Tips marketing : Kelebihan produk ini pada anda ialah…

shutterstock_111165887

Tip marketing :-
1. cuba ganti ayat ini, “kelebihan produk ini ialah …”
2. kepada, “kelebihan produk ini pada anda ialah …”
3. sebelum tu, kenal pelanggan tu dulu
4. Contoh, anda jual telekung
5. Prospek yang datang adalah lelaki yang sudah berkahwin
6. Maka, “kelebihan produk ini kepada tuan ialah, isteri tuan akan tersenyum dan mendoakan tuan dalam solat kerana telekung ini sangat selesa dan sejuk, jadi isteri tuan tak rimas nak solat dan berdoa lama-lama apabila guna telekung ini”

Sekarang, mari kita buat sedikit latihan.
1. beritahu siapa prospek anda
2. beritahu produk anda apa
3. cuba buat ayat marketing menggunakan tip di atas

Saya akan berikan komen kepada 3 orang yang pertama.

Kawan marketing anda;
Raja Kamil ~ www.RajaKamil.biz