Zappos adalah syarikat yang bermula dengan menjual kasut secara online.
Ya, kasut.
Produk yang majoriti usahawan dapati sukar untuk menjual secara maya. Faktor utama adalah isu saiz kasut yang perlu dipilih oleh pelanggan.
Dalam masa sama, syarikat ini berjaya hasilkan keuntungan USD1 bilion pada tahun 2009.
Kemudian, bekerjasama dengan stor online terbesar di dunia, iaitu Amazon.
Apa yang membuatkan Zappos lebih menarik adalah strategi pemasaran, penjenamaan dan jualannya.
Menurut pemilik Zappos, mereka berusaha sehabis baik untuk tidak membelanjakan duit bagi tujuan pengiklanan.
Duit itu disalurkan ke satu lagi konti bisnes yang jarang difikirkan usahawan.
—
Konti Customer Support
Zappos melaburkan duit-duit keuntungan kepada bahagian bantuan dan sokongan pelanggan.
Antaranya adalah:
1) Melatih pekerjanya untuk berkomunikasi dengan pelanggan lebih mesra.
2) Menanggung kos pemulangan semula kasut daripada pelanggan.
(Jika pelanggan tidak puas hati dengan kasut yang dibeli, mereka boleh hantar semula kepada Zappos. 100% kos ditanggung oleh syarikat itu).
3) Pengasas Zappos menyatakan, “Kami gantikan duit pemasaran & pengiklanan kepada duit untuk memantapkan bahagian customer support.”
Tambahnya lagi, “Supaya setiap pelanggan bercerita tentang kepuasan berurusan dengan Zappos (Word of mouth).”
—
Pengajaran yang boleh diambil adalah:
1) Pemasaran bukan semata-mata menarik pelanggan.
… Kita juga boleh gunakan duit bisnes untuk perkukuhkan konti bisnes yang lain, seperti bahagian customer support.
2) Pelanggan adalah nyawa bisnes.
… Kita mahu pelanggan sentiasa suka, teruja dan ghairah untuk berurusan dengan kita.
Justeru itu, penting untuk kita gunakan duit keuntungan bagi mengukuhkan lagi bahagian customer support.
—
Soalan seterusnya, bagaimana untuk hasilkan kempen pemasaran & jualan yang berpengaruh?
Yakni membuatkan pelanggan faham, teruja dan seronok mahu bagi duit kepada kita?
Jawapannya, ada dalam pakej, “Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat.”
Klik sini –> http://www.writetowealth.my/teknik-jual-berkesan
Sila baca dan faham bagaimana pakej ini boleh membantu.
Tawaran 60 hari pulang wang semula (Insurans Ilmu) diberikan kepada pembeli.