Dari ABS
Menyelesaikan masalah menggunakan analitical thinking….
Menyelesaikan masalah menggunakan design thinking….
Sekolah mengajarkan kepada kita teknik menyelesaikan masalah secara analitikal.
Beginilah caranya:
Apabila berdepan dengan sesuatu masalah, kita diajar supaya menganalisis punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah itu.
Panggil sesi post-mortem. Korek dan siasat sampai dapat, apa dan siapa yang menyebabkan masalah itu berlaku.
Setelah diketahui punca-puncanya, ‘selesaikan’ punca masalah itu. Ini bagi menjamin masalah itu tidak berulang lagi.
.
Dalam problem-solving-by-design, kita tidak mencungkil dan mengorek-ngorek perkara yang sudah berlaku.
Jangan panggil sesi post-mortem. Jangan dicari-cari siapa yang bersalah.
Tanpa menuduh sesiapa, betulkan sahaja keadaan. Jalan terus!
Ini bagi menjamin:
1. Tidak ada sesiapa yang dijadikan kambing hitam.
2. Tidak ada sesiapa berasa dirinya dipersalahkan dan dianiaya.
3. Tidak ada sesiapa yang dijatuhkan maruahnya.
4. Supaya perpaduan dan kerjasama dalam kalangan staff kekal terpelihara.
5. Supaya semangat juang staff kekal berada pada tahap tinggi.