Menggunakan peralatan pejabat untuk tujuan peribadi.

perniagaan-alat-tulis

Bismillah. Tip kepada tuan dan cik puan yang bekerja dengan orang lain. Iaitu sama ada bekerja dengan kerajaan dan bekerja dengan syarikat yang dimiliki oleh orang lain.

Perhatikan beberapa perkara, risau takut nanti kita terjebat dengan tidak sedar, iaitu menggunakan peralatan pejabat untuk tujuan peribadi. Tujuan peribadi adalah seperti mencetak transaksi bank menggunakan printer pejabat kertas A4 pejabat, ink pejabat, elektrik pejabat dan pada waktu masa pejabat. Perkara ini nampak tidak berapa penting, tetapi ianya memberikan kesan jangka panjang terutamanya kehidupan di alam kubur, yang sudah mengambil masa lebih dari 1400 tahun untuk orang yang hidup di Zaman Nabi Muhammad. (SAW).

Saya percaya tuan dan cik puan masih ingat Insyaa Allah kisah seorang manusia yang dihidupkan semula dari alam kubur di zaman Nabi Isa (Jesus mengikut kepercayaan Orang Kristian).

Betulkan saya sekiranya saya tersalah memetik kisah, kerana saya hanya cuba menulis dari ingatan saya ini. Beliau diseksa sejak mati sehingga dibangkitkan kerana sewaktu hidup beliau bekerja sebagai penghantar kayu api, kerana disebabkan ada sesuatu dicelah giginya beliau mematahkan serpihan halus pada kayu api itu, bagi mencungkil sisa makanan yang terlekat pada celah giginya itu.

Secara logik, serpihan kayu sebesar besar kayu pencungkil gigi di zaman ini, apalah ertinya kepada pemilik kayu api itu, tetapi Allah menghitung kebaikan dan keburukan kita sehingga sekecil-kecilnya. Yang baik dibalas dengan terlebih nikmat Syurga, Yang tidak baik dibalas dengan seksaan Neraka yang amat Dahsyat.

Berdasarkan kisah tersebut, sekiranya dikaitkan dengan diri kita sekarang, adalah hampir mustahil sekiranya tiada lopak noda dosa, walaupun sebesar zarah yang berkaitan dengan tempat kita bekerja. Cadangannya sekiranya dapat gaji, beli kertas A4 satu rim, untuk digantikan, biar terlebih kerana kita tidak bayar kos ink dan kos elektrik untuk mencetak dokumen peribadi yang digunakan tanpa kebenaran.

Ini kerana sekiranya bekerja dengan Kerajaan, pemilik sementara kerajaan adalah seluruh rakyat Malaysia, sekiranya bekerja dengan swasta, adalah semua pemegang saham syarikat itu.

Allahu Akbar, tidak mungkin mudah untuk kita memohon maaf dengan semua orang, sebaiknya adalah cuba mengantikan dengan menggunakan duit, termasuk, ada perjalanan untuk organisasi yang kita tidak claim, supaya di alam kubur kita selamat, Insyaa Allah.

Sudah berapa ramai individu yang sudah memasuki alam kubur, bagaimana kehidupan mereka di tempat kerja dahulu, turut menentukan bagaimana mereka menghabiskan masa di alam kubur.

Saling kita ingat mengingati, di atas landasan kita semua berasal dari ayah dan ibu yang sama iaitu Adam dan Hawa.

Astaghfirullah. Wallahu A’lam.