Permasalahan pertelingkahan dan persengketaan ketika mengurus pusaka umat Islam yang telah meninggal bukanlah suatu yang asing dalam masyarakat Melayu.
Harta sekangkang kera, punca hubungan saudara terputus dua. Adik beradik yang ketika kecilnya bagai isi dengan kuku, setelah ibu bapa tiada bertukar jadi gunting dalam lipatan antara sesama mereka.
Adakah ini yang diharapkan tehadap harta yang diperolehi hasil penat lelah anda, menjadi lelah kepada waris untuk urus dan bertelingkah sesama mereka?
.
Ketika hidup, segala yang dimiliki dipanggil harta. Setelah meninggal dunia, segala yang dimiliki simati itu tadi disebut pula sebagai pusaka.
Pusaka ini bukan lagi milik simati, ia telah menjadi milik waris faraid simati yang masih hidup. Nama hak milik kepada harta pusaka simati perlulah ditukar kepada mereka ini dan dilakukan dengan segera.
Ini penting kerana harta-harta peninggalan itu dapat terus digunakan dan dinikmati manafaatnya oleh waris.
.
Bagaimana harta pusaka yang sepatutnya beri manfaat kepada waris ini boleh bertukar menjadi puaka?
PUSAKA
Bermakna semua waris tenang fahami proses urusan pusaka, tahu hak dan bahagian masing-masing, menghindari termakan hak waris lain, boleh bekerjasama dan berkompromi, dan urusan pusaka mereka dilakukan segera, teratur dan lancar. Hubungan mereka kekal baik dan bersyukur antara sesama mereka atas kurniaan ibubapa sebagai tanda kasih sayang yang tak berpenghujung terhadap mereka.
PUAKA
Pula proses urusan pusaka yang melibatkan perebutan, pertikaian dan penindasan. Hubungan dikalangan waris pula jadi tak baik. Ada yang urus sambil lewa, bertahun-tahun tertunda sampai ada waris yang meninggal tak dapat rasa bahagian pusakanya. Terjadinya waris berlapis-lapis, hingga sampai ada waris yang dah tak dapat dikesan. Harta yang sepatutnya jadi manafaat kepada waris bertukar jadi bencana kepada waris.
.
Kisah teladan
-
- Belasah adik kerana harta
- Rebut harta pusaka
- Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
- Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
- RM60b harta umat Islam tidak dituntut
- Maut kerana harta pusaka
- Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun
- Beli rumah atas nama isteri, bila isteri meninggal, mak ayah mertua kata itu hak mereka
.
Kita tidak boleh jangka bila dan bagaimana kita akan meninggalkan dunia. Namun begitu kita boleh tentukan apa yang terjadi dengan harta yang ada selepas pemergian kita, dengan membuat perancangan pewarisan harta menyeluruh.
Wasiyyah Shoppe Berhad syarikat Amanah Islam terbesar di Malaysia ada sediakan pakej perkhidmat perancangan pewarisan harta Islam menyeluruh. bermula serendah RM50.
Janganlah sampai kerana harta pusaka, yang hidup bertambah dosa dan yang telah mati ditimpa bahana
Jadi kita sebagai pemilik harta pilih yang mana? PUSAKA atau PUAKA?
Berminat untuk khidmat rundingan merancang pewarisan harta percuma?
Klik link dibawah untuk temujanji khidmat nasihat percuma perancangan pewarisan harta secara online.
.
Mohd Syamsul
Perunding Pewarisan harta Islam
(Hibah, Wasiat, Amanah, Pusaka dan Faraid)
Kausar Wealth management Sdn Bhd
Agensi No. 1 Syarikat Amanah
Wasiyyah Shoppe Bhd
Jom Kongsikan pada keluarga, rakan-rakan untuk dimanfaatkan bersama.
Ogo07