Back to top

Jun01

Al-Wasitah: Persediaan Pengurusan Pusaka untuk Keluarga

Bayangkan seorang lelaki bernama Ahmad.

Sepanjang hayatnya, Ahmad bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang baik kepada keluarganya. Dia membeli rumah, mengumpul wang simpanan, membuat pelaburan dan menyediakan pelbagai keperluan untuk isteri dan anak-anaknya, tanpa mengabaikan kebajikan kedua-dua ibu bapanya.

Hubungan antara isterinya dengan keluarga mentuanya juga sangat baik. Mereka sering berkumpul, makan bersama dan menyambut hari raya bersama-sama.

Namun, suatu hari Allah menjemput Ahmad pulang.

Setelah selesai urusan pengebumian, timbul satu persoalan yang mungkin tidak pernah mereka bincangkan sebelum ini.

“Siapakah yang akan menguruskan harta peninggalan Ahmad?”

Apabila Setiap Waris Mula Bimbang Tentang Hak Mereka

Isteri Ahmad bimbang tentang masa depan dirinya dan anak-anak. Dia perlu memastikan mereka mempunyai tempat tinggal dan sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Dalam masa yang sama, kedua-dua ibu bapa Ahmad juga mempunyai hak terhadap harta pusaka anak mereka menurut hukum faraid.

Apabila isteri Ahmad mencadangkan untuk melantik seorang peguam bagi menguruskan pusaka, keluarga mentuanya mula berasa kurang selesa.

Adakah peguam yang dilantik oleh menantu mereka akan turut menjaga kepentingan mereka?

Apabila keluarga mentua pula mencadangkan untuk melantik pihak profesional yang lain, isteri Ahmad mempunyai kebimbangan yang sama.

Akhirnya, masing-masing mendapatkan khidmat peguam sendiri bagi memastikan hak mereka terpelihara.

Kos pengurusan semakin meningkat. Perbincangan menjadi semakin sukar. Urusan pembahagian harta mula tertangguh.

Rantaian Kesan
Bagaimana Konflik Pusaka Bermula Tanpa Niat Buruk
1
Tiada Pihak Tengah
Tiada koordinator neutral dilantik semasa hidup

➔
2
Lantik Wakil Asing
Waris bimbang hak terabai & lantik peguam sendiri

➔
3
Pusaka Tertangguh
Kos guaman berganda & keluarga jadi renggang

Bukan semestinya kerana mereka tamak atau tidak menyayangi antara satu sama lain. Tetapi apabila tiada pihak yang dapat menyelaraskan kepentingan bersama, masing-masing berasa perlu melindungi hak sendiri.

Dalam situasi yang lain, ada juga waris yang tidak mahu pengurusan pusaka disegerakan kerana sedang menikmati manfaat daripada harta peninggalan si mati.

Mungkin dia sedang menduduki rumah tersebut atau menerima hasil sewaan daripada hartanah peninggalan arwah.

Selagi pengurusan pusaka belum selesai, kedudukan tersebut dapat dikekalkan, sedangkan waris lain masih menunggu untuk mendapatkan hak mereka.

Ada juga yang enggan menghadiri perbincangan, memberikan dokumen atau memberikan kerjasama yang diperlukan.

Bulan berganti tahun.

Sedikit demi sedikit, hubungan kekeluargaan yang dibina selama bertahun-tahun mula menjadi renggang.

Sedangkan jika Ahmad masih hidup, tentu sekali dia tidak mahu melihat isteri, anak-anak dan ibu bapanya berada dalam keadaan sedemikian.

RM90 Bilion Harta Pusaka Beku: Apakah Punca Sebenarnya?

Anggaran Harta Pusaka Tidak Dituntut / Terbeku
RM90 Bilion
Meliputi rumah, tanah, wang simpanan, saham & pelbagai aset waris

4 Faktor Utama Pembekuan (Laporan Utusan Malaysia, 21 Julai 2025):
1. Pertikaian Ahli Keluarga
2. Waris Enggan Mulakan Tuntutan
3. Kekurangan Dokumen Penting
4. Kekeliruan Prosedur Undang-Undang

Di Malaysia, nilai harta pusaka yang tidak dituntut atau masih terbeku pernah dianggarkan sekitar RM90 bilion.

