Mac01
Pastinya kita cuba merancang yang terbaik untuk ahli keluarga kita samaada ketika senang mahupun ketika menghadapi detik sukar dalam hidup. Walau sebaik mana pun usaha kita menghindari sesuatu malapetaka, kita tetap tidak dapat menjangkaan dan menghalang ianya terjadi.
Begitulah pentingnya menyediakan Pelan Perlindungan Takaful Menyeluruh untuk diri dan keluarga kita sebelum saat-saat tidak terduga seperti dimasukkan ke hospital kerana kemalangan, menghidapi penyakit kronik, mahupun kematian.
Pelan Perlindungan Takaful yang Menyeluruh adalah gabungan dua pelan iaitu Pelan Takaful Hanyat dan Pelan Kad Perubatan. Mengapa ia dikatakan pelan perlindungan yang menyeluruh?
Pelan perlindungan takaful hayat, menyediakan perlindungan takaful keatas kematian, dan hilang upaya menyeluruh dan kekal. Disamping itu ia adalah pelan berkaitan pelaburan dimana ia dapat menjana keuntungan melalui dana-dana berkaitan pelaburan yang patuh syariah.
Pelan ini juga boleh digabungkan dengan pelan kad perubatan yang akan menampung kos rawatan dan perkhidmatan yang berkualiti serta dilengkapi dengan kemudahan “tanpa tunai” untuk kemasukkan yang lebih lancar di semua hopital panel.
MANAFAAT YANG DIPEROLEHI DARIPADA PELAN TAKAFUL MENYELURUH INI
- Apabila orang dilindungi dalam takaful hayat meninggal dunia, ianya membayar Jumlah Dilindungi dan Nilai Akaun kepada waris.
- Mendapat faedah bayaran apabila orang yang dilindungi dalam takaful ayat mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
- Mendapat faedah KAD PERUBATAN TAKAFUL iaitu faedah Penghospitalan & Pembedahan yang menampung kos rawatan dan perkhidmatan kesihatan dimana had tahunan adalah dari RM90,000 setahun dan tiada had untuk seumur hidup.
- Faedah Pendapatan Hospital setiap kali anda dimasukkan ke wad iaitu dari RM100 sehari.
- Mendapat faedah pelaburan dimana sebahagian wang caruman akan dilaburkan dalam dana pelaburan patuh syariah.
- Kadar caruman yang sama setiap tahun. Caj kad perubatan adalah meningkat mengikut umur, tetapi dengan mengambil sekali dengan pelan takaful hayat, kadar peningkatan telah ditampung dengan hasil dana pelaburan dalam pelan takaful hayat.
PELAN PERLINDUNGAN DAN PERUBATAN YANG FLEKSIBEL
Seorang pemegang takaful hayat boleh menggabungkan pelan kad perubatan untuk diri sendiri iaitu individu lelaki mahupun perempuan atau bersama keluarga samaada pelan kad perubatan untuk anda dan pasangan, anda dan anak atau anda dan pasangan serta anak. (Sehingga 4 orang anak sahaja)
- TAKAFUL HAYAT untuk anda Sahaja.
- KAD PERUBATAN untuk anda sahaja.
- KAD PERUBATAN untuk anda dan pasangan.
- KAD PERUBATAN untuk anda, pasangan dan anak (Maksimum 4 anak).
- TAKAFUL HAYAT + KAD PERUBATAN untuk diri sendiri Sahaja.
- TAKAFUL HAYAT untuk anda dan/atau pasangan + KAD PERUBATAN untuk anda dan pasangan.
- TAKAFUL HAYAT untuk anda dan/atau pasangan + KAD PERUBATAN untuk anda, pasangan dan anak (Maksimum 4 anak).
BAGAIMANA PERLINDUNGAN TAKAFUL MENYELURUH INI MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA ANDA?
Sekiranya individu lelaki berumur 28 tahun dan memiliki peruntukkan sebanyak RM150 sebulan untuk simpanan ketika di hari tua, katakan untuk 30 tahun kemudian. Cuba bandingkan dua situasi dibawah.
Situasi 1:
Dengan simpanan RM150 sebulan sepanjang 30 Tahun di Bank, kita akan dapat menyimpan RM54,000
- RM150 x 12 bulan = RM1800
- RM1800 x 30 tahun = RM 54,000
- Manfaat yang kita akan dapat:-
- Dividen
- Mudah membuat pengeluaran (cepat habis simpanan)
- Rawatan hospital ketika kecemasan (simpanan akan berkurangan)
Situasi 2:
Jika kita membuat caruman RM150 sebulan sepanjang 30 Tahun di Takaful, kita akan dapat manfaat seperti:-
- Khairat Kematian = RM50,000
- Pampasan cacat kekal = RM50,000
- Pampasan menghidapi penyakit kritikal = RM30,000
- Medikal kad = Kos rawatan penyakit dihospital swasta dibayar sehingga RM90,000 setahun & tiada had seumur hidup
- Bilik penginapan di hospital bernilai RM150
- Elaun hospital = RM100 sehari
- Simpanan/pelaburan = RM50,000
Dengan mencarum didalam perlindungan takaful ini dalam tempoh 30 tahun, ketika berumur 53 tahun nanti (Sekiranya kita masih hidup), nilai wang kita di dalam takaful bernilai lebih kurang RM50,000 bergantung pada prestasi dana. Dalam 30 tahun itu juga mungkin kita telah dimasukkan ke hospital berkali-kali yang kosnya ditanggung oleh pihak takaful. Bukankah ini memberi keuntungan.
Sekiranya kita ditakdirkan meninggal dunia sebelum tempoh 30 tahun pula, orang yang kita tinggalkan masih lagi mampu menguruskan hidup dan membuat iktiar lain dengan menggunakan jumlah wang pampasan sebanyak RM50,000, walaupun jumlah caruman kita tak sampai pun sebanyak itu. Bukankah menjadi tanggung-jawab kita memastikan kebajikan keluarga yang kita bina sentiasa terbela? Jadi ini adalah sebahagian inisiatif yang ada sebagai dana peruntukkan simpanan kecemasan kepada mereka.
Jadual diatas menunjukkan ringkasan pelan takaful yang menyeluruh untuk individu. Bagi nilai yang berwarna MERAH boleh diubahsuai mengikut peruntukkan dan kehendak yang bersesuaian dengan anda, ia adalah anggaran sahaja.
Untuk kadar caruman tahunan dan detail manafaat kad perubatan yang lengkap, bersesuaian dengan keperluan anda, samaada untuk individu, individu dan pasangan, individu dan anak, individu dan pasangan serta anak, atau gabungan takaful hayat dan kad perubatan, boleh klik di bawah.
As salam..Ada tak utk ibu bapa..