Mengambil gambar sewaktu Kahwin.

cq2Qh

Bismillah. Mengambil gambar sewaktu Kahwin.

Cukup sekadar mempunyai gambar kenangan, kerana apabila ianya berlebihan dari sekadar kenangan untuk diri dan keluarga, ianya sudah menghampiri Riak ataupun menunjuk-nunjuk.

Apabila kos gambar kahwin melebih dari RM 500 itu bukan lagi sekadar mengambil gambar untuk kenangan. Apabila lebih banyak duit dihabiskan untuk gambar perkahwinan, automatik pakaian yang hendak dipakai juga banyak, dalam masa 30 minit 5 pasang baju ditukar.

Disebabkan kos habis beribu untuk gambar dan beribu juga untuk baju-baju pengantin yang ditempat dan disewa, maka secara puratanya balasannya supaya nampak berbaloi, gambar-gambar kahwin menghiasi gambar profail facebook, ianya ditayangkan di sana sini, termasuk, menayangkan gambar kahwin di ruang tamu rumah ala barat.

Islam mengajar kita supaya menjauhi sifat menunjuk-nunjuk seperti yang diamalkan di dalam budaya barat. Islam juga mengajar kita menjaga hati jiran tetangga dan orang lain supaya tidak terasa.

Apabila habis duit banyak, secara puratanya kita mahu satu dunia menonton gambar itu, apatah sekiranya gambar itu menayangkan apa yang haram, risau gambar itu berkekalan di facebook walaupun kita sudah tiada di dunia.

Kerana setiap yang haram, tetap menghasilkan dosa selagi mana ianya menjadi haram.

Gambar Kahwin cukup sekadar mengambil untuk kenangan kita dan anak-anak kita sahaja, bukan untuk ditayangkan di cinema-cinema.

Lain sekolah kewangan, lain pula ajarannya, pilih sekolah yang kita suka dengan ajarannya, kerana susah senang kita yang tanggung.

Astaghfirullah. Wallahu A’lam.