Di sebalik angka yang besar ini terdapat pelbagai bentuk kekayaan seperti rumah, tanah, wang simpanan, saham dan aset lain yang masih belum dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh waris.

Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 21 Julai 2025, antara faktor utama pembekuan harta pusaka ialah pertikaian dalam kalangan ahli keluarga, keengganan waris memulakan tuntutan, kekurangan dokumen penting dan kekeliruan terhadap prosedur perundangan.

Isu pertelingkahan serta kegagalan waris mencapai persetujuan dalam pembahagian harta turut dibangkitkan dalam laporan media yang lain.

Ini menunjukkan bahawa masalah harta pusaka beku bukan semata-mata masalah dokumen atau pengetahuan tentang hukum faraid.

Ia juga merupakan masalah koordinasi, kerjasama, kepercayaan dan persefahaman dalam kalangan waris.

Apabila pengurusan pusaka ditangguhkan sehingga berlaku kematian dalam kalangan waris pula, prosesnya boleh menjadi semakin rumit akibat kematian berlapis.

Harta yang sepatutnya membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga akhirnya tidak dapat dimanfaatkan.

Lebih menyedihkan, harta tersebut kadangkala menjadi punca perbalahan antara ahli keluarga.

Persoalannya, apakah yang boleh kita lakukan semasa hidup untuk membantu keluarga mengelakkan keadaan ini?

Kita Merancang Siapa Yang Akan Mewarisi Harta, Tetapi Adakah Kita Merancang Bagaimana Mereka Akan Mewarisinya?

Apabila bercakap tentang perancangan pewarisan, kita sering mendengar tentang hibah, wasiat, amanah dan faraid.

Kesemuanya penting dalam menentukan kedudukan serta hak terhadap harta yang kita tinggalkan.

Namun, terdapat satu lagi aspek perancangan yang tidak kurang pentingnya, iaitu perancangan proses pengurusan pusaka selepas kematian.

Aspek Pertama
SIAPA Yang Mewarisi
  • Instrumen Hibah
  • Instrumen Wasiat
  • Instrumen Amanah
  • Pembahagian Hukum Faraid
Aspek Kedua (Sering Dilupakan)
BAGAIMANA Ia Diuruskan
  • Siapa mulakan proses tuntutan?
  • Siapa kumpul & terangkan hak waris?
  • Siapa urus mahkamah & pejabat pusaka?
  • Siapa tanggung kos pengurusan?

Walaupun kita telah membuat dokumen hibah atau wasiat, masih terdapat proses yang perlu dilaksanakan selepas kita tiada:

  • Siapa yang akan memulakan proses tersebut?
  • Siapa yang akan menghimpunkan semua waris dan memberikan penerangan mengenai hak masing-masing?
  • Siapa yang akan membantu melaksanakan perancangan yang telah kita buat?
  • Siapa yang akan menyelaras urusan dengan mahkamah, pejabat pusaka dan institusi-institusi berkaitan?
  • Bagaimana jika ada pihak yang tidak memberikan kerjasama?
  • Dan siapa yang akan menanggung kos pengurusan tersebut?

Merancang siapa yang akan menerima harta dan merancang bagaimana harta itu akan sampai kepada penerimanya merupakan dua perkara yang saling melengkapi.

Kedua-duanya perlu diberikan perhatian semasa hayat.

Alangkah Baiknya Jika Kita Sudah Menyediakan Seseorang Untuk Membantu Mereka

Kembali kepada kisah Ahmad tadi.

Bayangkan jika semasa hidupnya, Ahmad telah mendapatkan khidmat sebuah syarikat amanah profesional untuk membantu menguruskan pusakanya selepas kematian.

Syarikat amanah tersebut bukan dipilih oleh isterinya selepas kematian.

Bukan juga dipilih oleh ibu bapa atau adik-beradiknya.

Sebaliknya, syarikat tersebut telah dipilih sendiri oleh Ahmad semasa hayatnya.

Pelanggannya sejak awal ialah Ahmad, pemilik harta itu sendiri.

Ia telah diberikan tanggungjawab untuk membantu melaksanakan perancangan Ahmad yang sah dan membantu setiap waris mendapatkan hak masing-masing menurut hukum syarak dan undang-undang.

Ia juga bukan salah seorang waris yang mempunyai kepentingan dalam pembahagian harta tersebut.

Dengan adanya pihak ketiga yang telah dipilih lebih awal, semua waris mempunyai tempat rujukan bersama. Masing-masing tidak perlu bermula dengan mencari pihak profesional yang berasingan untuk menjaga kepentingan mereka.

Alangkah baiknya juga jika Ahmad telah menyediakan manfaat untuk menampung kos perkhidmatan pengurusan pusaka tersebut semasa hidupnya.

Isterinya tidak perlu bersendirian mencari wang untuk mendapatkan bantuan profesional.

Ibu bapanya tidak perlu berbalah tentang siapa yang sepatutnya membayar kos pengurusan.

Waris tidak perlu menangguhkan usaha mendapatkan bantuan semata-mata kerana belum mempunyai kemampuan kewangan.

Sebaliknya, proses pengurusan boleh dimulakan dengan lebih tersusun, dengan bantuan pihak yang telah dipilih oleh Ahmad sendiri.

Adakah perkhidmatan seperti ini wujud?

Ya. Inilah antara tujuan perkhidmatan Al-Wasitah diwujudkan.

Apa Itu Al-Wasitah?

Al-Wasitah ialah perkhidmatan khairat pengurusan pusaka yang diperkenalkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad, sebuah syarikat amanah patuh syariah.

Melalui Al-Wasitah, seseorang boleh membuat persediaan semasa hidup bagi menyediakan bantuan pengurusan pusaka profesional kepada warisnya selepas kematian.

Ia bukan sekadar mendapatkan khidmat sebuah syarikat amanah untuk menguruskan pusaka.

Sebaliknya, ia merupakan usaha untuk merancang lebih awal agar proses pengurusan pusaka dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, mengurangkan beban kewangan waris serta membantu memelihara keharmonian keluarga.

Pemilik harta menyediakan pihak yang akan membantu keluarganya, di samping menyediakan manfaat untuk menampung fi pengurusan pusaka yang termasuk dalam pakej langganannya.

Apabila berlaku kematian, waris sudah mempunyai pihak untuk dihubungi dan mendapatkan bantuan.

Mereka tidak perlu bermula daripada kosong.

Khutbah Pusaka: Membina Persefahaman Sebelum Memulakan Pengurusan

Antara keistimewaan Al-Wasitah ialah perkhidmatan Khutbah Pusaka.

Selepas kematian pelanggan, pihak Wasiyyah Shoppe akan mengatur sesi bersama waris bagi memberikan penerangan mengenai kedudukan harta peninggalan dan proses pengurusannya.

Mekanisme Keharmonian
Peranan Orang Tengah Dalam Sesi “Khutbah Pusaka”
Isteri & Anak-Anak
Fahami hak faraid & hak ibu bapa arwah

⇄
PIHAK KETIGA NEUTRAL
Wasiyyah Shoppe
Dipilih sendiri oleh arwah
Tiada kepentingan harta
Selaras proses & dokumen

⇄
Ibu Bapa Arwah
Fahami hak faraid & hak isteri/anak arwah

5 Perkara Utama Yang Dijelaskan Dalam Sesi Ini:
  • Siapa waris yang berhak dan kedudukan mereka menurut hukum faraid.
  • Perancangan hibah, wasiat atau amanah yang telah dibuat oleh Ahmad semasa hayat.
  • Tanggungjawab yang perlu diselesaikan terhadap harta peninggalannya.
  • Proses perundangan dan pentadbiran yang perlu dilaksanakan.
  • Peranan serta kerjasama yang diperlukan daripada setiap waris.

Bayangkan sekali lagi keluarga Ahmad.

Isteri, anak-anak, ibu bapa dan waris lain yang berkaitan dihimpunkan dalam satu sesi bersama pihak profesional yang telah dipilih oleh Ahmad semasa hayatnya.

Penerangan mengenai hak ibu bapa Ahmad tidak lagi perlu datang daripada ibu bapanya sendiri.

Penerangan mengenai hak isteri dan anak-anak Ahmad juga tidak perlu datang daripada isterinya sendiri.

