Carta faraid ringkas bahagian waris utama
Faraidh dan Matematik. Berpisah tiada. Sila baca….
Si suami bertemu dengan Pak Imam mengadukan masalah pembahagian faraidh arwah isterinya. Mereka tidak mempunyai anak kandung. Waris kepada arwah isterinya hanya dia (suami) dan 2 orang adik perempuan kandung (Seibu sebapa)
Dialog dia lebih kurang macam ni..
Suami : Pak Imam, mcm mane agihan faraidh waris arwah isteri saya? arwah tinggalkan RM6000. Ada pada saya sekarang ni…
Pak Imam : Jap, saye rujuk Al-Quran Surah An-Nisa (ayat mawarith). OK, macam ni. Awak suami dapat 1/2 bahagian dan 2 orang adik beradik kandung arwah berkongsi 2/3 bahagian.
Suami : Jadi, saya ambil 1/2 bahagian ya? RM3000. Alhamdulillah. Terima kasih Tok Imam.
Pak Imam : Sama-sama.
2 Adik kandung : Bagaimana dengan kami Tok Imam? Suami arwah dah ambil RM3000. Bahagian kami sepatutnya 2/3 bahagian, kan? Kalau dikira, sepatutnya kami dapat RM4000 dikongsi sama rata.
Pak Imam : Err….. betul jugak tu. Kejap², saye masuk rumah jap. (Pak Imam ambil duit simpanannya dalam tabung RM1000).
Pak Imam : Nah, ambil ni RM4000 (Baki RM3000 ditambah dgn duit Pak Imam RM1000). Tak payah pening² kepala, pakai je duit saya (Sambil garu kepala)
2 Adik kandung : Terima kasih Pak Imam. (Sambil berlalu pergi)
3 minggu kemudian….
Suami : Pak Imam…. Ooo Pak Imam.
Pak Imam : Yo Yo.. kenapa?
Suami : Saya bawak geran tanah arwah dan pampasan takaful RM100K. Macam mana nak buat agihan faraidh??
Pak Imam : Ya Allah.. (Pengsan di tepi tangga)
Situasi ini mungkin berlaku (Kes pengiraan TASHEIH). Kesimpulannya, jika ingin menguasai Ilmu Faraidh hendaklah perlu tahu bagaimana kaedah Matematik yang digunakan dalam pengiraannya.
Anda tahu pengiraan faraidh?
URUS dan RANCANG harta anda dengan Bijaksana demi orang yang TERSAYANG!!
InsyaAllah boleh hubungi saya.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Mohd Syamsul
Perunding urus harta dari syarikat pemegang amanah Wasiyyah Shoppe Bhd
wasap.my/60122249895/UrusHarta
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
.