Back to top

Feb11

UNDANG2 SYARIAH DIDAULATKAN, UNDANG2 SIVIL DIRAIKAN.

Saya, Dr Zamro Muda dan Dr Noor Liza Mohd Said pernah dipanggil ke mesyuarat Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti ( SC ) pada 2012.

.

Selain dari input Wasiyyah Shoppe Berhad bagaimana kami membangunkan perkhidmatan, mereka juga nak tahu ialah bagaimana Wasiyyah Shoppe Berhad memastikan perkhidmatan perancangan harta patuh syariah kami tidak bercanggah dengan undang2 sivil berkaitan harta seperti KTN, Akta Syarikat 1965 ( ketika itu ), Akta JPJ, BAFIA ( Ketika itu tiada IFSA atau FSA ).
.
JAWAPAN SAYA :.Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai panel syariah berkepakaran tinggi di dalam fiqh mawarith. Dengan bantuan mereka, Wasiyyah Shoppe Berhad membangunkan perkhidmatan patuh hukum syarak dan undang2 syariah. Menjadi objektif Wasiyyah Shoppe Berhad untuk mendaulatkan Mahkamah Syariah.
.
Namun kami juga faham harta-harta ini terkait dengan undang2 sivil dan dalam memastikan apa yang dihasrat pelanggan kami terlaksana, undang2 sivil juga perlu diraikan. Perkara 121(1A) dan 75 Perlembagaan Persekutuan kami faham sepenuhnya.
.
MENGHARMONIKAN UNDANG2 SYARIAH DAN SIVIL UNTUK MASLAHAT UMMAH.
.
Jadi apa yang Wasiyah Shoppe Berhad buat, kami MENGHARMONIKAN undang2 syariah dan sivil supaya ia boleh bergerak seiring dalam mencapai hasrat pelanggan kami. Dalam menegakkan hukum syarak dan undang2 syariah, kami tidak lupa melihat aspek perlaksanaan dalam undang2 sivil.
.
Saya masih ingat ulasan salah seorang ahli MPS SC ( bekas ketua hakim negara ) : “Inilah yang saya nak dengar. Banyak pihak terlalu fokus kepada undang2 syariah atau sivil semata-mata sehingga mereka terlupa melihat tanggungjawab kita untuk mengharmonikan kedua2 undang2 ini.. Akhirnya undang2 sivil dan syariah berkonflik kerana perbuatan mereka.”
.
In shaa Allah di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami memberi jaminan semua perkhidmatan kami adalah patuh syariah sepenuhnya tetapi dalam masa yang sama boleh berkuatkuasa dan terlaksana kerana ia juga selari dengan undang2 sivil yang mengikut harta berkenaan. 17 tahun kami menggunapakai metodologi ini tanpa sebarang masalah.
.
RAKYAT MALAYSIA … tiada sebab untuk anda meragui keberkesanan kaedah perancangan harta secara syariah di Wasiyyah Shoppe Berhad.
.
Apa tunggu lagi ? Jom merancang harta di Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia.
..

in Daie Mawarith Sepanjang Hayat

Baca juga :

  • RANCANG PEWARISAN HARTA
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas