Back to top

Mar15

Buat perancangan harta di Wasiyyah Shoppe Berhad lebih selamat dan terjamin?

Adakah benar membuat perancangan harta melalui  syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad lebih selamat dan terjamin kerana Wasiyyah Shoppe Berhad tidak boleh menutup operasinya sesuka hati pada bila-bila masa?

.

Adakah benar terdapat unsur kewujudan kelangsungan ( perpetuity in existence ) pada Wasiyyah Shoppe Berhad yang tidak ada pada syarikat biasa?

.

Jawapannya ialah YA.

.

Syarikat yang hanya berdaftar sebagai syarikat biasa di bawah Akta Syarikat 2016, boleh pada bila-bila masa membuat keputusan untuk menutup operasi. Apa yang perlu dibuat ialah untuk Lembaga Pengarah membuat resolusi dan melantik pelikuidasi untuk melunaskan semua komitmen syarikat. Syarikat selepas itu dianggap telah menutup operasinya ( wind-up ). Bagi pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan perancangan harta dari syarikat ini, apabila mereka meninggal dunia pada masa hadapan, waris-waris tidak akan menerima perkhidmatan lagi kerana syarikat sudahpun menutup operasi.

.

Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat amanah yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 pula, sekiranya ingin menutup operasi ( wind-up ) perlu memohon perintah dari Mahkamah Tinggi Sivil selepas memenuhi proses biasa di atas. Mahkamah di dalam memberikan kebenaran untuk Wasiyyah Shoppe Berhad menutup operasi, akan memastikan kesemua amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya oleh pelanggan telah diselesaikan sepenuhnya ataupun sudah diserahkan kepada pihak lain dengan sempurna. Waris-waris pelanggan juga boleh memohon mahkamah untuk menyekat penutupan operasi sekiranya berpendapat Wasiyyah Shoppe Berhad belum menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Pelanggaran peruntukan ini akan menyebabkan Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham boleh didakwa di Mahkamah.  

.

.

.

Walaupun pelanggan itu meninggal  dunia 30, 50 atau 70  tahun akan datang sekalipun, waris-warisnya tetap akan menerima perkhidmatan dari Wasiyyah Shoppe Berhad kerana ia akan tetap beroperasi selagi ia belum melunaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada 70,000 ( setakat ini ) orang Islam yang melanggan perkhidmatannya.

.

in Wasiyyah Shoppe Berhad

Baca juga :

  • RANCANG PEWARISAN HARTA
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas