Masih ramai yang ragu-ragu. Ada yang menyalahkan yang ini tak betul. Sedangankan kita tahu kebanyakan orang miliki rumah yang masih dalam pembiayaan bank. Adakah kita redha yang rumah masih dalam pembiayaan tak boleh buat hibah langsung, perlu agih ikut faraid?
.
Hibah adalah pemberian atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan.
.
Apa saja milik kita boleh dihibahkan ketika hidup. Hibah itu sah apabila rukun dan syaratnya terlaksana.
Rukun hibah:
- Harta
- Pemberi
- Penerima
- Ijab kabul
Pemberian hibah berlaku ketika hidup.
.
Ada yang kata rumah masih dalam pembiayaan bank bukan milik kita, milik bank, jadi tak boleh lah buat hibah.
.
Adakah harta itu milik kita atau tidak jika masih dalam pembiayaan bank?
.
Boleh tak buat pengubahsuaian keatas rumah itu tanpa kebenaran bank? Boleh tak berikan sewa kepada orang lain tanpa kebenaran bank? Boleh tak anda jual rumah itu tanpa kebenaran bank?
.
Boleh kan.. Jadi, itulah tandanya rumah itu milik anda.
.
Kita ada kuasa buat apa-apa keatas rumah yang dibeli itu, walaupun menggunakan kemudahan pembiayaan bank.
.
Cumanya, walaupun rumah itu milik anda, ada tanggungjawab yang perlu anda langsaikan dengan bank.
.
Jangan sampai komitmen bayaran balik pembiayaan anda tertunggak hingga pihak bank beri peringatan. Bank ada kuasa untuk lelong rumah itu untuk dapatkan baki pembiayan mereka balik seperti dalam perjanjian yang anda dah pun setuju dan tandatangan.
.
Jika anda buat hibah rumah itu pun, dalam dokumen hibah itu akan ada bahagian bagitahu hibah itu akan terbatal jika tidak melangsaikan baki pembiayaan bank.
.
Bank bukan pemilik harta, tapi pemegang cagaran.
.
Bank nak bayaran balik pembiayaan rumah itu sahaja.
.
Bila rumah itu dihibah masa hidup, setelah meninggal dunia ia terkeluar daripada harta pusaka.
.
Kalau tak buat hibah, ia termasuk dalam harta pusaka yang kena agih ikut faraid..
.
Lepas pembeli meninggal sebelum habis bayaran pembiayaan bank, kebiasaannya MRTA/MRTT akan tanggung baki pembiayaan.
.
Bila pembiayaan selesai, barulah boleh tukar nama pemilik hartanah itu.
.
Jika MRTA/MRTT tak dapat tampung semua baki pembiayaan, boleh buat penjadualan semula bayaran dengan bank, atau bayar baki secara sekali gus.
.
Yang tak menariknya disini, bila dah bertungkus-lumus selesaikan baki pembiayaan rumah berkenaan, kena pula agih ikut faraid. (Kalau rumah itu tak buat hibah)
.
Yang bayar balik pembiayaan bank si isteri seorang. Penerima faraid lain pula langsung tak menyumbang. Tak bengang?
.
Kesimpulannya..
Suatu kenikmatan bila diberikan rezeki mampu merancang kewangan untuk miliki rumah kediaman demi keselesaan keluarga tersayang. Apalah kurangnya kepentingan merancang untuk diwariskan rumah itu kepada orang tersayang, demi keselesaan mereka berterusan selepas anda meninggal dunia yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa diduga.
Terutama kepada golongan kritikal, yang punyai waris faraid yang ramai.
Bagi memudahkan pewarisan dan mengelakkan konflik dikalangan waris.
Walaupun ada juga kita dengar ada waris yang bermurah hati lepaskan hak faraid mereka. Baguslah.
Tapi jangan pula kita berkata buruk kpd mereka yang tak lepaskan bahagian mereka dalam harta pusaka simati. Itu sememangnya hak mereka yang ditetapkan dlm Alquran.
Bila kita dah mati, pusaka kita diluar kawalan kita. Tapi bila kita masih hidup ini, ada pilihan untuk rancang ikut hasrat kita dengan buat hibah.
Nilai rumah yang kita beli tu dah la tak murah. Boleh naik lagi.
Kos bayaran buat hibah tu kecil sangat bila bandingkan dengan nilai rumah tu.
Dan hasrat kita dapat dicapai untuk beri kepada yg tersayang lepas meninggal. Ini tak ternilai harga nya..
.
Dimana nak buat hibah yang boleh dipercayai dan terlaksana?
Hibah ni berkaitan perwarisan harta orang Islam dan dibawah bidang kuasa syariah.
Boleh lah buat hibah yang disediakan dari Wasiyyah Shoppe, syarikat amanah patuh syariah pertama di Malaysia yang dah 17 tahun dalam bidang pewarisan ni. Pelopor kepada hibah hartanah bercagar. Penyedia dokumen hibah yang terbanyak dan paling berpengalaman di Malaysia.
.
Selain bantu merancang risiko kewangan keluarga selepas kematian melalui perlindungan takaful menjadi keperluan juga untuk saya membantu dalam perancangan pewarisan harta untuk lebih jaminan kepada keluarga yang bakal ditinggalkan.
Semenjak pandemik COVID-19 melanda ni. Kesedaran penyediaan takaful dan pewarisan dikatakan ada peningkatan.
Walaupun sekarang PKP, asalkan ada akses internet, boleh berjumpa secara Zoom atau google meet.
Rasa macam lebih mudah pula. Orang pun tak perlu keluar rumah. Tak payah kemas rumah ejen nak datang..
Sebelum PKP ada alasan sibuk. Masa ni lah ada banyak masa kan..
Boleh ambil peluang masa ni.
.
Baca juga : Bank untung ke rugi jika pemilik buat hibah rumahnya yang masih dalam pembiayaan?
.
Mohd Syamsul
Perunding Takaful dan Perancangan Pewarisan Harta Islam.
.
Mohd Syamsul
Perunding Pancangan Pewarisan Harta Islam
Jun28