Sebaliknya, mereka mendapat penerangan daripada pihak profesional yang tidak mempunyai kepentingan sebagai penerima pusaka.

Setiap waris dapat memahami bukan sahaja hak sendiri, tetapi juga hak waris yang lain.

Ini membantu mengurangkan rasa curiga, salah faham dan kebimbangan bahawa kepentingan seseorang akan diabaikan.

Sekiranya terdapat perkara yang memerlukan perbincangan, ia boleh dikenal pasti dan dibincangkan dengan lebih teratur sejak awal.

Khutbah Pusaka bukan sekadar sesi penerangan tentang hukum faraid.

Ia juga merupakan usaha untuk membina kefahaman dan persefahaman bersama sebelum keluarga melalui proses pengurusan pusaka.

Walaupun tiada siapa boleh menjamin pertikaian tidak akan berlaku, persediaan seperti ini membantu mengurangkan risiko perbalahan serta meningkatkan peluang untuk keluarga mencapai penyelesaian secara harmoni.

Konsep Tabarru’: Menjadikan Pengurusan Pusaka Profesional Lebih Mudah Diakses

Menyediakan perkhidmatan pengurusan pusaka profesional semasa hayat merupakan satu perancangan yang baik.

Namun, jika seseorang perlu menyediakan sejumlah wang yang besar secara sekaligus bagi menampung keseluruhan kos pengurusan pusakanya, mungkin hanya golongan yang benar-benar berkemampuan dapat melakukannya.

Bagaimana pula dengan golongan berpendapatan sederhana?

Bagaimana jika seseorang meninggal dunia sebelum sempat mengumpulkan simpanan yang mencukupi?

Adakah keluarganya perlu menghadapi kesukaran mendapatkan bantuan profesional hanya kerana dia belum sempat menyediakan kos tersebut?

Di sinilah terletaknya satu lagi keistimewaan Al-Wasitah.

Al-Wasitah menggunakan konsep tabarru’ dan ta’awun, iaitu sumbangan serta semangat saling membantu, sebagaimana konsep yang turut digunakan dalam sistem takaful.

Melalui mekanisme ini, pelanggan membuat komitmen bayaran langganan secara bulanan. Sebahagian daripada bayaran tersebut disalurkan ke dalam akaun tabarru’ bagi menampung fi pengurusan pusaka pelanggan yang meninggal dunia, mengikut manfaat dan kelayakan pakej masing-masing.

Dengan kaedah ini, seseorang tidak perlu menyediakan keseluruhan kos pengurusan pusakanya secara sekaligus.

Golongan berpendapatan tinggi dan sederhana boleh bersama-sama menyumbang serta menerima manfaat daripada sistem yang sama.

Perkhidmatan pengurusan pusaka profesional yang mungkin sukar diakses oleh sesetengah keluarga kini dapat disediakan melalui komitmen kewangan secara berperingkat.

Ada Yang Menyumbang Setahun, Ada Yang Menyumbang 15 Tahun

SITUASI 1
Meninggal Dunia Selepas 1 Tahun

Keluarga tetap menerima manfaat pengurusan pusaka mengikut kelayakan pakej, walaupun pelanggan belum melengkapkan keseluruhan tempoh langganannya.

SITUASI 2
Lengkapkan Tempoh 15 Tahun

Dikurniakan umur panjang untuk beramal jariah membantu keluarga lain, dan terus mempunyai manfaat pengurusan pusaka sepanjang hayat (tertakluk terma).

Bayangkan dua orang pelanggan Al-Wasitah yang melanggan pakej manfaat yang sama.

Pelanggan pertama meninggal dunia selepas setahun melanggan.

Pelanggan kedua pula dikurniakan rezeki umur yang panjang sehingga berjaya melengkapkan tempoh langganannya selama 15 tahun.

Melalui konsep tabarru’, keluarga pelanggan pertama boleh menerima manfaat pengurusan pusaka mengikut kelayakan pakej tersebut, walaupun pelanggan belum melengkapkan keseluruhan tempoh langganannya.

Pelanggan kedua pula, setelah melengkapkan tempoh bayaran bagi pakej berkenaan, terus mempunyai manfaat pengurusan pusaka sepanjang hayat, tertakluk kepada terma perkhidmatan.

