Back to top

Jul27

Siapa bertanggung-jawab atas kenaikkan kos perubatan di Malaysia?

Bila memperkatakan tentang kos perubatan, tentulah ia berkaitan dengan kelangsungan hidup seseorang dan ia tidak boleh dikompromi.

Adakah anda tahu yang kos perubatan di negara kita meningkat setiap tahun?

Data dari tahun 1997 hingga 2016 telah menunjukkan peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan lebih daripada 100 peratus. Pada tahun 1997, jumlah perbelanjaan kesihatan berjumlah RM8,604 juta. Nilai ini berjumlah RM22,144 juta pada tahun 2006 dan RM51,742 juta pada tahun 2016.

Purata “Global Medical Trend Rate” ialah 8.4%. Tetapi purata Medical Trend Rate untuk Malaysia ialah 15.3% (kedua tertinggi di Asia).

Kadar inflasi untuk perubatan di Malaysia dalam 12% setahun. Apa yang anda boleh jangkakan kos perubatan pada 20 tahun akan datang?

Kos perubatan semakin meningkat disebabkan oleh penurunan nilai ringgit, kenaikan harga perubatan dan peralatan rawatan dan diagnostik yang tinggi.

Dianggarkan bahawa rawatan tetap kos RM40,000 setahun sementara penyakit kronik mengambil masa sehingga RM100,000 setahun.

Sumber: https://infocus.wief.org/medical-inflation/

Setiap orang tentunya mengharap tak menghadapi sebarang penyakit, kemalangan, kesusahan dan musibah yang lainnya. Bagaimanapun, sekiranya seseorang ditimpa musibah sedemikian, ia pasti akan menjadi beban yang berat jika status kewangannya tidak kukuh.

Perlindungan takaful dilihat sebagai salah satu cara  untuk mengurangkan kos rawatan kesihatan pada masa kini. Ia memberi sokongan kewangan yang amat diperlukan ketika waktu kecemasan.

Masih ramai rakyat Malaysia yang memandang remeh kepentingan memiliki takaful perubatan.

Bagi yang bekerja, kebanyakannya hanya bergantung kepada perlindungan yang disediakan oleh pihak majikan yang kebiasaannya tidak semua perlindungan yang disediakan oleh majikan mampu menanggung kos rawatan untuk penyakit kritikal atau kecacatan kekal, kerana kebanyakannya hanya mampu menanggung kos rawatan asas yang terhad.

Anda akan terasa beban apabila terpaksa menanggung sendiri kos rawatan yang tidak diliputi oleh perlindungan disediakan majikan.

Oleh yang demikian, anda boleh melanggan perlindungan akaful yang komprehensif meliputi semua penyakit dan rawatan. Walaupun
bayarannya mungkin sedikit mahal, namun ia amat wajar demi menjaga kesihatan anda dan keluarga.

in Perunding AIA takaful Klang Shah Alam

Baca juga

  • Asas Sistem Takaful
  • Majoriti miliki insurans hayat di bawah perlindungan sebenar
  • Kenapa ramai masih tak daftar perlindungan takaful
  • 5 Golongan Yang Mencari Perunding Takaful. No 5 Paling Selalu!
  • Tiba-tiba aku rasa aku kena daftar takaful segera!
  • Pengajaran daripada tak puas hati dengan jumlah pampasan
  • Siapa boleh jangka, baru daftar seminggu dah dapat pampasan.
  • Mereka berebut merancang pewarisan, kita bagaimana?
  • Daftar takaful tanpa berjumpa

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas