Back to top

Mar01

Rugi perunding takaful tak buat ini untuk pelanggan

Ramai perunding takaful yang beri kesedaran kepada masyarakat kepentingan merancang kewangan melalui takaful.

Biasanya seorang pelanggan takaful akan mendaftar :

  • Pelan kad perubatan untuk manafaat rawatan dihospital.
  • Pelan perlindungan penyakit kritikal untuk manafaat akibat penyakit kritikal.
  • Pelan takaful hayat untuk manafaat akibat kematian dan hilang upaya kekal.
  • Pelan perlindungan kemalangan untuk manafaat akibat kemalangan.

.

Bagaimana pula jika pelanggan yang sama itu hendak merancang pewarisan

  • rumahnya,
  • akaun simpanannya,
  • kenderaannya,
  • perniagaannya
  • dan harta-harta berharganya yang lain, samaada didalam dan diluar negara?

.

Dengan seorang pelanggan, anda boleh menambah perkhidmatan tambahan yang seiring dengan kerjaya anda, secara tak langsung dapat merapatkan hubungan, meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti anda untuk membantu menambah nilai kehidupan pelanggan berkenaan, dalam masa yang sama menambahkan pendapatan anda.

.

Boleh kah perunding yang memiliki lesen takaful keluarga sahaja nak beri cadangan produk yang boleh beri penyelesaian kepada perancangan pewarisan harta pelanggannya? Tak boleh kan.

.

Maka anda perlulah memiliki lesen sebagai perunding pewarisan harta Islam terlebih dahulu supaya anda memiliki pengetahuan dan akses kepada produk perancangan pewarisan yang sesuai sekiranya anda benar-benar mengambil berat dengan pelangan-pelanggan anda dan ahli keluarga mereka yang bakal ditinggalkan.

.

Jangan melepaskan potensi peluang tambahan yang anda boleh dapat dari pelanggan takaful sedia ada. Sekiranya mereka rujuk perunding lain, bukan sahaja anda boleh terlepas penambahan takaful, silap-silap pelanggan boleh hentikan takaful yang daftar dengan anda pula, hasil nasihat perunding lain itu. Tak ke naya. Sebab kebanyakan perunding pewarisan adalah perunding takaful juga.

.

Apabila kita memasuki usia legend, mungkin sudah tak sesuai lagi untuk kita berbicara topik takaful dengan orang sekeliling kita. Topik pewarisan hartalah yang sangat sesuai dalam membawa keperluan takaful kepada pelanggan. Mulakan kerjaya ini lebih awal, supaya kita dapat letakkan kedudukan kita sebagai pakar dikalangan lingkungan kenalan dan pelanggan kita dalam masa yang sama membuatkan diri kita akan terus releven seiring peningkatan usia.

.

Alhamdulillah saya telah memiliki lesen sebagai perunding pewarisan harta Islam bersama Wasiyyah Shoppe Berhad sejak September 2018 hingga ke hari ini.

.

Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia.

👉 Panel syariah teramai dan berkaliber.
👉 Tak perlu risau tak patuh perundangan dan syariah.
👉 Syarikat tak boleh tutup. (Akta syarikat amanah)
👉 Boleh tawarkan pengurusan dan perancangan harta juga pentadbiran pusaka.
👉 Lebih 35 produk yang sesuai dengan keperluan perancangan semua lapisan masyarakat.
👉 Peluang Tambah Pendapatan mudah.
👉 Pendapatan pasif komisen 15 tahun.

.

Nak saya terangkan lebih detail, boleh wasap saya di link di bawah untuk kita set samaada secara zoom online atau secara bersemuka.

.

Jom membantu umat Islam seluruh Malaysia dalam perancangan pewarisan harta mereka dan menguruangkan masalah pusaka yang kian meningkat.

.

Anda bercakap bagi pihak mereka yang tak mampu bercakap untuk diri mereka sendiri. Tentu dikemudian hari waris2 pelanggan anda itu akan amat2 bersyukur dan berterima kasih kepada anda.

.

Berminat menjadi perunding pewarisan
WASAP

in Perunding Pewarisan Harta Islam

Baca juga

  • RANCANG PEWARISAN HARTA
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas