Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Fungsi-fungsi ginjal ialah :
- Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
- Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
- Mengawal tekanan darah.
- Mengawal asid dalam darah.
- Mengawal mineral di dalam darah.
- Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.
Punca utama kegagalan ginjal di Malaysia.
- Kencing manis (Diabetes mellitus) 54%
- Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
- Penyakit batu karang
- Hypertensi (tekanan darah tinggi)
- Lain-lain punca seperti ADPKD, toxins.
Tanda-tanda kegagalan ginjal:
- Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
- Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
- Gatal seluruh badan
- Sakit tulang
- Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas
- Pucat
- Kencing yang berbuih
- Darah keluar bersama air kencing
- Jangkitan salur kencing berulang-ulang
- Pengeluaran kencing berkurangan
- Kerap kencing terutama sebelah malam
- Mengalami hypertensi pada usia muda
Malangnya, semua gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda berkenaan walaupun buah pinggang sudah tidak berfungsi lagi.
Yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal:
- Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
- Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal
- Jika kencing anda mengandungi darah dan protien
- Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi
- Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti – Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
- Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba
- Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga
- Jika anda pengidap sakit jantung
Jika disahkan buah pinggang anda gagal berfungsi secara total, kadang kala dipanggil end-stage renal disease (ESRD)?
Tubuh akan dipenuhi lebihan cecair dan bahan buangan. Keadaan ini dinamakan uremia.
Tangan dan kaki akan mula membengkak. Anda akan terasa letih dan lemah kerana tubuh memerlukan darah bersih untuk berfungsi secara sempurna.
Uremia yang tidak dirawat akan membawa kepada koma yang boleh membawa kepada kematian.
Anda memerlukan rawatan gantian fungsi ginjal oleh itu anda perlu berjumpa dengan pakar nefrologi.
Ini dapat dicapai melalui salah satu dari kaedah rawatan berikut:
Rawatan Dialysis:
> Hemodialysis (menggunakan saluran darah)
> Peritoneal dialysis (menggunakan peritonium)
Pemindahan ginjal:
> Cadaver donated
> Living-relative donated
Anda juga perlu tahu senarai penderma organ di Malaysia sangat kurang berbanding penerima.
Hemodialisis adalah sejenis dialisis yang menggunakan satu mesin buah pinggang tiruan (mesin dialisis) untuk membuangkan cecair dan bahan sisa buangan dari aliran darah.
Dialisis peritoneal pula berasaskan satu tiub yang dimasukkan ke dalam rongga badan yang juga terletaknya perut, hati dan usus-usus, yang dipanggil kaviti peritoneal. Cecair dalam kuantiti yang banyak akan dialirkan ke dalam kaviti ini dan ia akan mengeluarkan sisa buangan melalui cecair yang mengalir balik ke luar daripada kaviti. Dialisis peritoneal selalunya di lakukan di rumah pada setiap hari.
Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit diabetes mungkin memerlukan 3 sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu!
Anda sememangnya tidak patut menanggung beban yang seberat ini. Walaupun anda mempunyai diabetes, anda boleh mengelak atau melewatkan berlakunya kegagalan buah pinggang dengan berusaha untuk menjaga diri anda dan penyakit diabetes anda dengan baik.
Dengan mengambil pelan perlindungan takaful berserta kad perubatan ketika muda dan sihat, setidak-tidaknya mengurangkan tekanan kewangan yang ditanggung kepada pengidap dan keluarga dalam menjalani rawatan dengan sempurna.
Feb07