Seorang kakak luahkan perasaan tak puas hati dengan bekas isteri adiknya berkenaan pampasan kematian yang diterima.
Katanya pampasan tu daripada pelan hibah takaful.
Aruah adiknya telah meninggal dunia 4 tahun lalu sebab kemalangan.
Isteri kepada aruah dapat pampasan kematian lebih kurang RM300k.
Wang pampasan itu sedikitpun tak diberikan kepada keluarga kakak ni.
Jadi kakak ni tak puas hati sangat.
Katanya, si isteri adik dia yang meninggal tu tak patut buat macam ini. Tak kesian langsung kepada keluarga suami simati. Ibu bapa simati jaga 24 tahun. Isteri dia 6 tahun je. Jadi, tak kan tak dapat pampasan kematian simati..
Mak kakak ini atau ibu kepada simati nak minta duit pampasan itu sikit sebab takut bekas adik ipar dia buta mata sebab dah jadi janda kaya dan takut anak2 kepada simati terabai.
Katanya lagi, maknya juga nak tuntut hak jagaan anak2 simati daripada isteri simati, supaya menderita kehilangan anak sebagai balasan diorang tak dapat duit pampasan kematian tu.
Kakak ini luahkan ketidakpuasan hatinya kepada seorang perunding takaful.
Nak bertanyakan status pampasan kematian aruah adik dia tu.
Perunding takaful ini pun dah jelaskan.
Dalam masa yang sama memuji tindakan aruah adiknya itu yang sediakan pelan takaful untuk isteri.
Beritahu kesusahan isteri yang terpaksa membesarkan anak2 seorang diri.
Beritahu juga keluarga aruah suami tak beri pun nafkah kepada anak yatim aruah.
Janganlah tergamak merampas anak-anak daripada isteri aruah suami.
Lepas daripada kata-kata nasihat perunding takaful itu, kakak itu tamatkan perbualan sampai disitu.
.
Untuk baca keseluruhan post fb ini, klik pada tarik post atau ke >>https://www.facebook.com/MohdSyamsulBinZainal/posts/955162005325865
.
~
Patut tak tindakan keluarga kakak ni keatas isteri dan anak-anak simati?
Keadaan ini menunjukan masih ramai tak tahu bagaimana kaedah sesuatu instrument kewangan itu diagihkan selepas kematian.
Ada yang kena ikut faraid ada yang secara hibah.
Ada yang kena beku sampai proses urus pusaka selesai baru dapat agihkan, ada yang boleh dapat terus daripada institusi kewangan itu ..
Satu lagi. Kalau buat hibah takaful. Manafaat pampasan tu janganlah abaikan ibu bapa juga.
Sebagai suami sememangnya isteri dan anak-anak2 adalah tanggung-jawab dia agar kehidupan mereka tak terjejas.
Dalam al-quran juga bagitahu sediakan nafkah minimum setahun supaya balu tak perlu keluar daripada tempat tinggal sedia ada lepas kematian suami.
Jika
Konsep hibah takaful itu adalah seperti hadiah terakhir kita kepada yang masih hidup.
in Perlindungan Takaful, Perunding AIA takaful Klang Shah Alam
Jul09