Orang Islam adalah golongan paling rugi di Malaysia bila sebut topik Harta Pusaka.
Sejumlah RM70 billion (2020) harta pusaka masih beku, iaitu masih diatas nama simati, yang majoritinya adalah milik orang Islam. Nilai ini terus meningkat saban tahun.
Jumlah ini jika dapat terus diurus dan dimanafaatkan oleh waris-waris, tentu akan beri kesan yang baik kepada ekonomi umat Islam.
.
Kenapa Orang Islam Mengalami Masalah Pusaka?
PERSEPSI
- Kerana ramai INGAT pewarisan harta bila dah mati sahaja.
- Kerana ramai INGAT agih harta pakai cakap sahaja sudah memadai.
- Kerana ramai INGAT semua waris boleh berbincang dengan baik.
- Kerana ramai INGAT dah ada FARAID tak perlu buat apa lagi.
- Kerana ramai INGAT buat wasiat selesai.
- Kerana ramai INGAT penama / pentadbir adalah pemilik harta simati.
.
REALITI
Ramai INGAT pewarisan harta bila dah mati sahaja.
Harta boleh diurus dan dirancang ketika hidup melalui intrumen perancangan yang tepat, patuh perundangan dan patuh syariah untuk manafaat diri sendiri dan kepentingan mereka yang tersayang selepas meninggal dunia.
Hakikatnya KEMATIAN tak tunggu usia tua atau dah sakit, ia boleh berlaku bila-bila masa sebelum kita sempat buat sebarang persediaan.
.
Ramai INGAT agih harta pakai cakap sahaja sudah memadai.
Zaman sekarang jika tak ada bukti dan dokumentasi yang sah yang boleh dibawa ke mahkamah, orang boleh pertikaikannya dan tidak akan percaya begitu sahaja.
Lagi-lagi apabila ia melibatkan harta pusaka umat Islam, yang mana setiap instrument perancangan ada rukun-rukun tertentu dan di bawah bidang kuasa Mahkamah Shariah untuk mengesahkannya.
.
Ramai INGAT semua waris boleh berbincang dengan baik.
Ketika pemilik harta masih hidup semua waris nampak boleh bekerjasama tetapi selepas meninggal dunia barulah masing-masing menunjukkan isi hati sebenar.
Boleh menjadi gelanggang melepas apa yang terbuku dalam diri. Ada hati yang tersakiti, ada ego yang meninggi, ada dendam yang terpadam, ada konflik yang tak terungkai.
Jangan main-main penangan harta pusaka, manusia boleh berubah sekelip mata.
.
Ramai INGAT dah ada FARAID tak perlu buat apa lagi.
Harta peninggalan simati tidak terurus secara automatik diagih ikut faraid, warislah yang perlu mengurusnya. Ada proses perundangan yang terlibat, ada tuntutan-tuntutan yang perlu ditolak dahulu dari harta pusaka, ada perbicaraan bagi memastikan hak semua waris faraid terbela.
Perlukan komitmen masa, kuderat, kos, pengetahuan, sifat amanah, kemahiran komunikasi, kepercayaan, kerjasama, toleransi dan penglibatan pelbagai pihak untuk menguruskannya.
Oleh kerana tak semua waris beri komitmen, ada yang mengambil kesempatan menuntut yang bukan haknya, ada yang mengabaikan tak diurus bertahun hingga berpuluh tahun selepas pemiliknya meninggal dunia, sehingga jumlah waris faraid yang berhak menjadi berlapis-lapis kerana telah ramai yang meninggal dunia merumitkan lagi proses pusaka.
.
Ramai INGAT buat wasiat selesai.
Bagi orang Islam, pembahagian harta kepada waris menggunakan kaedah wasiat boleh dibatal jika selepas meninggal dunia ada waris yang tidak bersetuju.
Hanya wasiat kepada bukan waris faraid sahaja wajib dilaksanakan dan terhad kepada 1/3 daripada harta pusaka.
Ada kaedah – kaedah lain selain wasiat yang lebih tepat untuk memastikan hasrat pemilik harta merancang pewarisan hartanya dapat direalisasikan seperti yang dihajati.
.
Ramai INGAT penama / pentadbir adalah pemilik harta simati.
Bagi orang Islam, penama wasi / pentadbir bukanlah pemilik bahagian harta simati.
Penamaan wasi membolehkan pengeluaran simpanan KWSP, Tabung Haji, simpanan koperasi dan pampasan insurans/takaful itu dibuat dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
Wasi bertanggungjawab mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris ahli yang berhak mengikut Undang-undang Islam.
Pentadbir juga adalah wakil yang dilantik untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan bagi pihak semua waris simati.
