Assalamualaikum semua.. Saya harap semoga anda baik-baik, sihat dan ceria selalu hendaknya..
Ebby Yus berkongsi, 3 kedai, 4 kereta dan semua simpanannya habis dalam setahun.
Padahal nak kumpulkannya 15 tahun lamanya..
Jom tengok video ini.
Jika sekarang kita rasa ada duit banyak, ada banyak pendapatan yang masuk, jangan terlalu yakin kita tak boleh jatuh.
Seperti nasihat Ebby Yus.. Jika masih diberi kesihatan yang baik, gunakan sebahagian pendapatan itu untuk lindung pendapatan sekarang. Ambil takaful.
Ada beberapa pelan takaful ikut objektif (tujuan) kita boleh ambil.
✅ Takaful untuk masuk wad hospital panel swasta percuma. Jangan fikir masih muda dan sihat lagi tak perlu, padahal masa inilah kena ambil peluang daftar. Paling kurang tak susahkan anak2 kita dihari tua nanti.
✅ Takaful untuk tanggung keluarga kalau pencari pendapatan hilang upaya atau meninggal. “Setiap Lelaki yang sudah berkahwin perlu ada perlindungan takaful kerana isteri & anak-anak kita bukan tanggungjawab lelaki lain”.
✅ Takaful untuk urus pusaka. Nak pindah milik harta pusaka kepada penerima manafaat bukan mudah. Ambil masa dan ada kosnya. Bergantung kepada nilai harta dan lokasi. Jika tiada dana sedia ada, takaful boleh dijadikan persediaannya.
✅ Takaful untuk perlindungan penyakit kritikal. Bila dapat sakit kritikal, bukan pekerjaan kita sahaja terjejas, pekerjaan pasangan pun turut sama, dan sakit itu menyakitkan, percuma sahaja menderita penyakit kritikal kalau tak ada pampasan sakit kritikal.
✅ Takaful untuk bayar semua hutang (Hutang bank, perniagaan, cukai, zakat, individu). Penting untuk pastikan semua hutang kita diselesaikan selepas meninggal. Takaful cara terbaik untuk langsaikannya.
✅ Takaful untuk bagi hadiah pada ibu bapa dan adik beradik lepas kita meninggal. Ini peluang terakhir untuk bagi hadiah kepada mereka lepas kita meninggal.
✅ Takaful untuk buat wakaf lepas kita meninggal. Dah sediakan bekalan untuk keluarga tersayang yang masih hidup, jangan terlupa sediakan bekalan untuk diri sendiri. (Ini paling penting bagi saya)
Karton ini mengambarkan keadaan keluarga bila diketahui rupanya kita tak ada sediakan hibah takaful kepada mereka..
Jika anda masih belum miliki sebarang perlindungan, daftarlah segera.
Kalau dah ada, Alhamdulillah, tapi jangan tak bayar sampai lapsed.
Dah ada takaful tak semestinya dah cukup perlindungan takaful anda. Sementara masih berkelayakkan untuk tambah perlindungan, ambillah peluang itu segera.,
Mohd Syamsul
Perunding Takaful Sepenuh Masa
in Blog
Jun14