Adakah pelanggan kedua itu rugi kerana menyumbang lebih lama?

Sebagai seorang Muslim, kita boleh melihatnya daripada sudut yang lebih luas.

Beliau bukan sahaja dikurniakan rezeki umur yang panjang, malah diberikan kesempatan untuk menyumbang kepada suatu usaha yang membantu keluarga-keluarga lain menguruskan pusaka mereka.

Sepanjang tempoh tersebut, mungkin ramai keluarga telah menerima manfaat daripada dana yang turut disumbang olehnya bersama pelanggan-pelanggan lain.

Apabila tiba gilirannya nanti, keluarganya pula boleh menerima manfaat daripada sistem saling membantu tersebut.

Inilah keindahan konsep tabarru’.

Kita menyediakan kemudahan untuk keluarga sendiri, sambil membantu memudahkan urusan keluarga orang lain.

Perancangan Pengurusan Pusaka Adalah Sebahagian Daripada Perancangan Kewangan

Perancangan kewangan bukan sekadar mencari pendapatan, menyimpan wang atau membuat pelaburan.

Ia merupakan suatu proses menguruskan sumber kewangan bagi memenuhi keperluan dan matlamat sepanjang hayat.

Gambaran Menyeluruh
Kitaran Lengkap Perancangan Kewangan Islam
1. Jana
Aliran Tunai

➔
2. Lindung
Takaful

➔
3. Kembang
Pelaburan

➔
4. Manfaat
Persaraan

➔
5. Wariskan
Al-Wasitah

Antara komponen penting perancangan kewangan ialah:

  • Menjana pendapatan, menguruskan perbelanjaan dan membina aliran tunai yang positif.
  • Menyediakan dana kecemasan serta perlindungan kewangan melalui takaful.
  • Menyediakan simpanan pendidikan anak-anak dan mencapai matlamat kehidupan.
  • Mengembangkan kekayaan melalui simpanan dan pelaburan patuh syariah.
  • Menyediakan dana persaraan untuk kehidupan selepas berhenti bekerja.
  • Merancang pewarisan kekayaan dan penyediaan legasi untuk keluarga serta masyarakat.

Secara ringkasnya, kita berusaha untuk menjana kekayaan, melindunginya, mengembangkannya, memanfaatkannya dan akhirnya mewariskannya.

Namun, apakah gunanya kita berjaya mengumpulkan kekayaan sepanjang hayat sekiranya keluarga menghadapi pelbagai kesukaran untuk mewarisinya selepas kita tiada?

Sebab itulah perancangan pewarisan, termasuk perancangan proses pengurusan pusaka, perlu diberikan tempat dalam perancangan kewangan kita.

Ia tidak sepatutnya hanya difikirkan apabila kita sudah kaya, sudah bersara atau ketika kesihatan semakin merosot.

Sebagaimana kita membuat persediaan untuk pelbagai keperluan kehidupan, kita juga perlu membuat persediaan untuk urusan yang akan dihadapi oleh keluarga selepas ketiadaan kita.

Mengapa Persediaan Pengurusan Pusaka Sering Tidak Menjadi Keutamaan?

Setiap bulan, kita memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk pelbagai keperluan hidup.

Kita menyediakan peruntukan untuk kediaman, kenderaan, pendidikan anak-anak, perlindungan takaful, simpanan dan persaraan.

Kita sanggup membuat komitmen kewangan untuk perkara-perkara tersebut kerana kita memahami kepentingannya dan kesan sekiranya ia diabaikan.

Tetapi persediaan pengurusan pusaka sering tidak diberikan keutamaan yang sama.

Mengapa?

Kerana kesan daripada kegagalan merancang pengurusan pusaka tidak akan kita alami sendiri. Keluarga kitalah yang akan mengalaminya.

Apabila kepentingan pengurusan pusaka belum benar-benar difahami, bayaran langganan Al-Wasitah mungkin kelihatan seperti suatu komitmen tambahan yang kurang diperlukan.

Namun, apabila kita memahami cabaran yang bakal dihadapi oleh keluarga, kita dapat menilai komitmen tersebut daripada perspektif yang berbeza.

