Back to top

Jul17

AIA lancar A-Life Lady360

AIA Bhd (AIA) melancarkan penyelesaian insurans, A-Life Lady360 dan A-Life Joy khusus untuk ibu dan bayi yang baru dilahirkan, sekali gus menjadi yang pertama di Malaysia.

A-Life Lady360 membolehkan wanita mendapat perlindungan untuk diri serta bayi sebaik sahaja kehamilan mereka disahkan tanpa perlu mendapatkan taja jamin perubatan.

Manakala, A-Life Joy memberi pilihan kepada ibu bapa untuk melanjutkan perlindungan anak meliputi autisme dan Gangguan Defisit Perhatian Hiperaktif (ADHD).

 

Ini merupakan manfaat pertama kali ditawarkan oleh pelan insurans di Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran AIA, Eric Chang berkata, produk-produk ini direka untuk memenuhi peningkatan keperluan pasaran bagi ibu yang mahu diinsuranskan sebaik sahaja mereka mengandung.

“Sehingga kini, ramai wanita tidak boleh mendapat perlindungan pranatal disebabkan komplikasi yang mereka alami semasa trimester pertama kehamilan,” katanya.

Menurutnya, komplikasi kehamilan semakin kerap berlaku kebelakangan ini, yang mana statistik menunjukkan secara purata, 12.3 peratus daripada 500,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun di Malaysia adalah tidak cukup bulan.

Manakala, terdapat insiden yang mana 2.59 peratus bagi setiap 1,000 bayi di Malaysia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (Nicu) disebabkan asfiksia pranatal.

“AIA juga akan turut melindungi anak-anak mereka sehingga umur dewasa menerusi perancangan perlindungan awal,” katanya.

Selain A-Life Lady360 yang memberi tumpuan kepada perlindungan menyeluruh untuk wanita dan ibu, A-Life Joy juga direka untuk memberi anak-anak perlindungan hayat ketika dalam perut sehingga mencapai usia 100 tahun.

Pelan ini juga membolehkan ibu bapa menambah perlindungan untuk anak-anak dengan memasukkan manfaat lain termasuk autisme dan ADHD.

Sumber 

in Perancangan Perlindungan Takaful, Perkembangan dalam industri Takaful

Browse Perancangan Perlindungan Takaful

  • Pelan Perlindungan Takaful Menyeluruh
  • Kad Perubatan Takaful untuk setiap ahli keluarga
  • Kad Perubatan Takaful A-Life Med Regular-i
  • A-Life Signature-i Pelan Takaful Hayat Terbaik
  • Asas sistem Takaful : Tabarru'
  • Kesedaran takaful dikalangan umat Islam sangat rendah
  • Manfaat takaful dihibahkan berbanding faraid
  • Majoriti miliki insurans hayat di bawah perlindungan sebenar - LIAM
  • Pelaksanaan hibah dalam konteks operasi Takaful
  • Melindungi perniagaan melalui takaful

Featuring Top 10/41 of Perancangan Perlindungan Takaful

>>> Syamsul

  • LocationLocation: Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • PhonePhone: +6(012) - 224 9895
  • EmailEmail: usahasul[@]gmail.com

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas