Menulis entri yang menghasilkan ribuan Facebook Likes

Bukan menggunakan sebarang plugin atau sofware. Hanya berkaitan teknik penulisan sahaja.

1. Pendapat anda yang ikhlas dan bernas.
Pendapat berkenaan isu, cerita dan berita yang sedang diperkatakan. Bercerita secara ikhlas berkenaan apa yang difikirkan berserta fakta dan bukti serta pengalaman sendiri berkenaan apa yang sedang diceritakan.

2. Yang memberikan jawapan kepada masalah ramai.
Tulis entri yang memberi penyelesaian kepada sesuatu permasalahan. Contoh seperti tips, tutorial. Paling mudah adalah melihat masalah sekeliling yang sering dirungutkan orang ramai contoh servis daripada jabatan kerajaan atau swasta, kongsikan cara kita menyelesaikannya mengikut pengalaman sendiri yang boleh dipraktikkan pembaca lain juga.

Itu sahaja buat masa ini, akan disambung pada masa akan datang.

Sumber