Ia merupakan peruntukan kewangan yang dibuat semasa hidup bagi menyediakan bantuan kepada keluarga pada suatu masa yang kita sendiri tidak tahu bila akan tiba.

Komitmen secara bulanan juga membolehkan persediaan dibuat secara berperingkat, berbanding membiarkan waris menyediakan sejumlah wang apabila mereka perlu mendapatkan khidmat profesional selepas kematian kita.

Tentunya setiap orang mempunyai kemampuan kewangan yang berbeza dan perlu menyusun komitmen mengikut keadaan masing-masing.

Namun, dalam menentukan keutamaan kewangan, janganlah kita hanya melihat jumlah yang perlu dibayar hari ini tanpa turut mempertimbangkan manfaat yang disediakan untuk keluarga pada masa hadapan.

Kos Pengurusan Pusaka Bukan Sekadar Wang Ringgit

Waris sebenarnya mempunyai pilihan untuk mendapatkan khidmat peguam atau syarikat amanah selepas berlakunya kematian.

Tiada salahnya menggunakan pendekatan tersebut.

Namun, apabila persediaan tidak dibuat lebih awal, waris perlu memikul sendiri tanggungjawab untuk memulakan proses, memilih pihak profesional, mencapai persefahaman dan menyediakan kos yang diperlukan.

Ada keluarga yang dapat melakukannya dengan baik.

Tetapi ada juga keluarga yang hanya mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan profesional setelah bertahun-tahun pengurusan pusaka tertangguh, atau setelah pertelingkahan menjadi semakin sukar untuk diselesaikan.

Ketika itu, kos yang telah ditanggung mungkin bukan lagi sekadar fi pengurusan pusaka.

Ia mungkin melibatkan masa bekerja yang terpaksa dikorbankan, kehilangan peluang memanfaatkan harta, tekanan emosi, kos perundangan tambahan dan hubungan kekeluargaan yang telah terjejas.

Wang mungkin masih boleh dicari.

Tetapi masa yang telah berlalu dan hubungan kekeluargaan yang telah retak belum tentu dapat dikembalikan seperti sediakala.

Mengapa menunggu sehingga masalah berlaku sedangkan kita mempunyai pilihan untuk membuat persediaan lebih awal?

Bagaimana Al-Wasitah Membantu Menangani Masalah Harta Pusaka Beku?

Masalah harta pusaka beku bernilai puluhan bilion ringgit tidak mungkin diselesaikan oleh satu pihak atau satu perkhidmatan sahaja.

Namun, setiap pemilik harta boleh memainkan peranan dengan merancang proses pengurusan pusakanya sendiri.

Bagaimana Al-Wasitah Menyelesaikan 5 Cabaran Utama Waris
1. Waris tidak tahu cara bermula?
Sudah mempunyai pihak profesional yang dilantik awal untuk dihubungi.
2. Waris kurang faham hak masing-masing?
Khutbah Pusaka membantu memberi penerangan dan membina kefahaman bersama.
3. Timbul kebimbangan kepentingan antara waris?
Mempunyai pihak rujukan bersama yang neutral, dipilih sendiri oleh pemilik harta semasa hayat.
4. Kos menjadi penghalang mendapatkan bantuan?
Manfaat melalui konsep tabarru’ membantu mengurangkan beban fi pengurusan yang layak.
5. Sudah ada hibah, wasiat atau amanah?
Waris dibantu untuk melaksanakan perancangan tersebut melalui proses perundangan berkaitan.

Al-Wasitah tidak menjamin semua pertikaian dapat dielakkan atau setiap pengurusan pusaka dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu.

Namun, ia membantu menyediakan asas yang lebih baik agar pengurusan pusaka dapat dimulakan tanpa perlu menunggu sehingga masalah menjadi semakin rumit.

Lebih ramai pemilik harta membuat persediaan sedemikian, lebih ramai keluarga berpeluang menguruskan pusaka mereka dengan lebih tersusun.

Harta yang berjaya diurus dan diwariskan dapat kembali dimanfaatkan untuk pendidikan, kehidupan keluarga, perniagaan, pelaburan dan pembangunan ekonomi ummah.

