Ramai orang bertanya,
“Macam mana nak tahu hibah yang saya buat nanti benar-benar boleh dilaksanakan apabila saya meninggal dunia?”
Soalan ini sebenarnya sangat penting.
Kerana menyediakan dokumen hibah hanyalah permulaan.
Yang lebih penting ialah apabila berlaku kematian, hibah itu dapat disahkan oleh Mahkamah Syariah dan akhirnya harta benar-benar dapat dipindah milik kepada penerima hibah.
Ini antara Perintah Pengesahan Hibah kami yang diperoleh daripada Mahkamah Syariah.
.
.
- 2005 – Perintah Pengesahan Hibah pertama daripada Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar. (Gambar 1)
- 2023 – Perintah Pengesahan Hibah bagi akad hibah melalui Zoom daripada Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. (Gambar 2)
- 2023 – Perintah Pengesahan Hibah bagi akad hibah digital melalui Sistem UsraHDD. Ini membuktikan kaedah hibah digital juga boleh diterima, apabila memenuhi kehendak hukum syarak dan undang-undang. (Gambar 3 & 4)
.
Selama lebih 22 tahun, Wasiyyah bukan sekadar menyediakan dokumen hibah. Kami turut membantu pelanggan sehingga hibah mereka berjaya disahkan oleh Mahkamah Syariah (mengikut pakej hibah yang diambil).
Sehingga hari ini, lebih 400 Perintah Pengesahan Hibah telah berjaya diperoleh daripada Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia, termasuk Sabah.
Bagi memastikan setiap produk benar-benar mematuhi hukum syarak, Wasiyyah telah melaburkan lebih RM2 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Setiap produk serta keputusan Panel Syariah disokong dengan hujah syarak yang komprehensif dan telah dikompilasikan sepanjang lebih 22 tahun pengalaman.
Kesimpulannya, nak buat perancangan harta menggunakan dokumentasi hibah, antara perkara yang boleh dinilai ialah sama ada mereka ada bukti Perintah Pengesahan Hibah yang telah berjaya.
Macam pilih tempat makan, jangan tengok sekadar viral dan nampak islamik je, sebaiknya semak pemiliknya atau sijil halalnya dulu kan.
Begitu juga dalam urusan hibah.
Apabila melibatkan harta yang dikumpul sepanjang hayat dan masa depan keluarga, adalah wajar kita memilih berdasarkan rekod yang boleh dibuktikan, bukan sekadar janji.
.
.
Nak mula rancang tapi tak pasti nak mula dari mana?
Boleh mesej “TEMUJANJI” untuk sesi Fact Finding dan penerangan ringkas secara percuma.
Nanti saya tunjukkan contoh-contoh Perintah Pengesahan Hibah tersebut dengan lebih jelas.
Sesi boleh dibuat secara online melalui Zoom, atau secara bersemuka di lokasi yang sesuai / di pejabat kami.
Rancang harta, tenang jiwa.
Rancanglah sekarang, waris pun senang.
Mohd Syamsul
Financial Adviser Representative (iFAR)
Perunding Pewarisan Harta Islam
.
in Hibah Hartanah, Mohd Syamsul Perunding Pewarisan Islam Shah Alam, Perancangan Pewarisan Harta Islam, Perunding Pewarisan Harta Islam







copyright 2014 - Duniasaya.net
Aug10