Ramai sangka rumah akan terus menjadi milik isteri.
Bagi orang Islam, semua harta yang ditinggalkan, sama ada rumah, tanah, wang, pelaburan, kenderaan, barang peribadi atau harta lain, akan menjadi harta pusaka yang tertakluk kepada hukum syarak.
Sebelum diagihkan mengikut faraid, antaranya perlu diselesaikan:
- Pengurusan jenazah
- Tuntutan harta sepencarian (jika ada)
- Hutang si mati
- Harta yang dihibahkan masa hidup
- Harta yang diwasiatkan kepada bukan waris (maksimum 1/3)
.
Jadi, tanpa perancangan, rumah itu tidak semestinya menjadi milik isteri sepenuhnya.
Apabila sebuah rumah dimiliki oleh beberapa orang, keputusan terhadap rumah itu tidak lagi terletak pada seorang isteri sahaja.
Setiap waris mempunyai hak, kepentingan dan masalah tersendiri. Sebab itulah konflik boleh berlaku dan berpanjangan.
.
Jika hasrat suami:
Rumah ini aku sediakan untuk isteri tinggal, bukan orang lain.
Maka perancangan pewarisan perlu dibuat lebih awal, semasa hidup.
.
Jika hibah hartanah dibuat dengan betul dan memenuhi syarat-syaratnya, rumah yang dihibahkan akan diasingkan daripada harta pusaka selepas pemberi hibah meninggal dunia.
Oleh itu, rumah tersebut tidak perlu dibahagikan mengikut faraid.
.
Tanpa perancangan, kos yang mungkin timbul bukan sedikit.
Antaranya:
- Kos tuntutan harta sepencarian (anggaran RM3,000–RM10,000).
- Kos pengurusan pusaka (bergantung kepada kaedah dan kerumitan kes).
- Kos menebus bahagian waris lain jika mahu memiliki rumah sepenuhnya.
- Masa dan tenaga menguruskan proses pentadbiran pusaka.
.
Sedangkan kos membuat perancangan biasanya jauh lebih kecil berbanding kos dan risiko yang mungkin ditanggung kemudian.
.
📩 Nak mula merancang tetapi tak pasti dari mana?
Mesej “TEMUJANJI” untuk sesi Fact Finding dan penerangan ringkas secara percuma.
Sesi boleh dibuat secara online melalui Zoom, atau secara bersemuka di lokasi yang sesuai / di pejabat kami.
.
Rancang harta, tenang jiwa.
Rancanglah sekarang, waris pun senang.
.
Mohd Syamsul
Financial Adviser Representative (iFAR)
Perunding Pewarisan Harta Islam
.
.
.

copyright 2014 - Duniasaya.net
Jul31