Menyimpan wang adalah satu amalan yang baik. Dari masa kita kecil lagi telah digalakkan menyimpan wang. Ada orang yang mempunyai kesedaran kepentingan menyimpan wang telah memperuntukkan setiap bulan menyimpan sebahagian gaji atau pendapatannya di instrument tertentu. Persoalannya dimanakah instrumen terbaik untuk menyimpan wang kita?
Pada awal tahun ini Public Mutual Berhad, sebuah syarikat unit amanah swasta, telah melancarkan dana patuh syariah baharu iaitu ‘Public Islamic Growth & Income Fund (PISGIF)’.
PISGIF yang merupakan dana ekuiti Islam, bertujuan mencapai gabungan optimal pertumbuhan modal dan pendapatan biasa dengan melabur dalam portfolio pertumbuhan dan saham-saham dividen terutamanya dalam pasaran domestik.
Seperti yang telah ramai sedia maklum, untuk mula membuka akaun untuk buat simpanan tetap dalam mana-mana dana Public Mutual, memerlukan minimum RM1000. Tetapi untuk tempoh dari 7 Januari sehingga 30 Jun ini, bagi yang berminat untuk membuat simapanan tetap dalam dana ‘Public Islamic Growth & Income Fund (PISGIF)‘ hanya memerlukan RM100 sahaja untuk membuka akaun.
Boleh bermula dengan RM100 SAHAJA dan potongan SIMPANAN BULANAN RM100 (minimum) daripada mana-mana MEPS Bank yang berdaftar. Tak perlu nak beratur atau menunggu giliran di bank atau terlepas untuk buat simpanan setiap bulan. Boleh baca detail promosi disini. Juga baca keterangan berkenaan potensi dana disini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong, dalam satu kenyataan kepada BERNAMA. PISGIF pada asasnya menumpukan pelaburannya kepada pasaran domestik, ia menawarkan peluang untuk memanfaatkan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka sederhana dan jangka panjang kepada pelabur.
Dana ini amat sesuai untuk Tabung Pendidikan Universiti anak-anak dan Tabung Persaraan keluarga kelak. Tidak ada orang yang menyesal menabung tetapi ramai yang menyesal kerana berbelanja dan tidak menabung. Bagi yang berminat boleh dapatkan Perunding Unit Amanah yang bertauliah untuk membantu anda.
Sebelum terlupa. Beberapa hari lepas aku ada dengar satu segmen bual-bicara. Selalunya masuk dalam kereta je mesti dengar yang best-best, kadang-kadang rasa berat je nak keluar kereta bila dah sampai. Tak percaya cuba tukar frequency radio tu ke 91.5.
Nama segmen tu Usrah Nurani, setiap jumaat. Tajuk kali ini “Dimana Cinta Allah?”. Dari Karnival Mahabbah IKIMfm Johor 2014 bersama Ustaz Ebit Lew, Ustaz Saiful Anuar Mydin (MAIJ) dan moderator, Dj Norhayati Paradi.
Ulangan segmen Usrah Nurani ni hari ahad pagi, jadi aku dah rekodkan untuk kongsi dengan kawan-kawan aku disini. Kalau ada masa, dengarlah ye, nak dekat sejam juga kot. 🙂
Setakat ini sahaja perkongsian aku kali ini. Yang sempurna dan baik datang daripada Allah dan yang tak baik datang dari kelemahan aku sendiri.
in Unit amanah
Apr26