Hidup kita ini penuh dengan Risiko. Semakin meningkat umur kita, semakin besar risiko yang kita hadapi. Apa sebenarnya risiko dalam kehidupan kita? Kematian, hilang upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya.
Perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu ikhtiar / usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka pada masa akan datang.
KEINDAHAN KONSEP TAKAFUL
Keindahan konsep Takaful amat bermakna bagi setiap Muslim yang mengetahuinya. Dimana Takaful menekan konsep sifat keikhlasan dalam memberi sumbangan kewangan kepada kontrak ‘Tabarru’ dimana peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu peserta lain yang menyertainya.
Peserta Takaful Sebenarnya bersedekah Jariah antara mereka. Sumbangan bulanan Takaful di buat dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha bertujuan untuk berbakti atau membantu insan lain yang menyertai dan lebih memerlukan. Jadi, Takaful tidak menjalankan transaksi ‘Jual Beli ‘ tetapi berasaskan Tabarru’ antara peserta yang menyertai dan syarikat Takaful bukan membeli risiko, tetapi hanya sebagai pengendali tabarru’ para peserta.
Bila mana tuntutan berlaku, tuntutan akan dikeluarkan dari Tabung Tabarru’ kepada peserta memerlukan. Ini bermakna, setiap peserta telah MENDERMA kepada peserta yang mendapat musibah tadi. Sekiranya tuntutan kematian yang dikeluarkan kepada ahli yang meninggal, dan si mati adalah ayah yang mempunyai 5 orang anak yang masih kecil dan seorang balu, jadi kita sebagai peserta takaful secara automatik sudah menderma kepada anak yatim tadi melalui skim takaful itu.
Suatu hari nanti kita juga akan meninggal dunia, sudah tentu waris kita juga akan mendapat manafaat yang sama dan kita yang sudah meninggal dunia pun tetap dapat bersedekah jariah kerana tabung tadi terus berfungsi membantu walaupun kita sudah tiada. Selagi pengendali Takaful itu wujud dan dapat menjalankan pengendaliannya, selagi itulah kita dapat BERSEDEKAH jariah. Apabila matinya kita, 3 perkara dapat membantu kita di Alam seterusnya iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang baik yang disampaikan semasa hayatnya dan sedekah jariah.
MEMBAYAR PADA DIRI SENDIRI
Takaful dapat memastikan anda menyimpan secara tetap untuk persediaan masa depan dan perlindungan anda.
Berapa peratuskah (%) daripada gaji anda DISIMPAN untuk persediaan disaat tak terduga? Memang sukar untuk berdisiplin menyimpan wang sendiri setiap bulan. Lagi-lagi setiap masa kita cuba dipengaruhi untuk berbelanja dengan bermacam-macam kempen pemasaran dalam semua media yang ada.
Dengan menyertai skim Takaful, anda telah membayar dahulu pada diri anda dan selebihnya barulah dibelanjakan pada keperluan lain. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda telah menghargai diri anda.
PENYAKIT DAN BIL HOSPITAL
Dalam masyarakat hari ini, penyakit jantung, stroke, kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah perkara biasa. Dengan keadah perubatan moden semua masalah ini dapat diatasi tetapi , WANG yang banyak diperlukan untuk menampung kos PERUBATAN.
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan, anda dikehendaki untuk membayar wang pendahuluan sebelum mendapat rawatan. Selepas itu pula, anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital Selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Dalam proses perawatan ini, pesakit memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih / sihat dan berkerja seperti sediakala. Ini akan membabitkan orang yang disayangi. Mereka akan seboleh bolehnya mencari wang tanpa mengira cara dan jalan asalkan kita boleh kembali sihat. Walaupun terpaksa membuat hutang yang besar yang mana akan mereka bayar kemudian.
APAKAH AKAN BERLAKU SEKIRANYA TIDAK DILINDUNGI DENGAN PERLINDUNGAN TAKAFUL?
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dengan kos dan bil hospital yang tinggi. Apa yang boleh dilakukan?
- Kad Kredit.
- Hasil Pendapatan Tunai.
- Duit Simpaan.
- Memajakkan barang kemas.
- Mencagarkan Rumah.
- Menjual Kereta.
SEKIRANYA TIDAK mencukupi ? – Minta pertolongan kedua orang tua kita.
SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi – Minta bantuan dari adik-beradik.
Mereka pun sama macam kita – tak ada ? – Minta bantuan dari saudara mara.
Berapa banyak mereka boleh bantu anda. – Minta bantuan pula dari rakan-rakan.
Bolehkah mereka banyak menolong ? – Akhirnya minta bantuan orang ramai dan jabatan kebajikan.
Sekiranya menemui doktor, kita dikenakan bayaran :
- Bil – RM16-50. Sudah tentu kita masih mampu.
- Bil – RM500-1000? Kita boleh mengambil dari wang simpanan kita.
- Bil – RM20,000 hingga RM100,000.??? Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.
ADAKAH KITA AKAN MENGAMBIL LANGKAH TERAKHIR INI?
PELAN PERLINDUNGAN YANG SEHARUSNYA ANDA MILIKI
Pilihan perlindungan takaful mengikut kesesuaian dan kemampuan anda sekeluarga.
- Pelan penggantian pendapatan.
- Pelan perubatan.
Pelan penggantian pendapatan ini membantu anda menyediakan dana bagi menggantikan pendapatan anda sekarang jika anda tidak mempu menjana pendapatan lagi atau secara mudahnya tidak dapat berkerja lagi, samaada akibat masalah kesihatan yang teruk atau meninggal dunia.
Pelan perubatan pula membantu anda menyediakan dana perubatan untuk anda dan keluarga bagi menjalani rawatan segera ketika dimasukkan ke wad hosital.
PENASIHAT PERLINDUNGAN TAKAFUL KELUARGA ANDA
Setiap orang miliki impian untuk dicapai. Tetapi impian akan musnah jika anda tidak sedar dan merancang sebarang kemungkinan yang hadir.
Saya adalah Penasihat Perlindungan Takaful yang bersedia membantu anda memberi penjelasan dan menyediakan pelan perlindungan takaful yang bersesuaian dengan perancangan masa depan anda sekeluarga.
Saya amat berbesar hati jika pihak anda sudi untuk saya memberi khidmat sebagai penasihat perlindungan takaful keluarga anda. 🙂
Nov13