik baru dikalangan waris faraid.
.
Termasuk Harta Pusaka :
- Semua harta si mati yang diperolehi secara halal. Seperti rumah, kenderaan, barang kemas, pakaian.
- Duit simpanan di bank, amanah saham, koperasi, pelaburan, bursa saham.
- Saham syarikat.
- Bayaran yang belum dijelaskan kepada si mati.
- Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati.
- Simpanan KWSP simati. (Penama hanya pemegang amanah)
- Manafaat pampasan kematian Takaful Perlindungan Hayat jika tak letak penama hibah. Juga Insuran Hayat.
- Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat.
.
Bukan Harta Pusaka:
- Harta yang telah dijual, di wasiat, diwakaf, dihibah atau yang telah di serah kepada syarikat amanah untuk ditadbir.
- Khairat kematian.
- Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian.
- Lesen.
- Imbuhan, pampasan dan sagu hati.
- Pencen terbitan.
- Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO).
.
.
Kenapa ada Baitulmal dalam senarai waris faraid?
Sekiranya seseorang si mati meninggalkan hanya waris dhawi al-arham atau tidak mempunyai waris asabah atau tidak mempunyai waris langsung, maka harta si mati akan diserahkan kepada baitulmal untuk digunakan buat maslahah umat Islam.
Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mati meninggalkan keluarga, akulah yang akan mewakilinya. Sesiapa yang mati meninggalkan harta, ia adalah hak pewarisnya. Aku adalah pewaris bagi sesiapa yang tiada pewaris. Akulah yang akan membayarkan diyatnya dan aku mewarisi hartanya.” - Riwayat Abu Daud (2956)
.
Tebus Pusaka.
Harta lebihan pusaka tak alih yang menjadi milik baitulmal masih boleh dituntut oleh waris atau anak angkat atas permohonan tebus pusaka.
Tebus pusaka bermaksud pembelian harta pusaka milik baitulmal oleh waris sama ada belum atau telah didaftar di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, dengan harga semasa yang telah dinilaikan oleh JPPH atau jurunilai yang dilantik seperti yang dinyatakan dalam Manual Pengurusan Tebus Pusaka (2008)
Juga sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam sek.7, Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No.9 Tahun 1962 dan sek. 81(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Seksyen 13(1) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) yang menyatakan bahawa:
“Pada penentuan pendengaran Pemungut (Pentadbir Tanah) hendaklah melalui perintahnya membuat peruntukan bagi pembayaran dari harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengkebumian dan hutang-hutang si mati, di manamana timbul, dan bagi pembayaran kepada manamana orang apa-apa fi yang dibayar oleh orang itu di bawah Akta ini dan boleh, jika perlu, mengarahkan keseluruhan atau sebahagian daripada harta pusaka sebagaimana yang dia boleh nyatakan dijual dan perbelanjaan-perbelanjaan, hutang-hutang, fi-fi dan duti dibayar daripada hasil jualan-jualan dan tertakluk kepadanya dan peruntukan-peruntukan yang berikut Seksyen ini dan hendaklah membahagikan baki harta pusaka mengikut bahagian dan kepentingan masing-masing di kalangan benefisiaribenefisiari tetapi tertakluk kepada Seksyen 18. Dengan syarat jika ada undang-undang bertulis yang berkuatkuasa berhubungan dengan Baitulmal, Pemungut (Pentadbir Tanah) hendaklah sebelum membahagikan apa-apa bahagian harta pusaka seorang si mati beragama Islam memuaskan dirinya bahawa apaapa bahagian harta pusaka yang kena dibayar kepada Baitulmal telah dibayar sewajarnya atau peruntukan sesuai telah dibuat bagi pembayarannya.
.
Jan07