Soalan: Bagaimana nak buat pelanggan cepat percaya?
3 Cara hasilkan kempen marketing berkesan.
Isu trust atau kepercayaan adalah isu yang melibatkan emosi dan logik.
Apabila pelanggan mahu membeli, mereka mempunyai soalan tersirat dalam dirinya.
Soalan tersirat itu adalah,
“Adakah peniaga ini boleh dipercayai?”
Sebagai peniaga atau orang bisnes, kita boleh membenih kepercayaan dengan cepat dalam kempen-kempen pemasaran.
Terdapat 3 struktur sumber yang boleh kita gunakan:
========
Struktur 1 – Frekuensi
========
Keluarkan bajet yang besar, atau usaha dengan konsisten memperkenalkan produk kita kepada pasaran.
Lagi banyak nama produk itu didengari, lagi tinggi kepercayaan pelanggan untuk membeli.
Ini satu daripada faktor mengapa bisnes-bisnes terus menerus mengiklankan produk mereka secara konsisten.
========
Struktur 2 – Autoriti
========
Biar “Abang Besar” menjadi jurucakap bahawa produk kita bagus.
Dalam bisnes, jangan kita sendiri yang cakap, “Produk saya bagus.”
Pelanggan lebih suka cadangan daripada orang yang mereka kenal. Dalam kes ini, golongan autoriti.
Apabila doktor memberi saranan supaya kita ambil ubat A, maka kita lebih cenderung untuk ambil ubat A.
Doktor adalah golongan autoriti.
Jika bisnes kita mempunyai jurucakap yang terdiri daripada golongan autoriti, maka impaknya lebih kuat.
Sebagai contoh, kita buka restoran. Kemudian terdapat seorang chef yang datang makan ke kedai kita, maka ambil testimonial chef itu dengan segera.
Gunakan testimonial chef itu sebagai jurucakap dalam setiap kempen marketing.
=========
Struktur 3 – Longetivity
=========
Coffee Bean meyakinkan pelanggannya bahawa mereka tahu menghasilkan kopi yang terbaik di dunia, kerana pengalaman mereka selama berpuluh-puluh tahun dalam industri itu.
Apabila kita bermain dengan latarbelakang atau biodata, maka ia tertakluk pada psikologi longetivity.
Lagi lama kita berada dalam industri, lagi tinggi kepercayaan pelanggan terhadap tahap kematangan produk yang kita jual.
Bermaksud, pelanggan yakin dengan apa yang kita jual.
Dalam Bahasa Melayunya, kita gelarkan longetivity sebagai, “Orang lama dalam industri.”