Sekiranya Wasi/Pentadbir gagal menjalankan tanggungjawab, waris-waris boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Wasi/Pentadbir.
.
.
Temujanji Perancangan Pewarisan
Sesetengah orang mempunyai kesedaran keperluan merancang pewarisan hartanya, yang diperoleh melalui pembacaan, video, sesi taklimat dan sebagainya.
Tetapi tidak melanjutkan tindakan seterusnya dengan berjumpa perunding pewarisan harta Islam.
Sememangnya perkara yang sangat penting dan serius buat diri dan keluarga kebiasaanya amat berat untuk diambil tindakkan segera.
Jangan berterusan berteori, beranggapan, berfikir, buat tinjauan dan berkira-kira begitu lama, dikuatiri tidak sempat bertindak.
Kesan Cost of Procrastination, boleh jadi kita akan terlepas sesuatu peluang atau perkara baik atau boleh jadi terdapat penambahan syarat atau keperluan tertentu dikemudian hari.
Apakah yang perunding pewarisan harta Islam boleh bantu anda?
Perunding pewarisan harta Islam boleh membantu memberi cadangan dan solusi perancangan pewarisan yang custom-made mengikut hasrat dan keperluan setiap individu yang berbeza-beza seperti :
- Perancangan pentadbir pusaka sistematik selepas meninggal dunia. Elak kecelaruan dikalangan waris.
- Pentadbiran harta anak bawah umur dan yang istimewa.
- Pentadbiran hutang.
- Pentadbiran sara hidup tanggungan.
- Pengamanahan, arahan, pengagihan dan pesanan yang terperinci.
- Hibah harta seperti hartanah, simpanan, pelaburan, ASB, TH, saham koperasi, emas barang berharga dll.
- Pewarisan syarikat.
- Perancangan amal jariah berterusan selepas meninggal dunia.
- Perancangan manafaat harta dilegasi kepada waris hingga bergenerasi.
.
Ya, proses membuat perancangan pewarisan harta ini boleh jadi suatu yang berat. Tetapi dengan niat yang murni, tindakan yang betul, dibantu perunding pewarisan harta berpengalaman, ia boleh menjadi mudah dan ringan. Bak kata orang hasil tak pernah khianati usaha.
Urus harta dan rancang pewarisan ketika masih hidup sekarang, agar apa yang diusahakan akan memberi manafaat kepada diri, keluarga dan masyarakat selepas pemergian kita.
.
.
Ingin saya bantu merancang pewarisan harta anda?
Mohd Syamsul
Perunding Pewarisan Harta Islam
Kausar Group, Agensi no 1, Syarikat Amanah, Wasiyyah Shoppe Berhad
- Perunding Kewangan Islam bertauliah dari BNM dan Suruhanjaya Sekuriti.
- Ahli Majlis Perancang Kewangan Malaysia (MFPC).
- Memiliki kelayakan akademik Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP) di MFPC. Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Awam.
- Memilih perkhidmatan kewangan melalui perancangan pewarisan harta Islam (Islamic Estate Planning). Kerana mereka yang bijak, memahami dengan jelas destinasi yang ingin dituju, supaya langkah yang diambil sentiasa kearah yang betul. (Begin with end in mind) “The 7 Habits of Highly Effective People ” Stephen Covey’s.
- Telah menjalani semua latihan yang diperlukan sebagai daie pewarisan yang disediakan Wasiyyah Shoppe. Juga aktif menyertai sesi pembelajaran yang sentiasa di anjurkan syarikat.
- Telah menjalani semua sesi latihan dianjurkan agensi Kausar Group. Menjadi sebahagian daripada Leader dalam agensi. Terlibat aktif dalam aktiviti berkaitan agensi.
- Membantu umat Islam yang prihatin dan bertanggung-jawab terhadap pengurusan harta-harta mereka supaya ia mudah diurus dan mengelakan konflik sesama waris. ❤️
.
.
Sebahagian gambar bersama pelanggan
.
dan banyak lagi..
.
.
Kita selalu berdoa agar pengakhiran kita dalam keadaan baik. Diharap juga tidak meninggalkan beban kepada waris yang ditinggalkan.
Berminat mendapatkan konsultansi dan penerangan perkhidmatan dari syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia, secara sesi 1 on 1?
Boleh pilih samaada penerangan secara online (zoom), di pejabat agensi kami (di Kota Damansara) atau di pejabat dan rumah anda.
Klik link dibawah:
.
.
Mohd Syamsul
Perunding Pewarisan Harta Islam
Kausar Group, Agensi no 1, Syarikat Amanah, Wasiyyah Shoppe Berhad
Bantu ummah rancang pewarisan agar waris senang, meninggal tenang. ❤️
Nov26