Back to top

May02

PENYELIDIKAN ILMIAH HIBAH HARTA BERCAGAR

Kenapa syarikat pemegang amanah Wasiyyah Shoppe Bhd berani memperkenalkan HIBAH HARTA BERCAGAR (harta yang masih dalam pembiayaan) sedangkan ada pihak tertentu kata hibah harta bercagar berisiko menjadi tidak sah?

Di Wasiyyah Shoppe Berhad kami berani memperkenalkan hibah harta bercagar kerana sebelum memperkenalkan hibah harta bercagar secara agresif, penyelidikan ilmiah telah pun dibuat.

Wasiyyah Shoppe mahu memberikan solusi kepada masyarakat yang banyak menghadapi masalah dalam urusan harta yang masih bercagar / dalam pembiayaan institusi kewangan.

Jadi, Wasiyyah Shoppe Berhad memberi geran penyelidikan kepada sekumpulan penyelidik dari UKM yang memang berkepakaran dan berpengetahuan luas di dalam bidang fiqh mawarith . Supaya perkhidmatan yang diberikan mestilah patuh syariah ( Syariah compliance )

MOU antara Wasiyyah Shoppe dengan Fakulti Pengajian Islam UKM

Wasiyyah Shoppe dan UKM laksana penyelidikan hibah

Laporan hasil penyelidikan

Merekalah yang bertanggungjawab mengkaji pelbagai kitab dari ulama2 tersohor yang diyakini kemantapan pandangannya dan meliputi semua pandangan ahlus sunnah wal jamaah ( Bukan pandangan Shafie sahaja ).

Kumpulan Penyelidik ini mengkaji latarbelakang penulis kitab sama ada penulis kitab itu seseorang yang mempunyai kredibiliti dalam bidang yang ditulis dan adakah pandangannya disokong dengan nas, hadis dan ijmak ulama yang sahih dan kukuh.

Kitab yang dikaji juga merentas masa, zaman dan pemikiran serta datang dari pelbagai sumber negara2 Islam ( bukan Malaysia sahaja ) sehingga boleh dibuat kronologi aliran pemikiran penulis berkenaan.

Kes2 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah seluruh Malaysia juga dikaji alasan penghakimannya bagi mengenalpasti apa faktor yang diambilkira oleh Mahkamah Syariah dalam membuat keputusan.

Kumpulan penyelidik yang terdiri dari ahli2 akademik ini mempunyai disiplin tinggi untuk mencari kebenaran berdasarkan fakta yang ditemuinya.

Berbeza pendekatan pihak tertentu yang hanya mahu membaca apa yang menyokong pandangannya sahaja. Pandangan yang tidak sealiran dengannya ditolak ketepi malah ada yang disembunyikan !

Dapatan penyelidikan yang pelbagai kemudiannya dibentang dan dibincang secara terperinci di kalangan penyelidik. Hanya pandangan yang benar-benar mantap sahaja dimasukkan ke dalam hasil penyelidikan manakala pandangan yang tidak kuat hanya dijadikan rujukan. Panduan umum hibah harta bercagar diformulasikan.

Laporan penyelidikan ini kemudiannya dibentang kepada Wasiyyah Shoppe Berhad dan menjadi panduan kepada pembangunan produk dan perkhidmatan syarikat serta perunding.

Wasiyyah Shoppe Berhad TIDAK BOLEH sesuka hati membuat apa yang syarikat mahukan kecuali jika telah diluluskan oleh Panel Syariah syarikat dan diendorse oleh Lembaga Pengarah Syarikat. Ini tadbirurus korporat yang dipegang secara ketat.

Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat amanah berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 tidak boleh bertindak sesuka hati kerana terikat dengan tadbirurus korporat yang ketat.

Selepas dapatan penyelidikan diputuskan , Wasiyyah Shoppe Berhad berkongsi maklumat ini dengan pihak2 berautoriti di Malaysia yang kemudiannya memberi maklumbalas sama ada hujah2 dan dapatan ini boleh memberi kesan kepada pengesahan hibah harta bercagar atau tidak.

Kunjungan hormat ke pejabat pusaka kecil Putrajaya

Lawatan ke Jabatan Kehakiman Syariah Malysia
Perbincangan tentang permasalahan wasiat Islam di Jabatan Peguam Negara

Lawatan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor

Inilah disiplin ilmu yang dipegang Wasiyyah Shoppe Berhad yang menyebabkan pihak syarikat dan perunding pewarisan harta dibawah Wasiyyah Shoppe Berhad berani memperkenalkan hibah harta bercagar kepada masyarakat Malaysia.

Dengan penjelasan ini diharap masyarakat dapat membuat penilaian sama ada ingin memegang pandangan pihak tertentu atau pandangan Wasiyyah Shoppe Berhad sebuah syarikat amanah berdaftar yang disokong penyelidikan ilmiah berdisiplin.

Pilihan di tangan anda.

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.

Sebarang pertanyaan bekenaan penyediaan dokumen hibah hartanah

Hubungi:

Mohd Syamsul

https://hibahhartanahPageFB.wasap.my

https://hibahhartanahPageFB.wasap.my

https://hibahhartanahPageFB.wasap.my

Mohd Syamsul

Perunding Pancangan Pewarisan Harta Islam

012-224 9895
Berminat buat dokumen hibah hartanah
Whatsapp

in Blog

Baca juga :

  • RANCANG PEWARISAN HARTA
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas