Imam Syafie – 10 Hak sebelum masuk syurga.

1520718_10202068974463251_831242717_n

Imam Syafie mewasiatkan 10 hak supaya kita dapat meninggalkan dunia dengan selamat.

10 hak itu adalah:

====
1) Hak diri.
====

Kurang tidur, kurang makan, kurang bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

====
2) Hak malaikat maut.
====

Qada kewajipan yang tertinggal, memperoleh kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati.

====
3) Hak kubur.
====

Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, banyakkan solat tahajud, dan membantu orang yang dizalimi.

====
4) Hak Munkar Nakir.
====

Tidak berdusta, meninggalkan maksiat, dan nasihat menasihati.

====
5) Hak mizan.
====

Tahan marah, banyak berzikir, ikhlaskan amalan, dan sanggup tanggung kesulitan.

====
6) Hak sirat.
====

Buang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman, dan suka berjemaah.

====
7) Hak malik.
====

Banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan baiki akhlak.

====
8) Hak Ridhwan.
====

Reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

====
9) Hak Rasulullah.
====

Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.

====
10) Hak Allah.
====

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

(Kredit: Buku – 30 Wasiat Imam Syafie)

=====
Iklan 5 Saat – Tingkatkan Jualan Bisnes
=====

Download ebook “Teknik Kencangkan Jualan”.

100% percuma.

Maklumat lanjut –>> http://www.writetowealth.my/percuma