Kita dapat lihat pada masa sekarang, lebih ramai yang semakin fokus kepada kerjaya mereka. Tidak kira sama ada yang belum berkahwin atau pun yang telah berumah tangga, tidak ketinggalan juga untuk wanita yang bergelar suri rumah.
Di antara perkara penting yang perlu dimiliki oleh wanita adalah kad perubatan, selain daripada rumah sendiri. Ini kerana kad perubatan dapat membantu anda sekiranya anda sakit, dan dapat juga mengelakkan daripada menggunakan wang simpanan sendiri.
Berikut merupakan 6 sebab kenapa wanita perlu ada kad perubatan sebelum mencecah usia 30 tahun.
1. Caruman Rendah Setiap Bulan
Tahukah anda semakin meningkat usia, maka semakin tinggi risiko seseorang untuk mendapat penyakit?
Jadi kalau anda ambil kad perubatan sebelum umur 30 tahun, dapat pelan dengan caruman yang rendah, banyak boleh berjimat dalam jangka masa panjang.
2. Lebih Berisiko Kena Penyakit
Wanita lebih cenderung untuk mengahadapi lebih banyak penyakit, termasuklah kanser. Oleh yang demikian, kaum wanita mempunyai risiko lebih besar untuk menghadapi penyakit meskipun ketika di usia muda.
Dengan adanya kad perubatan ini, ia dapat melindungi diri anda daripada kos perubatan yang semakin mahal.
3. Siang Kerja, Balik Kerja Nak Urus Rumah Tangga
Sifat wanita yang sangat gigih bekerja, menjadikan mereka kadang kala lupa untuk memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berehat. Siang penat bekerja, malam nak masak lagi, nak jaga anak-anak dan suami lagi.
Gaya hidup moden dengan makanan yang tak sihat, juga membuatkan kaum wanita lebih cenderung untuk jatuh sakit berbanding lelaki.
4. Berhenti Kerja Jaga Keluarga
Kebiasaannya, syarikat tempat anda bekerja akan menyediakan kad perubatan kepada para pekerja. Namun, bagi wanita ia boleh berubah apabila mereka telah dikurniakan cahaya mata. Kemungkinan untuk mereka berhenti kerja dan fokus kepada anak-anak sentiasa ada.
Apa akan berlaku sekiranya anda berhenti kerja? Pastinya kad perubatan anda yang disediakan oleh syarikat juga akan diberhentikan juga.
5. Ringankan Beban Suami
Kalau kesian kat suami terpaksa kerja siang, malam dan hujung minggu untuk menyara keluarga, apa salahnya anda ringankan sikit beban suami.
Bukan kita minta untuk sakit, tetapi kalau ditakdirkan ditimpa musibah suatu hari nanti – suami juga yang bertanggungjawab ke atas isteri.
6. Nanti Dah Sakit, Takaful Tak Cover
Kalau tunggu lama-lama, sampai dah kena penyakit yang tidak diingini – nanti pihak takaful pula yang tak nak cover. Sebarang keadaan pre-existing tidak akan dilindungi, jadi cepat-cepatlah ambil takaful ni.
Badan sakit, minda sakit, poket pun sakit juga.
Tahap Kesedaran Takaful Di Malaysia Masih Rendah
Dah tahu betapa pentingnya perlindungn takaful dalam kehidupan, ayuh kaum wanita kita beramai-ramai mengambil pelan takaful dengan segera. Bagi mereka yang dah ada tu, syabas!
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Untuk dapatkan cadangan pelan kad perubatan takaful yang sesuai untuk anda boleh komen PM atau terus whatsapp saya.
InsyaAllah saya akan cuba beri cadangan pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet kewangan anda.
wasap.my/60122249895/PMkadPerubatan
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Mohd Syamsul
012-224 9895
AIA PUBLIC TAKAFUL ADVISOR
Tanggungjawab – Kasih Sayang – Harapan
Sasaran 75% Rakyat Malaysia miiki perlindungan menjelang 2020