Kita mungkin tidak mampu menyelesaikan keseluruhan masalah RM90 bilion harta pusaka beku negara.

Tetapi kita boleh berusaha agar harta yang kita tinggalkan tidak menjadi sebahagian daripada masalah tersebut.

Apakah Legasi Yang Sebenarnya Kita Mahu Tinggalkan?

Sepanjang hayat, kita bekerja keras kerana kita menyayangi keluarga.

Kita mahu pasangan kita terpelihara.

Kita mahu anak-anak mempunyai masa depan yang baik.

Kita mahu ibu bapa mendapat kebajikan yang sewajarnya.

Kita juga mahu hubungan antara mereka terus baik walaupun suatu hari nanti kita tidak lagi berada di sisi mereka.

Janganlah selepas ketiadaan kita, harta yang dikumpulkan atas dasar kasih sayang itu pula menjadi punca keretakan hubungan antara insan-insan yang kita sayangi.

Rancanglah bukan sahaja siapa yang akan menerima harta kita, tetapi juga bagaimana harta itu akan diuruskan.

Sediakan bukan sahaja kekayaan untuk keluarga, tetapi juga kemudahan untuk mereka mewarisinya.

Kita mungkin tidak dapat lagi membantu mereka secara langsung selepas kematian. Namun, melalui perancangan yang dibuat semasa hayat, kita masih boleh menyediakan bantuan untuk mereka pada saat mereka memerlukannya.

Kerana legasi yang paling berharga bukan sahaja harta yang berjaya diwariskan, tetapi keluarga yang masih bersatu selepas kita tiada.

Itulah antara nilai sebenar Al-Wasitah.

Semak & Rancang Persediaan Keluarga Anda

Jika anda belum merancang proses pengurusan pusaka anda, atau ingin memahami semula manfaat Al-Wasitah yang telah anda sediakan untuk keluarga, saya sedia membantu anda membuat penerangan dan semakan perancangan pewarisan.

Hubungi Saya Melalui WhatsApp

Semoga setiap usaha yang kita lakukan hari ini menjadi asbab dipermudahkan urusan keluarga kita pada masa hadapan.

Mohd Syamsul • Perunding Kewangan Islam & Perunding Pewarisan Harta Islam

Nota: Kisah Ahmad merupakan ilustrasi bagi menggambarkan situasi yang boleh berlaku dalam pengurusan harta pusaka. Skop perkhidmatan, manfaat, tempoh langganan dan tanggungan fi pengurusan tertakluk kepada pakej serta terma dan syarat Al-Wasitah. Pelantikan dan kuasa rasmi pentadbir pusaka tertakluk kepada proses perundangan yang berkaitan.

in Al-Wasitah, Mohd Syamsul Perunding Pewarisan Islam Shah Alam, Pengetahuan Pewarisan Harta Islam, Perancangan Pewarisan Harta Islam

Produk Pewarisan

  • Al-Wasitah
  • Dokumen Perlantikan Wasi
  • Klausa Pembahagian Harta
  • Klausa Pesanan
  • Dokumen Wasiat 1/3
  • Dokumen Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Pentadbir Felda
  • Dokumen Pengistiharan Hibah Hartanah
  • Hibah Kenderaan
  • Hibah Saham Koperasi
  • Hibah GSA
  • Surat Persetujuan Keluarga
  • Hibah Akaun Bersama
  • Hibah Perlindungan Takaful
  • Hibah Tabung Haji
  • Hibah Unit Amanah
  • Hibah Amanah Hartanah Berhad
  • Hibah Private Mandate
  • Hibah Barang Bernilai
  • Hibah Akaun CDS
  • Hibah Akaun ASB
  • Surat Ikatan Amanah
  • Hibah Akuan Simpanan
  • Hibah Akuan Pelaburan Emas
  • Pengurusan Harta Pusaka
  • Amanah Ri’ayah
  • Amanah Nawfal
  • Amanah Tujjar
  • Amanah Hartanah
  • Hibah Saham Syarikat
  • Family Trust Al-Mutahabbah
  • Dana Lestari melalui Takaful
  • Produk perkhidmatan lain

Baca juga

  • PERANCANGAN PEWARISAN HARTA ISLAM
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas